Oleh Halik Zaman
SENARIO politik UMNO/BN hari ini sungguh kritikal. Sudah dapat di baca dengan jelas akan kegoyahannya dengan terlihatnya index graf ekonomi Negara yang tidak menentu. Akhir-akhir ini tercetus krisis subsidi minyak petrol dan kos sara hidup rakyat yang semakin meruncing dan bisa mengakibatkan pengaruh UMNO/BN kepada rakyat semakin hilang “aura”nya. Betapa tidak, punca krisis ekonomi ini berlaku bakal menjejaskan kehidupan rakyat terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Kerajaan UMNO/BN dibawah pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak begitu mengambil sikap remeh dan pandang ringan tentang ketirisan wang negara. Khabar angin bertiup kuat ke telinga rakyat mengatakan ketirisan wang negara adalah kerana ekoran system “pembelian” YB-YB Katak, “perbelanjaan tanpa had” di beberapa kawasan yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil, “pembiayaan istimewa” penghantaran puluhan YB-YB BN ke Taiwan, kos pembelian kapal selam, membuat projek projek tanpa tender kepada kroni, serta rasuah yang sangat berleluasa.
Bila ekonomi Malaysia merundum maka Kerajaan UMNO/BN membuat alasan kerana kononnya keadaan ekonomi glabal tidak menentu padahal pentadbiran ekonomi negara yang tidak dapat dikawal pengeluaran yang amat membazir.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengajak rakyat Malaysia memberi ruang dan masa kepada Dato’ Seri Najib Razak untuk memantapkan perpaduan rakyagt sekali gus mengukuhkan pembangunan negara dan meyakinkan rakyat dengan slogan 1Malaysia serta Juara Rakyat yang dianggap oleh rakyat "pembaziran luar biasa".
Dr Mahathir berkata, orang Melayu perlu bersatu kembali untuk mengembalikan kuasa politik mereka kerana walaupun mereka kaum majoriti iaitu 60 peratus daripada rakyat Malaysia, mereka terpecah kepada tiga. Katanya, Melayu kini terpecah kepada tiga dan secara matematik UMNO hanya mewakili 20 peratus daripada 60 peratus Melayu, begitu juga dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Dua puluh peratus orang Melayu dianggap lemah. Orang Melayu sudah hilang haluan ada yang dah masuk DAP. Ada orang Melayu pakai tudung bawa bendera roket (DAP) masa pilihan raya kecil Parlimen Sibu," katanya.
Secara realisasinya, umum tidak mampu menolak fakta bahawa UMNO kini bersendirian dan bakal menghadapi PRU 13 tanpa “sahabat sejati”. Rakan-rakan terapat dalam BN akan mula menjauhkan diri dan akhirnya UMNO akan terkontang-kanting keseorangan menghadapi pelbagai dugaan tanpa ada lagi yang sudi menghulurkan tangan untuk membantu. Jika ada pun rakan komponen dalam BN yang ada tinggal bersama UMNO ialah para pemimpin yang berjawatan Menteri, mereka dianggap oleh rakyat Malaysia bagai "Jeneral tanpa tentera".
Kelemahan UMNO sudah tertera dimata Pakatan Rakyat, hanya terpulang kepada para pemimpin dalam Pakatan sahaja untuk memupuk dan memelihara perpaduan dan mengamalkan "amalan multiracial dikekalkan" dikalangan ahli. Jika ada ahli ahli dalam PKR/PAS/DAP yang cuba memarakkan perasaan perkauman kepada rakyat dalam Pakatan maka pucuk pimpinan mestilah mengambil tindakan drastik untuk "singkirkan" ahli tersebut dari menjadi ahli 'mana mana parti ' dalam Pakatan sebelum ia menjadi "duri dalam daging".

0 comments:
Catat Ulasan