Terangkan dosa Umno-APCO Worldwide - PAS Perak



PENGKALAN CHEPA, 11 Jun - PAS Perak menolak keras kenyataan Umno yang dikatakan sebagai parti yang memperjuangkan bangsa dan agama di negara ini kerana sanggup bersekongkol dengan APCO Worldwide.


Perwakilannya, Drs Khalil Idham Lim Abdullah berkata, dosa-dosa Umno perlu diterangkan kepada rakyat sehingga mereka merasa jijik untuk terus menyokong parti itu.


Katanya, apabila rakyat faham mengenai kedudukan sebenar, Umno akan menghadapi masalah padapilihan raya umum ke-13 untuk mengekalkan kuasa.


"PAS diharap terus menggalas usaha untuk memasyarakatkan aktiviti bersama orang ramai, " ujarnya ketika membahas usul ucapan dasar Presiden di Putik petang tadi.


Jelasnya, tidak cukup untuk memberitahu rakyat perlu menolak Umno, tetapi hendaklah semua pihak dalam PAS terutama mereka yang menang dalam pilihan raya lalu hendaklah memasyarakatkan PAS, PAS Untuk semua.


Beliau turut menekankan pentingnya konsep 'parti menerajui kerajaan' sebagaimana dipertegaskan ketika pemerintahan Pakatan di Perak sebelum ini.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks