Pada hari Jumaat 28 Mei, diberitakan kapal Marvi Marmara dari Turki yang membawa beratus-ratus sukarelawan pro-Palestine dan barang-barang untuk penduduk Gaza telah di serang oleh komando Israel.Ada 12 sukarelawan dari Malaysia dalam kapal itu.Di fahamkan, kesemua 12 sukarelawan itu telah sanggup tidak pulang langsung (mati syahid) ke tanah air kerana keinginan yag begitu tinggi untuk membantu rakyat Gaza yang setiap detik kehidupan mereka di zalimi oleh Israel. 19 sukarelawan terutamanya dari Turki telah syahid dimakan peluru ganas komando Israel...yang telah tahu lebih awal bahawa semua mereka memang tidak bersenjata.



Ramai yang kata, PM @UMNO/BN ni memang ambik kesempatan dari keberanian 12 sukarelawan itu untuk mengukuhkan kedudukannya bagi PRU13 nanti. Agaknya mereka tak tau malu kah? Patutnya, kerajaan sediakan budget kewangan dan siap-siap hantar sukarelawan tu ke Palestine dari dulu lagi...lagi awal dari hantar Dr Muzafar ke bulan.....
Ni tidak. Rakyat terpaksa buat roadshow sendiri cari duit untuk dibawa ke Gaza.Bila aktiviti mereka diiktiraf masyarakat dunia, barulah pemimpin nak bertenggek diatas segala usaha mereka.....
P/s:Tak mustahil 12 sukarelawan dapat pangkat Datuk dan diguna kempen untuk PRU13 nanti.
Kalau betul PM ikhlas nak bantu Gaza, bebaskan dulu tahaan ISA Sammmsudin Sulaiman yang dah ditahan 8 tahun tanpa bicara di Kem Kamunting.
P/s:Tak mustahil 12 sukarelawan dapat pangkat Datuk dan diguna kempen untuk PRU13 nanti.
Kalau betul PM ikhlas nak bantu Gaza, bebaskan dulu tahaan ISA Sammmsudin Sulaiman yang dah ditahan 8 tahun tanpa bicara di Kem Kamunting.
0 comments:
Catat Ulasan