Sistem Dajjal : Kompilasi Terpilih...Bah 6 (BahteraWawasan)

Sistem Dajjal : Kompilasi Terpilih...Bah 6 (BahteraWawasan)
2. UFO dan Kod Hukum Graviti
Fenomena UFO (unidentified flying object) yang berterbangan di ruang angkasa bukanlah petunjuk kepada kehadiran makhluk asing, tetapi ia diwujudkan dalam keadaan sedemikian bagi meledakkan pemikiran manusia ke arah mempersoalkan kewujudan Allah, iaitu Tuhan Maha Satu.

Sejak fenomena UFO mula tersebar di kalangan masyarakat umum, maka ramai yang mula membuat kajian mengenai dari mana datangnya dan dari mana asalnya objek terbang tersebut. Tidak kurang juga yang membuat teori dan tanggapan bahawa objek UFO tersebut datang dari galaksi berbeza atau lebih tepat, ia adalah dakwaan terhadap kebarangkalian wujud makhluk asing.

Tiada yang mengejutkan, ia sengaja diwujudkan oleh sekutu The Deceiver bagi menggerakkan usaha kajian para saintis dan para ahli kaji bintang terhadap kemungkinan itu, galakan terhadap mempercayai sains dengan menolak elemen ketuhanan adalah motif utama. Maka timbul dakwaan di kalangan ‘the UFO believers’ yang sudah terpengaruh dengan perancangan halus ini dengan mengatakan bahawa Kerajaan Amerika sengaja menutup dan merahsiakan kebenaran terhadap kewujudan mahluk asing.

Ahli fizik dan jurutera aeronotik berbangsa Bulgaria, Vladimir Terziski dalam kajiannya mendedahkan, pihak Nazi menyimpan rahsia terhadap senjata sulit berbentuk seperti cakera terbang anti-graviti yang mampu mencapai kelajuan 1200 batu dalam hanya satu jam yang dibangunkan pada tahun 1939. Terziski turut menjelaskan bahawa terdapat satu lagi prototaip piring terbang dilengkapi senjata laser milik Nazi yang mampu mencapai kelajuan 2500 batu sejam dan dibina pada sekitar tahun 1941 iaitu ketika dunia berada di ambang Perang Dunia Kedua.

Jurutera Bulgaria itu melalui pendedahan kontroversi turut mendedahkan bahawa prototaip jentera terbang anti-graviti yang dijadual dibina pada 1941 tersebut kemudian dibangunkan untuk proses upgrade oleh pihak Amerika selepas tamat Perang Dunia Kedua. Prototaip itu kemudian dibawa ke Amerika dan menjadi asas kepada penciptaan lebih banyak senjata dan jentera perang yang canggih. Pada masa yang sama turut mencipta ‘spy probe’ berbentuk seperti UFO untuk tujuan intipan. Teknologi ini sudah berkembang di Amerika sejak akhir 1940-an.
Dokumen Prototaip UFOPrototaip UFO yang cuba dibangunkan Vril Society
Malah, Terziski turut mengaitkan pembinaan prototaip piring terbang di Jerman itu mempunyai pertalian dengan satu gerakan sulit di negara itu, iaitu Vril Society yang turut dianggotai Hitler. Vril Society dikatakan menyediakan dana melalui ‘hidden financial group’ yang menyediakan dana kewangan dari sumber yang tidak diketahui bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan piring terbang bagi kegunaan perang.

Fasa pengujian prototaip tersebut yang bermula pada 1934 bagaimanapun terhenti apabila isu holocaust mula tersebar di Eropah, penyebaran isu itu menyebabkan pihak Nazi terpaksa menggunakan segala dana kewangan bagi membaiyai usaha menjadikan peristiwa holocaust tampak benar, menjadikan ia kelihatan benar-benar dahsyat untuk mewujudkan kesan simpati masyarakat Eropah terhadap bangsa Yahudi yang membawa kepada kesudahan penubuhan negara Israel. Kesannya, proses penyelidikan dan naik taraf terhadap prototaip UFO terhenti disebabkan kekurangan dana (atau Jerman hanya ditugaskan untuk membangunkan prototaip sahaja) dan kerja upgrade terhadap UFO kemudian disambung oleh Amerika sebaik tamat Perang Dunia Kedua.

Namun, teori konspirasi yang dibuat oleh kebanyakan pihak yang mengatakan bahawa UFO yang kerap dilihat di ruang angkasa adalah senjata ciptaan Jerman dan Amerika mula dinafikan oleh Amerika sendiri. Maka, timbul satu penjelasan di kalangan ahli kaji sejarah di Amerika yang menjelaskan bahawa UFO dan makhluk asing telah wujud sejak zaman awal sejarah lagi. Ia adalah usaha untuk menafikan penglibatan Amerika dan Jerman dalam projek pembinaan senjata rahsia.Pesawat UFO Vril dirakam di pangkalan udara NaziPenjelasan daripada ahli kaji sejarah mengenai kehadiran UFO sejak zaman tamadun awal turut tidak terlepas daripada menjadi bahan kajian oleh ahli-ahli sejarah yang berfikiran skeptikal. Kajian terhadap UFO dalam tamadun awal yang dibuat oleh ahli sejarah berfikiran skeptik ini membuka kepada penemuan fakta yang menarik. Ia adalah penemuan terhadap kod yang menyerupai kod-kod seorang lelaki dari Atlantis. Kod-kod itu terpampang pada setiap ukiran dan tulisan purba, malah mengandungi formula sains yang sangat kompleks (pengetahuan rahsia?) yang melampaui zaman.

Pada tahun 1938, kisah mengenai artifak batu Dropa yang ditemui di pergunungan Baiankara-Ula di sempadan China dan Tibet mula menjadi tumpuan dunia arkeologi selepas berita mengenai artifak pelik yang ditemui penduduk tempatan di situ menimbulkan tanda tanya penduduk tempatan. Ekspedisi arkeologi yang diketuai Chi Pu Tei ke kawasan yang pernah dihuni masyarakat primitif menemui fakta bahawa ukiran berbentuk UFO yang ditemui di situ telah diukir pada kira-kira 10,000 hingga 12,000 tahun lalu.
Imej makhluk pelik  pada Dropa Disk
Di dinding gua itu pula diukir pictogram mengenai kedudukan matahari, bulan, bintang-bintang utama dan bumi dalam bacaan skala yang tepat. Chi Pu Tei melalui kertas kerjanya bertajuk “The Dropa Stone” berpendapat bahawa ukiran itu dilukis atau diilhamkan oleh seseorang yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu kaji bintang. Kajian oleh Chi Pu Tei kemudian disokong oleh kumpulan arkeologis dari Perancis yang dianggotai Sarah Fishberg, James Langley dan Isaac Jacob melalui kajian mereka bertajuk Le Sacre Devoile dalam bahasa Perancis.

Kemudian pada tahun 1962, Dr Tsum Um Nui meneruskan kajian untuk mengkaji maksud tulisan motif kuno yang terdapat pada dinding Dropa. Um Nui turut berpendapat, ukiran berbentuk huruf dan perkataan yang berada di dinding yang sama dengan ukiran UFO diukir itu berusia kira-kira 12,000 tahun. Kajian terhadap batu Dropa tidak dapat disangkal lagi kerana sudah terdapat 3 pendapat yang selari sehingga tempoh kajian berterusan dilakukan sehingga 1962.

Sepanjang kajiannya, Um Nui berhadapan pelbagai persoalan terhadap imej UFO yang terpampang di dinding gua tersebut. Salah satunya ialah, bagaimana orang primitif mampu menulis huruf yang mengandungi mesej saintifik dalam saiz yang sangat kecil, hanya boleh dibaca apabila menggunakan mikroskop. Ia adalah tulisan bersaiz mikroskopik, sangat kecil.

Um Nui turut mengaitkan ukiran perkataan dan imej UFO tersebut dibuat oleh masyarakat primitif atas tujuan ritual dan keagamaan, malah turut mengaitkan ukiran tersebut dengan ‘tunjuk ajar’ daripada seseorang yang lebih maju dan terkehadapan.

Manakala dalam tamadun Mesir purba pula, mitos mengenai ‘bot terbang’ atau ‘bahtera terbang’ yang digunakan firaun-firaun untuk bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain bukanlah sesuatu yang asing kepada pengkaji sejarah tamadun purba itu. Imej makhluk aneh menyerupai makhluk asing yang kita selalu lihat di televisyen hari ini juga terpampang di dinding-dinding piramid dan istana Mesir purba.
Bersambung

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks