Umno Reform | |
Pengguguran tuduhan ke atas Datuk Norza Zakaria, bekas MT UMNO merupakan topik utama beberapa media utama negara kita ini. Namun dalam membincangkan mengenai isu SPRM dan politik rasuah saya amat tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dalam akhbar Malay Mail baru-baru ini. Datuk Shafee dalam mengulas mengenai kes Datuk Norza Zakaria, memaklumkan bahawa beliau tidak terkejut dengan keputusan SPRM untuk tidak meneruskan kes tersebut . Ini adalah kerana Lembaga Disiplin sendiri telah mendapati Datuk Norza bebas dari tuduhan politik wang – sebelum SPRM tegas mahu mengambil tindakan. Menurut Datuk Shafee lagi, menjadi satu kehairanan kenapa SPRM bersungguh-sungguh mahu meneruskan pendakwaan ke atas Datuk Norza. Datuk Norza sendiri merasakan diri beliau adalah mangsa politik dan begitu juga saksi-saksi yang di kemukakan oleh SPRM. Menurut Datuk Sahfee lagi, kenapa ramai sekali saksi SPRM mengadu mereka bahawa mereka dikasari dan cara tidak beretika dalam melakukan siasatan ke atas tuduhan terhadap Datuk Norza. Adakah mereka semua salah? Apa yang dibicarakan oleh Datuk Shafee dan apa yang berlaku dalam kes tuduhan terhadap Norza Zakaria perlu dikaji semula. Adakah tangan-tangan hitam yang sebenarnya turut mencampuri urusan SPRM sehingga SPRM gagal bertindak dengan lebih profesional. Siapakah tangan-tangan hitam ini. Dalam kes Datuk Norza – saksi juga mengadu bahawa beliau dikasari dan ada yang mengemukakan kenyataan menuruti kehendak SPRM kerana diugut oleh SPRM. Adakah ini harus dibiarkan begitu sahaja. Kalau cara dan tindakan SPRM melampau adakah tidak mungkin persoalan juga akan wujud dalam isu Teoh Beng Hock – yang dijumpai mati selepas soal siasat oleh SPRM. Penelitian perlu di buat – sama ada SPRM juga cenderung bermain politik – mengambil tindakan atas alasan politik dan arahan politik tertentu. SPRM sendiri tidak faham apa itu rasuah politik tetapi mengambil tindakan sehingga memalukan SPRM sendiri. Bagaimana pula mangsa, apakah kompensasi yang perlu diberi setelah kepada mangsa yang terpaksa hilang berbagai-bagai peluang kerana tindakan tidak beretika dan nampak kemelesetan SPRM. Bagaimana pula dengan tindakan Jawatankuasa Disiplin dengan pra syarat perundangan – seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahan? Yang menjadi persoalan adalah SPRM. Adakah suruhanjaya ini bebas atau hari ini persepsi buruk terhadap SPRM masih ada dan akan berterusan ada. Adakah mungkin SPRM tidak bebas? Siapa yang mempengaruhi SPRM dan adakah ini kerana kepentingan politik tertentu. Pembersihan persepsi buruk ke atas SPRM harus dilakukan tetapi sehingga hari ini – baik pembangkang mahupun UMNO sudah seakan memberi gambaran negatif terhadap SPRM. |
Kuliah Maghrib: Fiqh Solat (40)
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan