Menyingkap Tabir Dunia: Surah Al-Kahfi Merungkai Tentang Dajjal

Menyingkap Tabir Dunia: Surah Al-Kahfi Merungkai Tentang Dajjal
Asal Surah al-Kahfi ini diturunkan adalah untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh pendeta-pendeta Yahudi.Ini berpunca apabila pihak kafir Quraisy mengutuskan An-Nadr bin al-Harith dan ‘Uqbah bin Abin Mu ‘it untuk menemui pendeta-pendeta Yahudi di Madinah bagi menanyakan perihal Nabi Muhammad dan ajarannya. Pihak Quraisy melakukan tindakan ini kerana menganggap pendeta Yahudi memang arif tentang hal-hal kenabian. Mereka menemui dan menceritakan perihal Nabi Muhammad, maka pendeta itu mengatakan sekiranya Nabi Muhammad dapat menjawab tentang Ashabul Kahfi, Zulqarnain dan roh bermakna baginda memang utusan Allah dan jika sebaliknya, maka baginda seorang penipu.



Klik di bawah untuk kembali ke blog utama WAKE UP MUSLIMS!
Menyingkap Tabir Dunia (MTD): (Intro) Perihal Imam al-Mahdi
Posted by Mr One Saturday, 16 January 2010 comments (0)


MTD(Intro)Imam Mahdi:
Beliau Adalah Khalifah yang Kedua Belas?


A. Dari Jabir bin Samurah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Setelah peninggalanku nanti akan ada dua belas orang Amir (Khalifah).” Jabir berkata,
“Kemudian baginda bercakap sesuatu yang tidak kufahami, lalu aku bertanya kepada bapaku,
lalu dia berkata, “Mereka semuanya dari golongan Quraisy.”
(At-Tarmizi)

B. Sabda Nabi SAW,
“Dunia tidak akan lenyap sehinggalah bangsa Arab diperintah oleh seorang lelaki dari kaum
keluargaku, yang namanya menyamai namaku.”
(Abu Daud)


Hadis daripada Jabir RA di atas yang bertaraf hasan sahih telah dijadikan ‘alasan terkukuh’
oleh puak Syiah untuk menonjolkan Imam mereka sebagai orang yang dimaksudkan itu. Lalu, ekoran daripada itu, muncullah beberapa banyak ‘hadis’ lagi yang mendakwa bahawa yang dua belas orang itu sudah pun ditunjukkan oleh Nabi SAW akan orangnya satu persatu secara batang tubuh, tanpa khilaf dan terus-terang, disebutkan namanya dengan bin-binnya sekali.
Ahli-ahli hadis dan para sejarawan Islam juga gagal menjelaskan siapa yang dimaksudkan
dengan angka dua belas itu, berdasarkan sejarah. Mereka gagal memahami maksud sebenar individu-individu berkenaan. Akhirnya tafsiran sebenar terhadap hadis ini terbiar begitu sahaja tanpa terhurai.

Sehingga ke hari ini, tiada siapa yang berani menjelaskan siapa mereka itu dan bila berakhirnya yang kedua belas itu. Memang belum ada mana-mana ahli sejarah atau ahli hadis yang dapat membuat huraian tepat akan maksud angka dua belas itu.
Ruang kosong itu dapat dihidu dengan cepat oleh puak Syiah, lantas mereka mengisinya dengan dalil yang mutawatir, iaitu mutawatir dari segi banyaknya hadis mengenainya, bukan mutawatir dari segi makna yang sebenar di dalam ilmu hadis itu.
Salah seorangnya ialah Syeikh Sulaiman al-Balkhi yang menulis di dalam kitabnya yang
terkenal itu, Yanabi’ul Mawaddah, muka surat 447, dalam mendakwakan Imam mereka, kira-kira begini:
“Hadis Imam Dua Belas tidak sesuai jika dimaksudkan dengan Khulafa ur-Rasyidin kerana
mereka kurang daripada dua belas (orang). Dan juga tidak sesuai dengan khalifah-khalifah dari
Bani Umaiyah kerana mereka lebih daripada dua belas (orang). Semua mereka adalah zalim
kecuali (Khalifah) Umar bin Abdul Aziz, dan mereka bukan pula (dari) Bani Hasyim, kerana
Nabi bersabda, “Semua mereka mestilah dari Bani Hasyim.” Dan ia tidak sesuai dengan
khalifah-khalifah dari Bani Abbas, kerana mereka lebih dari dua belas (orang). Mereka juga
menindas anak cucu Rasulullah dan melanggar perintah Al-Quran.
“Oleh itu, satu cara untuk menafsirkan hadis itu ialah dengan menerima bahawa dua belas Imam itu adalah dari Ahlulbait Rasulullah, kerana merekalah yang paling alim, paling takwa,
mempunyai sifat-sifat yang paling baik, paling tinggi nasabnya dan lebih mulia pada sisi Allah. Ilmu-ilmu mereka diambil dari bapa-bapa mereka yang bersambung dengan datuk mereka iaitu
Nabi Muhammad SAW.”



Demikian ulasan Syeikh Sulaiman al-Balkhi, seorang tokoh ulama terkemuka dalam mazhab
Syiah, yang sama tinggi kedudukannya dengan Imam al-Bukhari bagi penganut Ahlus Sunnah wal Jamaah. Beliau mendakwahkan seluruh umat Islam dari semua mazhab agar menerima sahaja bulat-bulat pandangannya itu, tanpa perlu memikirkan benar atau tidaknya lagi. Dan kebetulan pula hingga ke hari ini, masih belum ada buku dari kalangan ulama Ahlus Sunnah yang mengupas secara mendalam pandangan Syeikh Sulaiman itu.

Lihatlah bagaimana mudahnya beliau menolak kepimpinan para Khulafa ur-Rasyidin,
sedangkan mereka itu adalah para pemimpin yang sentiasa mendapat petunjuk, telah diredhai Allah, para penghulu di syurga kelak, dan sebaik-baik umat Islam yang ada di bawah kolong langit ini.

Memang pun orang Syiah tidak mengiktiraf pemerintahan para Khulafa itu. Mengenai hadis yan
didakwanya dari Nabi SAW, bagi kita Ahlus Sunnah, adalah hadis mauduk atau sangat palsu, tidak pernah diucapkan demikian oleh baginda SAW.

Dakwaan bahawa Imam mereka yang dua belas itu adalah orang dimaksudkan oleh hadis,
adalah suatu yang menyalahi maksud hadis itu sendiri. Nabi SAW menyatakan bahawa mereka itu adalah pemerintah (Amir), bukan semata-mata Imam, dan dari keturunan Quraisy, tidak semata-mata dari Bani Hasyim. Imam dua belas yang didakwa Syiah itu tidak memenuhi kriteria hadis itu sendiri iaitu tidak semua mereka bertaraf Amir atau Khalifah yang memerintah umat Islam. Dari kalangan Imam Syiah yang dua belas itu, hanya Sayidina Ali KMW dan Sayidina al-Hasan RA yang pernah memegang jawatan sebagai Khalifah. Yang lain tidak diketahui oleh sejarah dunia bahawa mereka pernah menjadi Amir sepanjang hayat mereka.
Bagaimanapun, sebagai menjawab tulisan Syeikh Sulaiman al-Balkhi ini, sebuah kitab Ahlus
Sunnah yang bernama Aqaid Nasafiyah menulis dengan katanya (terjemahannya) kira-kira begini:

“Selepas para nabi, yang paling afdhal di kalangan manusia ialah Abu Bakar as-Siddiq,
kemudian Umar al-Faruq, kemudian Osman Zunnurain, kerana dia berkahwin dengan dua
orang puteri baginda SAW, kemudian Ali, Radhiyallahu ‘Anhum.
“Khilafah mereka mengikut tertib ini, dan khilafah berlangsung selama 30 tahun, selepas itu
timbul raja-raja dan amir-amir.
“Hendaklah imam muslimin itu zahir, bukan ghaib dinanti-nanti akan muncul, dan dia
hendaklah dari kalangan orang-orang Quraisy; dan dia bukan hanya datang dari keturunan Bani Hasyim dan bukan hanya dari anak cucu Ali.
“Dan tidaklah syarat imam itu seseorang yang maksum, dan tidak disyaratkan dia itu
merupakan peribadi terbaik pada sesuatu zaman itu.”

Huraian penulis: Yang dimaksudkan dengan angka dua belas itu, memang bukan daripada
Khulafa ur-Rasyidin. Sebabnya mereka hanyalah berempat sahaja. Tetapi mereka tidaklah boleh ditolak begitu sahaja, kerana mereka memang orang pilihan Allah. Juga bukan dari kalangan Bani Umaiyah kerana jumlahnya lebih dari dua belas. Bukan juga dari kalangan Bani Abbasiyah kerana jumlah mereka adalah jauh lebih banyak. Bukan juga dari kalangan Imam-imam Syiah kerana mereka yang disebutkan itu tidak pernah menjadi Khalifah atau memegang tampuk pemerintahan seperti yang dikehendaki oleh hadis di atas. Jadi, siapakah yang sebenarnya dimaksudkan itu?
Sebenarnya, yang dimaksudkan oleh Nabi SAW itu adalah kalangan pemerintah yang adil,
yang naik secara hak dan sepenuhnya memerintah berdasarkan Sunnah Nabi SAW. Mereka mestilah khalifah atau amir yang mendapat petunjuk dalam pemerintahannya. Mereka tidak semestinya dari satu turutan sahaja dan pada satu-satu zaman sahaja. Boleh jadi, mereka itu berjauh-jauh zaman antara seorang dengan yang lain, berbeza-beza keturunan Quraisynya dan berlain-lain dinasti pemerintahannya. Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahawa mereka mestilah datang dari satu-satu kelompok sahaja atau dari satu keturunan sahaja seperti yang lazim kita fahami. Quraisy yang dimaksudkan itu adalah umum, bukan semata-mata milik Bani Hasyim, atau milik Bani Abbas sahaja, atau milik Bani Umaiyah sahaja, atau milik puak Alawiyin sahaja, atau milik Bani Tamim sahaja, atau milik Bani ‘Adi sahaja.

Kesilapan ahli sejarah Islam ialah mereka terlalu dikongkong oleh pemerintah yang
berdasarkan urutan naiknya, juga dikongkong oleh pemerintahan bani-bani, sehingga kerana itu, para Khulafa yang nyata-nyata amat adil itupun, turut terkeluar senarai daripada pemerintah yang disebutkan oleh baginda SAW. Akhirnya mereka menyerahkannya kepada Allah kerana mereka tidak mendapat petunjuk dari Allah dalam menentukan peribadi yang dimaksudkan oleh hadis itu.

Kalau taraf hadis itu dijadikan ukuran, hadisnya memang sahih. Jadi, tiada siapa yang berani mendhaifkan hadis berkenaan. Pemerintahan mereka adalah pemerintahan yang adil, kerana jika mereka itu tidak adil, mustahillah Nabi SAW akan menyebut atau memasukkan mereka ke dalam jumlah yang amat sedikit itu. Jika berdasarkan demikian, marilah kita nilai semula pemerintah-pemerintah berikut, yang dirasakan dapat memenuhi kriteria adil seperti yang dikehendaki.


Penulis memasukkan semua nama itu, kerana yang demikian itu ada disebutkan oleh hadis-hadis, atau sekurang-kurangnya oleh para sahabat RA, bukan sekadar andaian semata-mata.
Maknanya, nama mereka dan naiknya sebagai pemerintah telah disebutkan oleh Nabi SAW dan para sahabat RA dalam keadaan tercerai-cerai, satu persatu dan hakikat inilah yang gagal ditangkap maksudnya oleh para ulama dan sejarawan Islam itu.

1. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq RA. Baginda adalah khalifah yang pertama dan ditunjuk oleh baginda SAW secara tersirat. Beliau adalah sebaik-baik umat Nabi Muhammad SAW sepanjang zaman. Datang dari keturunan Bani Tamim, iaitu dari kaum Quraisy. Naiknya sebagai pemerintah telah disebutkan oleh Nabi SAW secara umum, dan secara tersirat juga. Umurnya sama panjang dengan umur Nabi SAW.

2. Khalifah Umar bin al-Khattab RA. Orang yang paling tinggi ilmu ketuhanannya di kalangan umat Islam dan merupakan Sahibul Zaman untuk zamannya. Datang dari Bani Adi, iaitu salah satu puak dari kaum Quraisy. Pelantikannya sebagai khalifah dibuat oleh sebaik-baik umat Muhammad SAW dan sudah dibayangkan oleh beberapa buah hadis. Umurnya juga sama panjang dengan umur Rasulullah SAW.

3. Khalifah Osman bin Affan RA. Paling dermawan dan lembut hati kerana Allah. Datang dari Bani Umaiyah yang terkenal sebagai golongan pentadbir di kalangan puak Quraisy. Juga telah disebutkan naiknya sebagai pemerintah dan matinya sebagai syahid juga sudah disebutkan. Beliau adalah salah seorang yang dijamin syurga.

4. Khalifah Ali bin Abi Talib KMW. Paling alim di kalangan umat Nabi Muhammad SAW.
Sepupu Nabi SAW. Semestinyalah dari kaum Quraisy juga. Naiknya sebagai pemerintah memang sudah masyhur seantero alam, walaupun tanpa bantuan dari puak Syiah. Dari keturunan beliaulah lahirnya Imam Mahdi yang selalu disebut-sebut oleh orang ramai itu.

5. Sayidina Hasan bin Ali RA. Amat minoriti sejarawan Islam yang memasukkan namanya
sebagai Khulafa ur-Rasyidin kelima, selepas Sayidina Ali KMW. Tempoh pemerintahannya yang amat pendek itu menyebabkan namanya ‘terkeluar’ daripada senarai Khulafa ur-Rasyidin. Jika dimasukkan juga, masih tidak bercanggah dengan tempoh yang ditetapkan oleh hadis sahih yang menyatakan tempoh pemerintahan Khulafa ur-Rasyidin yang selama 30 tahun itu.

6. Sayidina Muawiyah bin Abu Sufian. Merupakan sahabat Nabi SAW, walaupun lambat
Islamnya. Diangkat sebagai salah seorang penulis wahyu. Datang dari Bani Umaiyah. Dan Bani Umaiyah itu memang salah satu suku yang terkenal di kalangan kaum Quraisy. Naiknya sebagai khalifah sudah disebutkan oleh Nabi SAW secara tersurat di hadapannya sendiri dengan disaksikan oleh Ummu Habibah RA. Beliau adalah tokoh sejarah yang amat kontroversi dan ramai ahli sejarah yang ‘terluncur pena’ lalu mengutuknya(saya pun kutuk juga) dari segenap penjuru, sedangkan beliau adalah sahabat Nabi SAW juga. ‘Perangainya’ yang kurang dipersetujui oleh ahli sejarah sebenarnya adalah dari segi ijtihad politik sahaja, bukan dari segi agama. Ini perlu dibezakan dan diketahui baik-baik. Sayangnya, perkara inilah yang gagal diperhatikan dan gagal pula difahami oleh sejarawan sehingga mereka menerima sahaja riwayat-riwayat Syiah yang memburuk-buruk dan mengutuknya sehabis-habis hati.

7. Sayidina Abdullah bin az-Zubair RA. Anak kepada Zubair bin Al-Awwam RA. Anak angkat kepada Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah RA. Pemerintahannya cuma di Makkah tetapi naiknya sebagai pemerintah sudah disebutkan oleh para sahabat RA. Matinya sebagai syahid juga sudah disebutkan oleh mereka. Disayangkan, ramai ahli sejarah Islam dan pengkaji yang turut ‘terluncur pena’ dengan menyatakannya sebagai pemberontak kepada kerajaan Bani Umaiyah.

Maka banyaklah riwayat batil mengenai dirinya diambil oleh para sarjana tanpa memeriksa betul tidaknya riwayat itu, dan tanpa mengira siapa peribadi yang mereka kutuk itu. Juga datang dari kalangan kaum Quraisy yang terkenal.

8. Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Lahir dari pertemuan dua khalifah berketurunan Quraisy iaitu dari keturunan Sayidina Umar al-Khattab RA yang datang dari suku Bani Adi dan dari keturunan Bani Umaiyah yang sedang memerintah ketika itu. Merupakan mujaddid kurun pertama, sekaligus yang memerintah. Itulah yang dikatakan sebagai Sahibul Zaman. Pemerintahannya memang adil walaupun hanya sekejap sahaja dan ini sudah tidak perlu dihuraikan lagi. Kealiman dan kewarakannya amat menakjubkan hati seluruh umat Islam, sejak dahulu hinggalah ke hari ini. Banyak jasanya yang masih diamalkan oleh seluruh umat Islam di serata dunia hingga ke hari ini, dan ini menjadikan beliau seorang khalifah dan ilmuwan sejati yang mengagumkan. Ahli-ahli sejarah tidak jemu-jemu mengorek rahsia hidupnya, dan rahsia kejayaannya, tetapi mereka masih tidak menemui apa-apa.

9. Sultan Muhammad al-Fateh. Walaupun bangsa Turkinya tebal, namanya sudah dinyatakan oleh hadis-hadis yang menyebutkan pembuka Kota Konstantinopel adalah oleh sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat. Dikatakan bahawa ibunya adalah datang dari keturunan Quraisy walaupun sudah agak jauh Quraisynya. Beliau adalah raja yang berjiwa sufi, amat taatkan perintah Allah dan amat tawakal kepada Allah, dari segi zahir dan batinnya.



10. Syuaib bin Saleh at-Tamimi. Beliau adalah Pemuda dari Bani Tamim yang terkenal itu. Tidak syak lagi beliau adalah dari keturunan Quraisy kerana demikianlah yang disebutkan oleh hadis-hadis. Malah dikatakan beliau adalah datang dari keturunan Sayidina al-Hasan RA.
Pemerintahannya adalah adil kerana beliau adalah pembuka jalan bagi naiknya pemerintahan
Imam Mahdi. Beliau adalah Sahibul Zaman yang bongsu, iaitu penutup bagi sekalian Sahibul
Zaman.

11. Imam Mahdi, Muhammad bin Abdullah. Sebaik-baik manusia pada zamannya dan salah seorang yang dijamin syurga. Memang dari keturunan Ahlulbait kerana telah disahkan oleh hadis-hadis. Naiknya sebagai pemerintah sudah sah, tidak syak lagi, dan beliau amat berhak ke atas jawatan itu atas banyak sebab.

12. Al-Qahtani, pengganti Imam Mahdi selepas kewafatan Imam Mahdi kelak. Pelantikannya
sebagai Khalifah sudah disebutkan di dalam hadis-hadis dan disebutkan juga bahawa
pemerintahannya tidak jauh berbeza daripada pemerintahan Imam Mahdi. Pembantu kanannya
adalah al-Makhzumi, dari keturunan Bani Tamim juga, sama seperti Imam Mahdi yang pembantu kanannya adalah Syuaib bin Saleh, Pemuda Bani Tamim. Perlu diingat, Nabi Isa AS tidak boleh dimasukkan di sini kerana beliau bukan dari keturunan
Arab, apatah lagi Quraisy. Nabi Isa AS adalah dari keturunan Bani Israel. Namun pemerintahannya memang adil, dan ini sudah dijamin oleh Allah dan baginda SAW sendiri. Sebabnya, Nabi Isa AS adalah seorang yang bertaraf rasul, bukan manusia biasa, malah adalah salah seorang Ulul Azmi, yang nyata amat tinggi tarafnya berbanding rasul-rasul biasa yang lain.

Bersambung...

Ibnu Khaldun Tidak Mengakui Kewujudan Imam Mahdi


Menyingkap Tabir Dunia: Surah Al-Kahfi Merungkai Tentang Dajjal
Posted by Mr One comments (0)


Menyingkap Tabir Dunia: Surah Al-Kahfi Merungkai Tentang Dajjal
Asal Surah al-Kahfi ini diturunkan adalah untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh pendeta-pendeta Yahudi.Ini berpunca apabila pihak kafir Quraisy mengutuskan An-Nadr bin al-Harith dan ‘Uqbah bin Abin Mu ‘it untuk menemui pendeta-pendeta Yahudi di Madinah bagi menanyakan perihal Nabi Muhammad dan ajarannya. Pihak Quraisy melakukan tindakan ini kerana menganggap pendeta Yahudi memang arif tentang hal-hal kenabian. Mereka menemui dan menceritakan perihal Nabi Muhammad, maka pendeta itu mengatakan sekiranya Nabi Muhammad dapat menjawab tentang Ashabul Kahfi, Zulqarnain dan roh bermakna baginda memang utusan Allah dan jika sebaliknya, maka baginda seorang penipu.



Sabda Nabi:
“Barangsiapa yang ingat (serta membaca) sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi adalah dia akan dipeliharakan dari fitnah Dajjal.”
(Hadis riwayat Muslim)


“Setiap kisah dalam al-Quran sebenarnya adalah kisah-kisah yang akan berulang pada setiap zaman dan keadaan. Kisah Firaun bukanlah cerita mengenai batang tubuh dan kejahatan yang beliau lakukan semata, tetapi kisah mengenai akan ada pada setiap zaman para pemerintah yang mahu dirinya disembah bagaikan Tuhan. Kisah Ashabul Kahfi bukanlah sekadar mengenai kisah para pemuda yang tidur 300 tahun dalam sebuah Gua, tetapi ia adalah kisah mengenai keperluan pemuda uzlah dari jahiliyyah yang akan sentiasa berulang pada setiap zaman. Kisah Zulkarnain bukanlah sekadar mengenai kekuasaannya, tetapi kisah mengenai setiap zaman akan ada pemerintah yang soleh dan kembalinya bumi Allah di bawah warisan hamba-hambaNya yang soleh...” - Syekh Sya'rawi
Kata-kata Syeikh Sya’rawi tentang isi yang tersembunyi dalam kisah-kisah Surah al-Kahfi yang mencerita kisah Dajjal. Sebenarnya kisah-kisah dalam Surah al-Kahfi yang terlalu sukar diterima secara logik oleh sesetengah kaum Yahudi sendiri...
Kisah Raja Zulkarnain.

Tembok Zulqarnain @ Tembok Derbent


Zulqarnain adalah Raja Kurush ( 576BC - 530BC ) atau dikenali sebagai Cyrus The Great. Baginda dipercayai raja yang menganut agama Samawi iaitu agama Zarathustra yang merupakan salah satu agama Samawi selain Islam, Kristian, dan Yahudi. Agama ini dibawa oleh Nabi Zarasthustra. Mungkin pembaca tidak pernah mendengar agama ini. Kalau penulis memberitahu agama ini terpesong daripada ajaran sebenar seperti agama langit yang lain (kecuali Islam) dan sekarang lebih dikenali agama Majusi/Zoroaster. Contohnya, Kristian terpesong kerana berpegang dengan konsep Trinity tetapi agama ini terpesong kerana menukar daripada kepercayaan tauhid iaitu mengabdikan diri tuhan yang dikenali Ahura Mazda( dikenali Allah bagi agama Islam dan dikenali Elohim oleh kaum Yahudi) kepada penyembahan api yang menjadi simbol penyatuan agama mereka.
Selepas baginda berjaya menawan kerajaan Babylon tanpa pertumpahan darah, baginda pun membebaskan semua orang Yahudi yang diambil sebagai hamba abdi semenjak zaman pemerintahan Raja Bukhtanasar supaya kembali ke tanah air mereka dan masa inilah Uzair ditidurkan selama seratus tahun dan dibangkitkan semula selepas mereka kembali ke tanah air. Mungkin kaum Yahudi terlalu menghormati Raja Kurush yang digelar sebagai Zulqarnain (yang bertanduk dua) sehingga mereka turut menanyakan perihal raja Zulqarnain kepada Nabi Muhammad S.A.W. .

Salah satu kelebihan yang Allah berikan kepada Raja Zulqarnain ialah diberi pilihan samada melakukan perbuatan yang dibolehkan (mengazabkan/memerangi musuh ) ataupun perbuatan yang digalakkan (berbuat baik kepada musuh). Zulqarnain pula memilih perdamaian dan bermaafan (perkara yang digalakkan) berbanding memerangi musuh (perkara yang dibolehkan). Ketahuilah bahawa Allah turut memberi peluang tersebut kepada tersebut kepada kita. Contohnya, pertelingkahan antara Syiah dan Sunni di Iraq sudah berlarutan selama lebih kurang 1400 tahun lamanya. Banyak sebab yang menyumbangkan ke arah berlakunya permasalahan yang rumit ini sejak sekian lama.BELUM PERNAH SETAKAT INI SAYA MENDENGAR PERKATAAN ATAU MENYEBUT MENGENAI PERDAMAIAN DAN KEMAAFAN.Mereka lebih suka melakukan pendekatan membalas dendam. Contohnya, apabila Syiah bunuh Sunni, maka Sunni membalasnya dengan pembunuhan. Kemudian, Syiah membalasnya dengan cara yang sama. Persoalannya, sampai bila kita harus bergaduh dan membunuh sesama sendiri? Mana moralnya kalau masjid yang dikatakan tempat suci dijadikan sasaran mereka? (mungkin Freemason dalang pertelingkahan yang berlaku? Kalau ya, kenapa kita mensasarkan serangan balas ke arah Syiah/Sunni ?)
Dalam masalah yang berlaku antara sesama kita, apakah yang patut kita pilih? Kemaafan (perkara yang digalakkan) atau membalas perbuatan tersebut?
Kita kembali semula topik perbincangan kita dengan merujuk kembali kata-kata Syeikh Sya’rawi: “Kisah Zulkarnain bukanlah sekadar mengenai kekuasaannya, tetapi kisah mengenai setiap zaman akan ada pemerintah yang soleh dan kembalinya bumi Allah di bawah warisan hamba-hambaNya yang soleh...”
Pemerintah yang soleh? Siapakah dia? Tentulah seperti yang dijanjikan menurut sabda Junjungan Mulia, Muhammad S.A.W. iaitu Imam Muhammad al-Mahdi! Raja Zulqarnain memerintah kerajaan yang besar. Begitu juga dengan Imam al-Mahdi yang menjadi pembantu Nabi Isa a.s. yang menentang musuh yang bakal tiba, Dajjal!!!


Ashabul Kahfi





Pemuda al-Kahfi? Bukankah Nabi S.A.W pernah bersabda:
Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.


Apakah yang dimaksudkan dengan ahli (Ashabul) Kahfi? Mereka yang diceritakan dalam al-Quran? Mungkinkah ia bermaksud pemuda-pemuda yang soleh seperti Ashabul Kahfi menyertai tentera Allah, Tentera Panji Hitam Dari Ufuk Timur?





Namun, apa yang pasti kisah yang diceritakan dalam al-Quran bakal berulang kembali. Menurut Syeikh Uthman Jalaluddin yang bertajuk Alamat Kiamat, terjemahan dan huraian dari kitab berbahasa Arab yang berjudul Ad-Durrah an-Nafi’ah fi Asyrath as-Sa’ah. Beliau menyebut perarakan raksasa yang diatur oleh Dajjal akan berlaku seperti dalam perarakan raksasa yang berlaku dalam kisah Ashabul Kahfi. Tindakan Dajjal mengumpulkan seluruh manusia di dalam satu perhimpunan raksasa dan mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan menyamai insiden yang berlaku majlis perhimpunan Raja Diqyanus yang zalim. Gendang perarakan gergasi (mungkin seperti pancaragam) ini telah mula dipalu dan dimomokkan ke dalam lagu!





Lagu kumpulan My Chemical Romance iaitu The Black Parade (Perarakan Hitam) mengisahkan perhimpunan yang bakal berlaku.

Perhatikan keratan lirik ini:
--------------------------------------------------
When I was a young boy
My father took me into the city
To see a marching band
He said
“Son when you grow up
Would you be savior
Of the broken?
The Beaten and the damned?”
He said
“Will you defeat them?
Your demons
And all the non-believers
The plans that they have made?”
Because one day, I leave you
A phantom
To lead you in the summer
To join the black parade.”
Sometimes I get the feeling
He’s watching over me
And other times
I feel like I should go
When through it all
The rise and fall
The bodies in the streets
And when you all to know
We’ll carry on, We’ll carry on
Though you’re dead and gone
Believe me
Your memory will carry on
Will carry on,
-----------------------------------------


Maksudnya:
Ketika aku masih remaja
Bapaku membawa aku ke pekan
Menyaksikan perarakan pancaragam
Dia berkata
“Anakku, apabila engkau dewasa
Sanggupkah engkau menjadi penyelamat
Yang kalah dan yang dilaknat?”
Dia berkata
“Akankah kau mengalahkan mereka,
Syaitanmu
Dan mereka yang tidak beragama
Rancangan yang sudah diatur?”
“Kerna satu hari nanti
Aku meninggalkan engkau
Di bawah kepimpinan
Pada musim panas nanti
Untuk menyertai perarakan hitam
Kadang-kadang aku rasakan
Dia memerhatikanku
Dan pada ketika lain
Aku meraskan aku harus pergi
Apabila melalui semua ini
Jatuh dan bangun
Tubuh-tubuh di jalanan
Dan walupun kau telah pergi
Kami mahu kau tahu
Kami tetap akan meneruskan
Walaupun kau sudah tiada lagi
Percaralah
Memori ini akan diteruskan
Akan diteruskan…


Seperti sabda Rasulullah:
Tempat berhentinya (berkumpulnya) Dajjal di tanah berair. Kaum yang paling banyak menyertainya adalah wanita sehingga seorang lelaki kembali kepada isterinya, ibunya, anak perempuannya dan ibu saudaranya, lalu mereka mengikutinya dengan tali kerana takut mereka akan keluar mengikuti Dajjal…


“Sesungguhnya Dajjal itu berada di bumi selama 40 pagi di mana dia akan tiba pada setiap sumber air tetapi tidaklah dia dapat menghampiri 4 buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabi, Masjid At-Thur dan Masjidil Aqsa.”
(Riwayat Imam Ahmad.
Sahih rujuk Fath Ar-Rabbani 24:26)


Apa yang saya cuba kaitkan dengan Dajjal? Perhatikan betul-betul setiap ayat di bawah…


Keratan artikel dalam majalah Reader’s Digest memberitahu kita bahawa :
The researcher in the United States revealed equally elaborate networks of straight lines joining rock formations, Indian artifacts and solitary standing stones clearly put in place by human beings and correspondence to blind springs also emerged… Dowsers supported by geologist found that both leys and ancient sites coincided with ‘blind spring’ where water wells up but not break the surface.”


Mengapakah bongkah-bongkah batu ini dibina di atas jajaran ley dan blind springs? Pelik bukan? Professor Charles Hapgood yang membongkar rahsia bongkah batu agam Stonehege dibina.
Menurut teori Watkins mengenai sumber mata air (blind springs) dibina di kawasan bongkah batu(seperti Stonehege) telah disahkan oleh seorang pakar matematik dan jurutera, Alexander Thom pada tahun 1960. Sebagaimana yang dikatakan oleh Alferd Watkins yang menemui fenomena ini berlaku di kawasan bongkah-bongkah batu seperti di Stonehege, Alexander Thom mengatakan bahawa semua lokasi bongkah batu Eropah khususnya di Britain adalah berjajaran dengan fenomena astronomi dan berakhirnya dengan tempat terbit sumber mata air.


Perhatikan semula hadis nabi mengenai tempat pertemuan manusia dan Dajjal… Kata kunci yang kita dapat di sini ialah sumber mata air. Kenapa dengan sumber mata air? Apa kaitannya dengan perhimpunan gergasi yang dirancang oleh Dajjal?Pernahkah anda mendengar hadis Nabi Muhammad S.A.W. mengenai perihal Dajjal:


Diriwayatkan oleh Ahmad yang diterima dari Asma binti Yazid al ansariah:-
“Pada suatu hari, Rasulullah saw datang ke rumahku. Baginda menceritakan perihal Dajjal lalu berkata; Tiga tahun menjelang kedatangan Dajjal akan terjadi kemarau dan saat kekeringan. Pada tahun pertama langit menahan satu pertiga air hujan dan bumi menahan sepertiga tumbuhannya. Pada tahun kedua langit menahan dua pertiga air hujan sedangkan bumi menahan dua pertiga tumbuhannya. Pada tahun ketiga langit menahan kesemua hujannya, begitu juga bumi menahan kesemua tumbuhannya.”


Dajjal ataupun dikenali dalam Illuminati sebagai Lord Maitreya akan menggunakan sumber mata air itu untuk menggoda manusia untuk menerimanya sebagai tuhan bagi agama baru, New World Order Religion. Minta dijauhkan diri ini dan umat Islam daripada fitnah Dajjal Laknatullah!


Mengenai misteri dunia dan kaitannya dengan Dajjal, saya akan mengupas dengan lebih lanjut dalam tajuk Menyingkap Tabir Dunia-Dajjal.


Kita tinggalkan topik misteri Dajjal kerana saya mahu fokus tentang Ashabul Kahfi. Sekumpulan pemuda melarikan diri dan tidak mahu menyertai perhimpunan yang diadakan oleh raja mereka, Raja Diqyanus yang menyuruh mereka menyembah dia sebagai tuhan. Mereka melarikan diri bersama-sama dengan seekor anjing ke gunung dan bersembunyi di dalam Gua Ar-Raqim demi meyelamatkan akidah mereka. Begitu juga perkara yang akan berlaku ketika Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan dan sebahagian daripada manusia yang lain pergi menyelamatkan diri daripada tergoda dengan godaan Dajjal yang begitu hebat. Ini bertepatan dengan hadis Nabi dari Ummu Syarik, dia berkata;
Saya mendengar Rasulullah bersabda:
“Sungguh manusia akan berlari dari Dajjal ke gunung-gunung.”
(Riwayat Imam Muslim dari Ummu Syarik)


Jadi kisah Raja Zulqarnain yang adil dan Ashabul Kahfi memang berkait rapat dengan kisah yang bakal berlaku di akhir zaman. Terdapat seorang lelaki yang bakal memerintah dunia dengan adil (Imam al-Mahdi) dan pemuda Ashabul Kahfi (kemungkinan pembantu Imam Mahdi). Siapakah pembantu Imam al-Mahdi ?
Jawapannya ialah Pemuda Bani Tamim(al-Mansur ), Pemuda Bani Hasyim dan Haris bin Harras.


Sabda Nabi SAW:
Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya.
(Abu Daud, an-NasaĆ¢I, al-Baihaqi & al-Husin)




Seluruh nusantara mengenali Pemuda Bani Tamim ini dan ada yang tidak. Nama ini tidak semasyhur Mahdi atau Nabi Isa. Walau bagaimanapun, sedikit pengenalan mengenali Pemuda Bani Tamim dan mengelaskan dia sebagai mujaddid sedikit sebanyak akan mewujudkan watak ini. tetapi tahukah anda, sebelum watak ini muncul, satu watak lain harus muncul dahulu? Dalam penyelidikan blogger Free Our Mind, watak ini di panggil the beast atau third anti-christ oleh Notradamus manakala Islam pula mengelarkannya AL-SUFYANI(akan dibincangkan pada bahagian seterusnya).
Jadi, selepas saya mengupas sedikit perkara yang tersembunyi dalam Surah al-Kahfi, saya menyerahkan tugasan kepada anda untuk mengkaji kebenaran artikel ini dan memberi respon sebelum saya menyiapkan artikel yang seterusnya... Menyingkap Tabir Dunia: Perihal Imam al-Mahdi.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks