Menyingkap Tabir Dunia : Kebenaran Nabi Muhammad

angan percaya 100%....cuma saya berharap anda akan lebih memahami,prihatin terhadap sejarah dan perkembangan semasa…Selamat membaca!

Menyingkap Tabir Dunia adalah kajian hasil rujukan daripada al-Quran, Hadis, ramalan Nostradamus, the Book Of Mormon, Dead Sea Scrolls, manuskrip kuno, artikel blog(Rise of Islam), Bible, Torah dan buku-buku ilmiah.


Saya berpendapat sejarah amat penting kepada kita untuk kita terus mendekatkan diri kepada-Nya.Oleh itu, kita sepatutnya mengenali asal usul dan sejarah kita yang sebenar kerana sejarah yang menyelewng dari fakta sebenar mampu menggugat akidah seorang muslim.


Contohnya, teori evolusi Darwin sebenarnya menentang sejarah kewujudan sebenar manusia. .(Nanti saya akan mendedahkan penyelewengan teori penipuan evolusi Darwin bermula awal tahun 2010)
Namun, teori ini sebenarnya banyak fakta yang menyeleweng dan dapat dikesan oleh saudara-saudara seagama yang prihatin dengan taktik Illuminati dan Freemason yang cuba menggugat kepada akidah umat Islam


Artikel Menyingkap Tabir Dunia akan memulakan pendedahan hujah tentang kebenaran kerasulan Nabi Muhammad, Keturah, Nabi Daniel Mentafsir Mimpi Raja Bukhtanasar , Zulqarnain, the Lost of Tribe , Melayu, Freemason dan kedatangan Imam al-Mahdi.


“Setiap kisah dalam al-Quran sebenarnya adalah kisah-kisah yang akan berulang pada setiap zaman dan keadaan. Kisah Firaun bukanlah cerita mengenai batang tubuh dan kejahatan yang beliau lakukan semata, tetapi kisah mengenai akan ada pada setiap zaman para pemerintah yang mahu dirinya disembah bagaikan Tuhan. Kisah Ashabul Kahfi bukanlah sekadar mengenai kisah para pemuda yang tidur 300 tahun dalam sebuah Gua, tetapi ia adalah kisah mengenai keperluan pemuda uzlah dari jahiliyyah yang akan sentiasa berulang pada setiap zaman. Kisah Zulkarnain bukanlah sekadar mengenai kekuasaannya, tetapi kisah mengenai setiap zaman akan ada pemerintah yang soleh dan kembalinya bumi Allah di bawah warisan hamba-hambaNya yang soleh...” - Syekh Sya'rawihttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqmZGvGJfSPnzA2QlR_pEdBXzn0901HvNliSzWZwZZIcxZ8ublh1i1WekjMXqdQ9wmd2SMhxnzA9LMBAuGzYCot2p0bDKnhpADGhk6aztQVfKMkdUBvCpADh_i7kNhddtdKaZ_-3ZopPw/s400/syarawi+4.jpgMenurut Syeikh Sya’rawi, sejarah sentiasa berulang:
”… ia adalah kisah mengenai keperluan pemuda uzlah dari jahiliyyah yang akan sentiasa berulang pada setiap zaman.”

“Kisah Zulkarnain bukanlah sekadar mengenai kekuasaannya, tetapi kisah mengenai setiap zaman akan ada pemerintah yang soleh dan kembalinya bumi Allah di bawah warisan hamba-hambaNya yang soleh...”



But unto the sons of the concubines, which Abraham had, Abraham
gave gifts, and sent them away from Isaac his son, while he yet lived,
eastward, unto the east country.
(Genesis 25:6)
Perkataan ‘them’ ini merujuk bangsa yang hilang sejak 2000 tahun dahulu. Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.
Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'.Persoalannya,

"Siapakah Keturah ini?"
Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.Kita tinggalkan sebentar tentang Keturah...mungkin ramai sudah mengetahui siapakah Keturah. Bagi yang sesiapa belum mengenali, tunggu kemunculan sejarah Keturah yang berkait dengan The Book of Mormon(saya belum baca habis), Bible dan Torah.

Kebenaran Nabi Muhammad saw
Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan. Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya .Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah,perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai 'kifarat' dan hadiah kepada Nabi Ibrahim.
Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja.Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).
Jadi Nabi Muhammad bukanlah keturunan hamba Mesir seperti dikatakan oleh Yahudi dan Kristian dalam kitab Allah yang diselewengkan oleh mereka, dan sebahagian ahli sejarah Islam.Sesungguhnya, Allah memilih Nabi Muhammad yang berketurunan mulia dan bertentangan kenyataan Yahudi yang tidak mengakui bukti kerasulan yang terdapat dijumpai pada diri Rasulullah. Padahal Taurat sendiri memberitahu kedatangan Rasul akhir zaman.
“The Lord came from Sinai, and rose up from Seir unto them; he shined forth from Paran, and he came with 10,000 of Saints”(Book of Deutronomy 33:2)
Ayat ini dengan jelas menerangkan tentang cahaya bertentangan; dari Sinai, Seir dan Paran. Tentang Sinai, ia merujuk kepada peristiwa pengutusan Nabi Musa a.s. dengan kitab Taurat yang asli di Gunung Sinai. Seir(sekarang dikenali Bait Shair;bermaksud kota pengembala) berkait dengan Nabi Isa(dikenali Jesus oleh orang Kristian) dan kitab Injilnya muncul dari Baitul-Laham (Bethlehem). Seir merupakan sebuah kota kira-kira 1 ½ KM dari Bethlehem.
Mengenai Paran, Taurat sendiri pernah mengisahkan perihal Nabi Ibrahim menempatkan isterinya, Hajar bersama-sama dengan anaknya Nabi Ismail di suatu tempat yang sunyi sepi iaitu di Padng Pasir Paran.
He lived in the wilderness of Paran. His mother took a wife for him out of the land of Egypt. (GEN 21:21)



Berdasarkan Torah(untuk membezakan Taurat asli dan palsu,saya panggil Taurat palsu sebagai Torah), Paran merupakan sesuatu tempat di Hijaz. Ahli-ahli geografi menegaskan bahawa Paran merupakan kawasan terdapat di antara gunung di Mekah, iaitu Abu Qubais, Quiqaan dan Hira’.Tentang “10,000 of Saints” itu, Prof. David Benjamin Keldani (kini Abdul Ahad Daud) mengatakan ia merujuk kepada jumlah pengikut Muhammad S.A.W. yang membebaskan Kota Mekah pada tahun 8 Hijrah.


Namun, mereka tetap mendustakan tanda-tanda kenabian terdapat pada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.


“Di kala datangnya apa-apa yang telah mereka ketahui, mereka kafir dengan dia”
(al-Baqarah: 89)
Tidak cukup dengan bukti tersebut, saya ambil pula keterangan dari Bible:For Moses truly said unto the fathers, a prophet shall the Lord your God raise up unto you of your brethren, like unto me; him shall ye hear in all things whatsoever he shall unto you,(Acts of Apostles 2:22)
Kalimat “unto you of your brethren” bermaksud seorang nabi diutuskan di kalangan saudara Israel itu sendiri dan bukan di kalangan Bani Israel. Namun, pihak Kristian mengatakan maksud ayat ini merujuk kepada Nabi Isa/Jesus. Nabi Ibrahim dikatakan berkahwin tiga iaitu Siti Sarah, Siti Hajar dan Siti Keturah. Namun, ada pendapat mengatakan bahawa baginda berkahwin empat.
Seterusnya kalimat “like unto me” bermaksud lelaki tersebut menyamai Nabi Musa dalam banyak perkara. Sama seperti Nabi Muhammad S.A.W., Nabi Musa dilahirkan dalam keadaan yang normal berbanding Nabi Isa a.s. yang dilahirkan secara ajaib (tanpa bapa). Nabi Isa membujang, tetapi Nabi Muhammad dan Nabi Musa berumahtangga. Nabi Musa dan Nabi Muhammad membawa syariat yang baru, berbanding dengan Nabi Isa, baginda cuma menyambung syariat Nabi Musa. Dalam Bible, Nabi Isa berkata:Do not think that I have come to abolish the Law of Prophets (Torah); I have not come to abolish them but to fulfill them.(St. Mathews 5:17). Nabi Musa berketurunan Ibrahim, sama seperti Nabi Muhammad. Berbeza dengan Nabi Isa, baginda mempunyai salasilah yang kabur dan menurut kepercayaan Kristian, Nabi Isa merupakan Anak Tuhan.
Prof. Waid Barkash yang masih berstatus pendeta besar kaum Brahmana mengatakan bahawa Muhammad Rasulullah saw adalah insan yang dinanti-nantikan dalam ajaran Hindu. Semua kriteria yang disebutkan dalam buku suci kaum Hindu (Veda) tentang ciri-ciri "Kalky Autar" sama dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah Saw.

Dalam ajaran Hindu disebutkan mengenai ciri Kalky Autar diantaranya, bahwa dia akan dilahirkan di jazirah, bapanya bernama "Syanuyihkat" dan ibunya bernama "Sumaneb". Dalam bahasa Sanskrit perkataan "Syanuyihkat" adalah gabungan dua perkataan yaitu "Syanu" bererti "Allah" sedangkan "Yahkat" ertinya anak laki atau hamba yang dalam bahasa Arab disebut "Abdun". Dengan demikian kata Syanuyihkat artinya "Abdullah". Demikian juga perkataan "Sumaneb" yang dalam bahasa Sanskrit bererti "Amana" atau "Amaan" yang terjemahan bahasa Arabnya "Aminah". Sementara semua orang tahu bahwa nama bapa Rasulullah Saw adalah Abdullah dan nama ibunya Aminah.
Cerita yang terdapat dan disebut dalam kitab Veda mengingatkan akan kejadian di Gua Hira saat Rasulullah didatangi malaikat Jibril untuk mengajarkan kepadanya wahyu tentang Islam. Bukti lain yang dikemukakan oleh Prof Barkash bahwa kitab Veda juga menceritakan bahawa Tuhan akan memberikan Kalky Autar seekor kuda yang larinya sangat cepat yang membawa kalky Autar mengelilingi tujuh lapis langit. Ini merupakan persamaan dengan kejadian Isra' Mi'raj dimana Rasulullah menunggang Buraq.
Selain itu, dalam Bible ada mengatakan:“Kemudian setelah tuhan berbicara dengan mereka,terangkatlah dia naik ke langit dan duduk di sebelah kanan Allah.Adapun mereka,maka mereka keluar dan menyampaikan Injil di setiap tempat sedang Tuhan bekerja bersama mereka dengan menyokong kata-kata mereka melalui ayat-ayat yang menyusulinya” …Markus 16:19-20
Maksudnya selepas Isa akan ada lagi seorang Rasul iaitu Muhammad yang akan bekerja untuk Allah sebagai utusan dengan menyampaikan ajaran agama berpandukan kitab Al-Quran yang mulia !


“Jika mahu melihat pemimpin yang diuji dengan kesakitan yang sangat dahsyat dan baginda lolos dalam ujian aqidah perjuangan itu, kita ada model dari Nabi Allah Ayub alahissalam.

Jika mahu melihat pemimpin yang diuji dengan kekayaan yang melimpah ruah dan menguasai kerajaan dunia tetapi baginda lolos dalam ujian tersebut dan terus beriman kepada Tuhannya, kita ada model dari Nabi Allah Sulaiman alahissalam.

Jika mahu melihat pemimpin muda remaja yang diuji dengan godaan wanita, kita ada model dari Nabi Allah Yusuf alahissalam.

Jika mahu melihat karakter pemimpin yang tegas dan keras pendekatannya, kita ada model dari Nabi Allah Musa alahissalam .

Jika mahu melihat karakter pemimpin yang sebaliknya sangat peramah, lembut hati termasuk kepada musuh, lihatlah kepada Nabi Allah Isa alahissalam.

Jika mahu melihat kesemua karakter kepimpinan para anbiya, lihatlah pada Nabimu... Muhammad S.A.W.",
Bersambung...

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks