Syabas Mula Operasi Pemotongan Bekalan Air 1 April

Syarikat Bekalan Selangor Sdn Bhd (SYABAS ) akan mengadakan operasi pemotongan bekalan air bagi akaun bil air yang tertunggak di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor mulai 1 hingga 15 April ini.
Kawasan di Kuala Lumpur yang terlibat ialah Kampung Pandan, Desa Pandan, Jalan Cochrane, Sri Angsana Hilir, Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Dagang, Taman Nirwana, Taman Maluri, Taman Cheras Indah, Taman Komersial Pandan Mewah, Taman Mawar, Taman Kencana, Taman Mega, Taman Muda, Taman Melor dan Bukit Permai.
Turut terlibat Taman Pertama, Taman Putra, Taman Bukit Teratai, Taman Saga, Taman Seraya, Taman Shamelin, Taman Miharja, Taman Rajawali, Taman Ikan Emas, Kampung Cheras Baru, Taman Tenaga, Desa Aman, Taman Bukit Pandan, Taman Mutiara, Taman Bahtera, Taman Cheras, Taman Billion, Taman Rakyat, Taman Segar, Alam Jaya, Taman Sunway, Cheras Awana, Taman Mudun, Taman Mulia, Taman Bukit Hijau, Desa Bukit Cahaya, Alam Damai dan Cheras Utama.
Di Selangor, kawasan yang terlibat ialah Kampung Padang Jawa, Kampung Kuantan, Seluruh Shah Alam (Seksyen 2 - Seksyen 34), Putra Height, Bukit Jelutong, Seksyen U8 sehingga U13, Jalan Batu 3 Lama, Taman Intan dan Jalan Bukit Kuda, menurut kenyataan Syabas hari ini.
Lain-lain kawasan ialah Tasik Puteri, Kundang, Kuang, seluruh kawasan Rawang, Sungai Choh, Sungai Buaya, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Batang Kali, Hulu Yam Baru dan Lama, Rasa, seluruh Kuala Kubu Bharu, Kerling, Kalumpang, Hulu Bernam, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan, Sungai Dusun, Sungai Selisek dan Felda Soeharto serta Gedangsa.
Kawasan Hulu Langat melibatkan sekitar kawasan Batu 9 ke Batu 14 Hulu Langat; sekitar kawasan Batu 14 ke Batu 18 Hulu Langat, Kampung Sungai Makau, sekitar Kawasan Dusun Tua, Taman Pinggiran Delima, Taman Sri Nanding, Taman Perkasa, Taman Desa Sentosa, Kampung Sungai Lui, Kampung Kuala Perdik, Kampung Sungai Serai, Kampung Baru Cina Batu 9, Taman Levender, Taman Megah Cheras, Taman Tun Perak, Bandar Tun Hussein Onn, Taman Cheras Perdana, Taman Sungai Sering, Taman Rasa Sayang dan Taman Lagenda Mas.
Menurut kenyataan itu lagi kawasan lain yang terlibat dengan operasi itu ialah taman-taman perumahan di Gombak dan Petaling serta kawasan perumahan dan perkampungan di Kuala Selangor.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk membuat pembayaran bil air dengan segera bagi mengelakkan tindakan pemotongan bekalan air dan sekiranya pemotongan telah dilakukan, kos pemotongan dan penyambungan semula sebanyak RM50 akan dikenakan sebelum penyambungan semula bekalan dibuat, tambah kenyataan itu.

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks