Najib: Samseng Dunia Israel Perlu Dihukum..he..he..he.. samseng Malaysia..!!!



DatoSriNajibTunRazak.jpg Oleh Qayum Rahman
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan usul khas kekejaman Israel di parlimen hari ini dengan menegaskan bahawa rejim zionis itu perlu dihukum di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Menurutnya, seluruh negara Islam termasuk Pertubuhan Negara Persidangan Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu bersatu menentang keganasan Israel dengan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kezaliman tersebut supaya memberi tekanan kepada Israel dari terus melakukan serangan dan kekejaman.

Najib yang menyifatkan Israel sebagai "samseng dunia" berkata, Israel bermaharajalela melakukan serangan tidak berperikemanusiaan kerana merasakan mereka dilindungi oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan Rusia.
Najib berkata, PBB dilihat bersikap berat sebelah apabila tiada sebarang tindakan diambil dengan kekejaman rejim tersebut dan hanya berdiam diri.
"PBB sepatutnya mencela serangan tentera rejim zionis Israel di bawah pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla di kawasan perairan antarabangsa pada 31 Mei lepas.
"Malaysia merakamkan rasa kecewa tidak terhingga dengan tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas itu," katanya ketika membentangkan usul khas kekejaman Israel di parlimen hari ini.
Sejurus menyampaikan usul tersebut ,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong tindakan perdana menteri dan meminta supaya diadakan siasatan bebas dan berakauntabiliti berkaitan keganasan serangan itu.
Serangan ke atas kapal "Mavi Marmara"
"Malaysia menggesa membawa usul kepada Majlis Keselamatan PBB bagi merujukmuhyiddin51 serangan tentera Israel ke atas kapal Turki "Mavi Marmara" ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)," katanya.
Selain itu, Muhyiddin juga mencadangkan usul kepada perhimpunan PBB bagi mendapatkan pandangan dan nasihat dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai kejadian itu.
Muhyiddin berkata, Malaysia ingin mendesak Amerika Syarikat untuk tampil tanpa sebarang dolak-dalik menunaikan tanggungjawab moral dalam memastikan rejim tersebut mematuhi tata kelakuan negara bangsa yang bertanggungjawab dan bertamadun.
Tambah beliau, selagi Amerika Syarikat memberi sokongan kepada rejim zionis, Israel sentiasa bersifat kejam dan biadap dengan terus melakukan serangan dan kezaliman tanpa mematuh nilai-nilai kemanusiaan yang tiada kesudahannya.
Ahli-Ahli Parlimen yang hadir di Dewan Rakyat turut menyokong usul yang dibentangkan dengan meminta perdana menteri bertindak lebih agresif menyuarakan kekejaman tersebut ke seluruh dunia.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks