Begitulah resam orang berjuang, tidak kenal erti sakit, tidak kenal apa itu luka, tidak kenal apakah itu darah, yang hanya mereka kenal ialah syahid. Inilah kata-kata yang dapat disimpulkan ketika mendengar 6 dari 12 orang aktivis kemanusian LL4G (Life Line For Gaza) berkongsi kisah suka dan duka mereka ketika kapal MV Mavi Marmara mereka dan sebilangan yang lain diserang oleh tentera komando rejim israel pada awal Jun 2010 menuju ke Gaza untuk menyampaikan sumbangan kemanusiaan.
Melihat senyuman mereka, memberi tiupan semangat kepada kami untuk bersama turut serta dalam misi keamanan mereka untuk Gaza. Suatu usaha yang memang tidak boleh dipatahkan oleh musuh apabila penerajunya hanya menunggu syahid sebagai pengakhiran kehidupan di dunia ini. Apabila ditanya, "bagaimana keadaan anda ketika dipijak dan ditembak oleh peluru getah tepat di anggota badan anda oleh rejim israel?" Jawapan mereka, "sikit pun kami tidak takut ketika dengar bunyi dentuman bertalu-talu Israel dari arah belakang kapal kami, dan ketika kapal kami diceroboh dan kami disepak terajang serta diikat tangan, kami tidak merasa walaupun sedikit kesakitan, inilah kuasa Allah". MasyaAllah, sungguh kuasa Allah itu tiada siapa yang boleh menandingi.
(bersama wartawan Astro Awani, Ashwad)
Walaubagaimanapun, tumpuan saya teralih apabila mendengar cerita dari wartawan Astro Awani, Saudara Ashwad. Seorang wartawan berumur 25 tahun ini mengambil risiko untuk mengikuti konvoi kemanusiaan ini. Isu utama yang dibawa oleh beliau ialah berkenaan kawalan media (media control) yang dilakukan oleh zionis. Mendengar sahaja ucapan beliau, menguatkan lagi kepercayaan saya dan sahabat-sahabat betapa berita yang sampai kepada masyarakat dunia tidak akan sampai selain ianya telah dimanipulasi untuk memperlihatkan yang israel tidak salah. Pelbagai cara digunakan untuk mencapai objektif tersebut. Media pro-barat hanya mengambil berita dan video dari sumber-sumber israel yang tidak benar dan telah dimanipulasi. Antara media pro-barat ialah CNN, BBC, CNBC dan yang sewaktu dengannya.
(Bersama En. Jamaluddin Ilyas)
Semua pita rakaman dirampas, telefon bimbit, dan segala gadjet perhubungan dirampas dan dimusnah. "Pada mulanya saya dan juru kamera saya tidak bagi, selepas dia (komando) mengacukan senjata tepat di atas dahi saya, apa yang saya boleh lakukan pada masa itu ialah beri sahaja". Lihatlah betapa munafiqnya rejim israel ini, bagaimana dalam International Law melarang dari mengapa-apakan 'orang media' tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. PBB terus buat-buat tidak nampak dengan senario ini. Kata media pro-barat, Sebab utama serang dilakukan ialah kerana kapal-kapal itu telah memasuki 60 batu nautika perairan israel, sedangkan cerita sebaliknya ialah kapal-kapal ini masih jauh untuk sampai ke jarak itu. Kata media pro-barat, mereka ini (aktivis) bersekongkol dengan terrorist dengan merakam gambar pisau pemotong sayur. Betapa jahatnya media kuffar ini mengekploitasi masyarakat dunia dengan berita-berita tipu. Apa pun, saya berasa lega kerana ucapan yang diberikan Saudara Ashwad mengenai media controlled itu menguatkan lagi hujah saya terhadap perancangan Illuminati dalam proses penaklukan dunia. "Serangan ini lebih kepada peperangan media" kata En. Jamaluddin Ilyas ringkas, salah seorang dari 12 orang wirawan negara itu.
Masa yang hanya 2-3 jam itu, diperuntukan sebaiknya untuk berkongsi cerita-cerita benar dari mereka. Kisah benar, mangsa tembakan peluru hidup berbau kasturi, ini cerita yang dikongsikan oleh salah seorang dari mereka ketika mencium jenazah. Bau wangi yang sangat kuat. Cerita ini sekali lagi menyebabkan semangat jihad saya sekali lagi berkobar-kobar, "kalaulah aku ada disitu". Kalau ada rezeki, insyaAllah kami akan menjadi diantara mereka yang syahid di jalan ALlah.
(bersama Pengerusi Aqsa Syarif, Ust Hasanuddin Yunus)
Banyak lagi kisah yang dikongsikan bersama saya dan rakan-rakan. Tentunya sebuah kisah penaik semangat untuk terus berjuang mempertahankan bumi palestin. Wahai Tuhan Yang Memiliki Segala Sesuatu, Kau berilah kepada kami tiupan angin keberanian dan tiupan angin cintakan syahid ke jalan-Mu. Kami mahu mati dalam berjuang ke arah menegakkan agama-Mu. Makbulkanlah ya Allah..
1 comments:
Assalamualaikum!
Syabas kepada semua pejuang semoga Allah merahmati anda semua.
Jangan diharapkan sangat lah laporan media mereka. Media disini pun 2x5
Allah hu Akbar!
Catat Ulasan