Umno gadai keselamatan negara kepada Zionis

najib3 Oleh Rusnizam Mahat
najib3Akar umbi Umno dikatakan semakin resah dengan pendedahan terbaru yang menunjukkan hubungan semakin ‘selesa’ antara kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak dan rejim Israel.
Selain menggunakan khidmat syarikat perunding Apco Worldwide yang dimiliki oleh Israel, kerajaan Umno-Barisan Nasional kinidilaporkan mengguna khidmat seorang bekas pegawai tentera Israel untuk merombak sistem komunikasi Polis Diraja Malaysia.

Pegawai berkenaan yang dipercayai menjalankan tugas itu menerusi syarikat Asiasoft (M) Sdn Bhd yang mendapat tender bernilai RM42 juta.
Syarikat itu adalah milik penuh Asiasoft Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.
Dakwaan terbaru ini pasti menambah kecurigaan ahli Umno dan rakyat yang selama ini mahukan Malaysia kekal menolak sebarang hubungan diplomatik dan perniagaan dengan Israel atau syarikat-syarikat Yahudi.
Dasar itu sebagai menzahirkan sokongan dunia Islam terhadap penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel sekian lama.mahathir-mohamad
Pembabitan seorang pegawai tentera Israel dalam merombak sistem komunikasi PDRM bukan sahaja menempelak dasar itu malah mendedahkan maklumat dan data sulit polis kepada pelbagai risiko.
Ancaman itu bertambah getir jika diambil kira syarikat yang mendapat tender itu berpengkalan di Singapura, negara jiran yang sudah lama mempunyai ‘minat’ terhadap isu-isu keselamatan di Malaysia.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin berkata warga Israel yang ditugaskan menambah baik sistem komunikasi PDRM berkhidmat sebagai ‘programmer’ di negara zionis itu.
Beliau bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel pada sekitar 1970 hingga 1987, menurut Badrul.
Persoalan yang timbul ialah kenapa Najib semakin berjinak dengan syarikat-syarikat Yahudi, menerusi Apco dan yang terbaru mengupah kepakaran Israel untuk PDRM.
Minggu lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendedahkan konsep 1Malaysia ditiru daripada konsep 1Israel.mahathir-mohamad
Menteri Pertahanan Zahid Hamidi pula mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahan Israel Ehud Barak pada tahun lalu.
Pada tahun sama, CIMB yang dikuasai adik Perdana Menteri, Nazir Razak, dilaporkan memberi kontrak kepada sebuah syarikat komputer yang berpengkalan di Israel.
Sebuah laman blog mendakwa, persekongkolan antara kerajaan Malaysia dan Israel bermula sejak zaman bekas Perdana Menteri, Dr
Mahathir Mohamed.
Blog bernama milosuam.blogspot.com itu menyiarkan surat bertarikh 16 Ogos 1999 oleh Mahathir kepada Barak yang ketika itu Perdana Menteri Israel.
Dalam surat berkenaan Mahathir dilaporkan mengucapkan tahniah kepada Barak atas kejayaan beliau memenangi pilihan raya Israel.
Mahathir juga dikatakan memohon pertolongan pemimpin Israel itu untuk melobi Malaysia bagi mendapatkan bantuan kewangan daripada sebuah tabung yang dikenali sebagai “Clinton Fund”.
Menurut surat yang disiarkan oleh blog itu, Mahathir meminta bantuan berkenaan untuk memastikan Umno dapat mengekang pengaruh
pelampau Islam, – jolokan yang lazim digunakan oleh Mahathir terhadap PAS.

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks