Kerajaan Negeri Pro-Rakyat - Nazmi

Adun Seri Setia, YB Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan banyak perubahan yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat biarpun baru dua tahun mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional.

Beliau berkata program rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri tidak mendiskriminasikan kaum dan parti politik, jauh berbeza dengan pentadbiran kerajaan BN.

Lebih dua ribu orang hadir pada majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat DUN Seri Setia bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

Nik Nazmi berharap penduduk DUN Seri Setia mengajukan masalah mereka dengan mengisi borang yang disediakan oleh kerajaan negeri memudahkan bantuan disalur.

Kesungguhan kerajaan negeri mendepani masalah rakyat sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri lepas tangan terhadap masalah yang diwarisi pemerintahan kerajaan BN sebelum ini.

”Saya cuma harap ini adalah dua tahun Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor dan kita perlu pastikan banyak perkara perubahan di sini bagi memastikan rakyat merasa perubahan tersebut di bawah kerajaan baru yang dipilih.”

Nik Nazmi menyatakan kerajaan negeri telah menyediakan pelbagai program, dasar dan pelbagai aktiviti ekonomi untuk kesejahteraan semua lapisan rakyat.
“Pelbagai dasar-dasar merakyatkan ekonomi Selangop, kita sediakan semua dari mula kelahiran sehingga mereka yang sudah tua dan dasar-dasar kita dilaksanakan semua untuk Selangor walaupun anda adalah dari MCA, rakyat tetap akan dapat manfaat bersama dari PR.”

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks