Peguam Gabungan Anak Peneroka dan Generasi Kedua (ANAK), Ahmad Nizam Hamid berkata dengan kemerosotan rizab sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun itu perlu diberi perhatian telus oleh kerajaan dalam memperincikan setiap penggunaanya.
“Kita memang tuntut berikan ketelusan dalam perbelanjaan Felda ini kerana ini sebuah syarikat penyumbang pendapatan kedua terbesar di negara selapas Petronas.
“Duit ini kita tidak tahu ke mana ia pergi dan dalam masa yang n sama nasib peneroka cuma lebih baik sedikit daripada mereka yang mula-mula masuk 30 tahun dahulu,” katanya.
Beliau bekata pembaziran wang sebanyak RM2.73 bilion itu tidak menterjermahkan kepada keprihatinan kerajaan dalam menggunakan wang masyarakat Felda sebaik-sebaiknya.
“Memang tidak menjaga peneroka generasi ke 2 dan ke 3 dan kita tidak tahu duit ini pergi ke mana. Sebahagian didedahkan oleh kerajaan ialah melancarkan futsal Felda yang menelan belanja jutaan ringgit dan manfaatnya pula hanya untuk segelintir. Di Felda sendiri pun kita tahu terlalu banyak masalah seperti ekonomi dan sosial,” katanya.
Beliau berkata kerajaan perlu memperincikan segala perbelanjaan yang melibatkan wang Felda ekoran Felda adalah penyumbang besar kedua pendapatan negara selepas Petronas.
“ Kita tuntut mereka dedahkan, kedua kita minta laporan audit yang jelas dan telus dan ketiga kita minta satu siasatan diraja untuk tuntut mana pergi duit ini,” katanya.
Selain itu beliau turut meminta kerajaan memberi maklumat terperinci mengenai jumlah peneroka, kawasan tanah dan pendapatan peneroka program tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan