Pengganas: Hisham jamin keselamatan terkawal..ha.ha..bapak penganas APCO dok kawal Malaysia..he.he.


Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan bahawa keselamatan negara adalah terkawal dan pasukan keselamatan sentiasa memantau setiap ancaman daripada kumpulan-kumpulan pengganas, kata menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurutnya, polis dan pasukan khas keganasannya menjalin hubungan antarabangsa dengan Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI), badan risikan Australia dan negara Timur Tengah dalam usaha pemantauannya.

"Saya hendak memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan negara kita adalah selamat dan kedudukan keselamatan adalah terkawal. Kita memantau (ancaman keganasan) setiap hari, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun untuk memastikan negara kita selamat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Wanita Umno Bahagian Semberong di Taman Sri Lambak yang disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Wanita Umno.

Hishammuddin yang juga Ketua Umno Bahagian Semberong mengulas tentang ancaman pengganas yang mahu menyerang beberapa rumah ibadat di Selangor dan Pulau Pinang sebagaimana yang didedahkan oleh media baru-baru ini.
Katanya, pemantauan KDN itu juga tidak tertumpu kepada hanya penuntut asing yang didakwa datang ke negara ini dengan tujuan merekrut pengikut bagi kumpulan-kumpulan pengganas antarabangsa.
Bukan ancaman baru

Ditanya bilangan penuntut asing yang masih di bawah pemantauan KDN, beliau berkata, "ia tidak dalam jumlah yang membimbangkan."

Hishammuddin turut menjelaskan bahawa ancaman serangan terhadap rumah-rumah ibadat sebagaimana yang dilaporkan oleh media tempatan itu bukanlah sesuatu yang baru, tetapi ia berlaku beberapa bulan lalu dan KDN telah lama mengetahuinya.

"A
pa yang diceritakan hari ini telah berlaku berbulan-bulan lalu tetapi orang ramai tidak tahu. Ada perkara-perkara tentang keselamatan yang kita tidak boleh cerita di khalayak ramai," katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu keselamatan.

"Dalam BN kita melihat amanah dan tanggungjawab itu sebagai serius dan perkara-perkara yang berhubungkait dengan keselamatan, kita tidak tergamak untuk mempolitikkannya," katanya.

Mengenai laporan tentang tahanan oleh sebuah jawatankuasa Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Hishammuddin berkata, apa yang Malaysia capai dalam tempoh 50 tahun adalah lebih baik daripada pencapaian beberapa negara maju.

Katanya, banyak perkara dalam laporan itu memberi pandangan yang amat positif terhadap Malaysia dan meminta media supaya tidak mensensasikan beberapa perkara tertentu.

- Bernama

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks