Sidang Dewan Rakyat sudah pun selesai berlangsung.Ianya mengambil masa dua hari. Hari pertama merupakan hari perasmian dengan dipenuhi Ucapan Titah Tuanku. Hari Kedua …apa yang berlaku?
Rakyat tentunya mahu tahu, apakah perkara-perkara penting yang berkaitan dengan rakyat telah diputuskan. Rakyat telah memilih mereka sebagai wakil mereka ke mesyuarat di Dewan Undangan Negeri bagi membawa segala aduan dan masalah mereka di tempat masing-masing.
Untuk memberi kesempatan kepada kesemua 59 wakil rakyat negeri Perak ini supaya dapat mengemukakan soalan-solan berhubung dengan masalah rakyat ditempat masing-masing, Pakatan rakyat telah mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri Perak bersidang untuk selama 5 hari.
Tetapi , Zambry dan kuncu-kuncunya tidak berminat untuk mendengar dan membincangkan masalah rakyat negeri Perak. Mereka telah menolak mentah-mentah cadangan tersebut.
“Apa yang dapat dibincangkan dalam masa 1 hari sedangkan kita ada 59 ADUN yang masing-masing ada soalan yang perlukan perbinjangan dan jawapan.Kalau setiap ADUN mengambil masa 20 minit pun , mana boleh sempat!” kata Sivakumar.
"Semasa PR memerintah pada 2008 dulu, DUN bersidang selama 4 hari.Saya berikan peluang kepada semua Adun bercakap, tidak kira daripada BN atau PR.Menteri Besar, sebagai mewakili kerajaan telah diberikan masa selama 2 jam, begitu juga peruntukan masa 2 jam saya berikan kepada Ketua Pembangakang untuk berucap dan 20 minit kepada setiap ADUN," jelas Sivakumar.
Tetapi Umno/BN tidak berminat untuk membincangkan masalah-masalah rakyat negeri Perak.Apakah rakyat negeri Perak semuanya tidak ada menghadapi sebarang masalah untuk dibincangkan?
Walaupun tujuan mereka adalah untuk menghalang ADUN Pakatan Rakyat bersuara membawa masalah rakyat ditempat mereka, apakah ADUN Umno/BN sendiri tidak pernah menerima sebarang aduan atau permasalahan daripada pengundi dan penyokong mereka ditempat masing-masing?
Umno telah gagal mendahulukan rakyat.Fungsi mereka sebagai wakil rakyat untuk mengajukan masalah rakyat tidak dilakukan.Mereka makan gaji buta semata-mata.Kenapa orang Melayu tidak mahu sedar dan masih mengharapkan mereka ini untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu?
Umno/BN telah mengsia-siakan harapan dan pergantungan rakyat kepada mereka. Apabila mereka tidak mahu mendengar dan membincangkan masalah rakyat , bagaimanakah mereka dapat mengatasi masalah yang sedang rakyat hadapi? Perlukah orang Melayu mengundi Umno/ BN lagi dan lagi? Katakan 'TIDAK' kepada Umno! / end
Kuliah Maghrib: Fiqh Solat (40)
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan