Pemilihan Mohd Bakee Tidak Dibuat Tergesa-Gesa: Najib ..selepas terbongkar skandal Sime Darby..he.he.he..!!!



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hari ini pemilihan Datuk Mohd Bakke Salleh untuk jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd yang baharu tidak dibuat secara tergesa-gesa.
Perdana Menteri berkata bagi pemilihan itu, proses penilaian dalaman dan oleh pihak tertentu yang ketiga telah dilakukan.Beliau berkata berdasarkan pengalaman dan rekod, Mohd Bakke berkemampuan memulihkan Sime Darby.
"Jadi saya nafikan (pemilihan) dibuat cara tergesa dan saya harap semua pihak beri peluang untuk Mohd Bakke menjalankan tugas kerana bukan mudah menyelesai dan memulih keadaan di Sime Darby," katanya kepada pemberita ketika ditanya tentang dakwaan kononnya pemilihan Mohd Bakke dibuat tergesa-gesa.
Terdahulu, Najib merasmikan mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Najib berkata pemilihan ini dilakukan dalam proses lembaga Sime Darby dan lembaga itu telah menggunakan pihak-pihak tertentu untuk menentukan tahap profesional.
"Ada beberapa nama shortlisted (disenarai pendek) dan lembaga pengarah berpendapat inilah nama top of list (teratas dalam senarai) untuk ambil alih Sime Darby," katanya.
"Kita tak boleh biarkan kekosongan di sana tergantung terlalu lama. Kalau tidak diisi nanti orang kata lembaga pengarah tak decisive (tegas) tapi kalau isi cepat dia pusing balik dia kata tergesa-gesa. Sebenarnya tidak tergesa-gesa," kata Najib.
Mohd Bakke, 56, pernah bekerja dengan beberapa syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan termasuk Permodalan Nasional Berhad, Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Felda Holdings Bhd. - BERNAMA

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks