KUALA LUMPUR, 2 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tahun pertama beliau memegang jawatan merupakan satu “perjalanan yang menyeronokkan” dan beliau menemui makna yang mendalam dalam kehangatan senyuman rakyat biasa dan bersalaman dengan mereka.
Semasa 12 bulan kebelakangan ini, beliau telah memaksa dan mencabar diri sendiri untuk mencapai tahap yang boleh diteladani untuk menyampaikannya kepada rakyat walaupun beliau telah mengamanahkan kepada Kabinetnya untuk melaksanakanya dengan lebih berkesan, katanya dalam entri blognya hari ini.
“Tidak dapat dielakkan, terima kasih kepada kesibukan, hari-hari saya semakin panjang dan malam-malam saya semakin pendek. Ia mungkin disebabkan tuntutna-tuntutan seperti ini yang saya temui makna yang besar dalam perkara-perkara yang kecil seperti kehangatan tulen senyuman dan berjabat salam dengan rakyat biasa Malaysia, yang kadang-kadang memberikan saya begitu banyak keseronokan seperti berjabat tangan dengan para pemimpin dunia,” katanya.
Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Keenam pada 3 April tahun lepas.
Tahun lepas telah menyaksikan Perdana Menteri menjelajah seluruh negara dan mengadakan kunjungan mesra untuk bertemu dengan rakyat dan mendengar masalah dan pendapat-pendapat mereka.
Dalam blognya, Najib juga menceritakan kehidupannya di luar pejabat, buku-buku yang dibacanya dan latihannya dengan alat injakan.
“Saya pasti ramai di antara anda setuju dengan saya bahawa adalah sangat penting untuk melalui hari-hari yang seimbang di antara kerja dan kehidupan peribadi. Bukan sahaja ia membenarkan kita untuk menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarga dan rakan-rakan, kehidupan yang seimbang dapat
meningkatkan produktiviti, pemikiran dan membuat keputusan,” katanya.
Senaman fizikal membawa ketenangan dan tenaga bagi memenuhi jadual hariannya dan membenarkan beliau untuk memberi fokus dengan lebih baik berhubung perkara-perkara penting dan mencapai waktu-waktu yang lebih produktif, katanya.
Perdana Menteri berkata beliau juga berlatih dengan alat injakan dua atau tiga kali seminggu untuk membantunya mengatasi jumlah perjalanan yang dibuat di dalam negara dan seberang laut.
“Dalam arena antarabangsa, kita mesti terus meletakkan Malaysia secara positif, Ini penting memandangkan kita merupakan sebuah ekonomi terbuka yang kecil yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa,” katanya.
Najib juga mendedahkan bahawa beliau membaca beberapa buah buku pada satu-satu masa dengan yang terbaru ialah “When China Rules The World” oleh Martin Jacques dan “Blink” oleh Malcolm Gladwell.
Walaupun amat jarang pada masa ini, beliau cuba bermain di sekeliling atau golf atau menonton televisyen, katanya.
“Dengan melihat ke depan saya memepertimbang sasaran-sasaran penting yang telah kita tetapkan pada 2010, saya menerima bahawa bukan semuanya dapat berjalan lancar pada sepanjang masa dalam beberapa bulan ke depan.
“Bagaimanapun, saya percaya bahawa dengan berkongsi bebanan itu dan sama-sama menuju ke arah tujuan yang sama, kita boleh mencapai matlamat kita,” katanya. — Bernama
Kuliah Maghrib: Fiqh Solat (40)
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan