Isu Parlimen Batu macam Bola Piala Dunia pulak



Hari ni, eBel News melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan sama ada wujud kekosongan kerusi Parlimen Batu, sekali gus memutuskan sama ada perlu memanggil pilihan raya kecil.

wanahmadwanomarBadan itu menyatakan pendirian ini ketika teka-teki sama ada negara akan menyaksikan pilihan raya kecil ke-12 dan yang pertama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak Mac 2008 masuk hari ketiga hari ini.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya hanya boleh menentukan tindakan susulan sama ada perlu mengadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya selepas menerima notis rasmi daripada Dewan Rakyat. - eBel News
Semalam pulak dilaporkan:
Dewan Rakyat akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Peguam Negara untuk menentukan status Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang kini berhadapann dengan risiko dilucutkan kerusi walaupun dendanya diturunkan kepada RM2,000 kelmarin.

tianchua3-june19Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bagi mengelakkan masalah berkaitan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat akan merujuk kes berkenaan kepada SPR untuk diputuskan. - eBel News
Tau la sekarang ni tengah demam Piala Dunia tapi tak payah la isu kerusi perlimen Batu ni pun depa nak buat macam bola, Parlimen tendang kepada SPR, SPR pulak tendang balik kepada Parlimen.

Di pihak hakim pulak katanya dah bagitau yang keputusan tu sangat jelas. Denda yang dikenakan adalah RM2,000. Memang tak berapa kena kalau nak tanya hakim tu macamana dengan status Tian Chua sebagai ahli parlimen, lucut atau tak.

Pasainya, hakim tu bicara untuk kes Tian Chua gigit telinga polis, bukan ada kena mengena dengan parlimen Batu. Kalau nak mahkamah buat keputusan berkenaan status pahli parlimen Batu tu, nak kena bicara lain pulak laa, khas untuk isu tu.

Aku rasanya, buat masa ni sapa pun tak berani 'sepak bola' tu tala ke gol. Pasainya sampai saat ni 'kepten' pasukan takdak kata apa lagi.

Memang kalau ikut cara main bola biasa, penjaga gol pun nak kalau boleh cuba jaringkan tapi masalahnya team ni team yang dah kena rasuah. Yang deal rasuah tu kepten pasukan.

Pemain lain mana berani pandai-pandai buat jaringan, kalau silap masuk gol, mampuih depa kena belasah dengan kepten merangkap pengurus pasukan. Silap-silap lain kali tak boleh main dah.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks