Hoi polis! tangkaplah Ganesan itu!

Berikutan dengan laporan polis yang dilakukan oleh Ganesan yang mendakwa Sivakumar telah menyamar sebagai Speaker, pihak polis telah memanggilnya untuk memberi keterangan disini pada jam 12.00 tengahari.Apa punya bengap polis kita ni! Bertindak cepat tapi tidak tepat! Takanlah tidak tahu yang mana satu yang menyamar sebagai speaker? Terlalu seronok dapat gaji baru hingga tidak tahu membezakan yang mana satu 'mutiara ' dan yang mana satu biji mata kucing!

Oh lupa! Ketua mereka hanya lulusan diploma sahaja, tapi ngaku ada ijazah konon.... padanlah.

Sepatutnya polis kena tangkap Ganesan itu. Semasa persidangan DUN pada 7 lepas dulu tu, polis Perak telah melarang orang awam daripada berada berhampiran bangunan SUK dalam lingkungan 300 meter kalau tak silap.
Beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat yang mendapat jemputan Speaker Sivakumar untuk hadir pun tidak dibenarkan masuk.

Tapi bagaimana Ganesan ini boleh masuk kedalam dewan? Dia bukan ahli dewan dan bukan petugas di bangunan SUK? Kenapa polis tidak tangkap Ganesan ini ?

Malahan, yang paling melucukan, macam mana Ganesan ini boleh dilantik sebagai speaker? Persidangan belum diresmikan , mesyuarat belum bermula ....Hoi polis! tangkaplah Ganesan tu!

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks