Sistem Dajjal : Kompilasi Terpilih...Bah 5 (BahteraWawasan)

Jika diperhatikan dan difikirkan, elemen-elemen yang terdapat dalam setiap mazhab Wicca menyerupai agama-agama yang tidak mentauhidkan Allah atau tidak merujuk kepada SATU TUHAN YANG TIDAK MENYERUPAI SEBARANG MAKHLUK. Jika ada sekalipun dalam Wicca, ia merujuk kepada satu (yang mereka anggap layak disembah) dalam mazhab Monoteistik, iaitu merujuk kepada manusia/syaitan. Ia masih bertentangan dengan jalan lurus, Tauhid.

“Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” – (Quran, al-Baqarah: 168-169)

Agama dari Babilon inilah yang mencorakkan doktrin-doktrin sesat dalam mendefinisikan konsep ketuhanan dalam setiap agama (kecuali Islam) di sepanjang sejarah ketamadunan manusia. Wicca yang wujud hari ini menjadi alat terpenting untuk mengukur persamaannya (bench-mark) dengan setiap agama selain Islam berdasarkan konsep-konsep ketuhanan yang dibawa oleh agama Wicca ini.

Konsep-konsep dalam mendefinisikan tuhan dalam agama Wicca mempunyai persamaan dalam pendefinisian tuhan dalam Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya jika kita membandingkan agama-agama itu dengan mazhab-mazhab yang terkandung dalam agama Wicca.

Pendefinisian ini diubah suai sedikit dalam ‘agama mata satu’ iaitu Cao Dai di Vietnam yang menetapkan doktrin bahawa semua agama termasuk Kristian, Buddha, Hindu, Wicca, Baha’i, Islam dan semua agama di dunia adalah sama pada dasarnya, dan mempunyai satu tuhan yang sama yang menjadi ketua kepada semua tuhan dalam setiap agama yang disebutkan tadi. Namun ia sebenarnya masih berpegang kepada mazhab Wicca Henoteistikyang menyesatkan. Doktrin yang dibawa Cao Dai ini juga mempunyai persamaan dengan ajaran sesat Ayah Pin yang juga terkenal sebagai seorang yang pandai ilmu sihir (wakil Dajjal di alam Melayu?). Ajaran Ayah Pin juga berpegang kepada konsep yang serupa dengan Cao Dai. Jika doktrin ini diguna pakai dan berjaya mempengaruhi umat manusia, ia akan membawa kepada satu pemusatan kepercayaan yang berpaksikan doktrin ‘ada raja tuhan di kalangan semua tuhan’ (tuhan yang dimaksudkan itu mungkin Dajjal?). Jika ia berlaku, maka satu New World Orderyang menyatukan manusia di jalan kesesatan akan berjaya dijadikan sebagai realiti. Ke mana Ayah Pin menghilang? Hilangnya secara misteri? Hilang seperti Merlin? Ini cuma teori saja.

Malah, Amerika dan Eropah pula sudah lama menjadikan patung-patung tuhan pagan sebagai hiasan di tempat awam. Statue of Liberty di Amerika (manifestasi Semiramis, tuhan pagan Babilon) dan patung Hercules di England (anak Zeus tuhan pagan Greek).White House di WashingtonImej asal tanpa bantuan garisan merah


Kita boleh membuat andaian bahawa doktrin ini dibawa oleh satu sumber kerana berdasarkan maklumat lisan, ia bermula di Babilon. Maka, kita boleh membuat andaian bahawa doktrin ini dicipta seseorang di Babilon. Namun, ketiadaan manuskrip sejarah yang menjelaskan mengenai individu ini di Babilon menjadikan proses pencarian jawapan menjadi sukar. Atau mungkin kami belum berjaya menemui manuskrip yang dicari-cari. Namun, masih ada sumber lisan yang boleh diterima pakai dan akan kami sampaikan kepada anda dalam tajuk khas nanti. Fikir dan jadikan al-Quran sebagai panduan hidup untuk kita sedar siapa musuh kita yang sebenarnya.

“Dan sesungguhnya Kami telah sediakan bagi (neraka) Jahanam itu beberapa banyak daripada golongan jin dan manusia. Mereka ada hati tetapi mereka tidak mahu berfikir dengannya. Mereka mempunyai mata tetapi mereka tidak mahu memerhatikan dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka semua seperti binatang-binatang ternakan bahkan mereka itu lebih sesat, mereka itulah orang yang lalai.” (Quran, al-A'raf: 179)

“Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga. Ia menanggalkan dari mereka berdua pakaian untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh lihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi mereka yang tidak beriman.” (Quran, al-A'raaf: 27)



Wicca dan Satanism adalah agama yang mempunyai pertalian. Syaitan dijadikan entiti penyembahan dan sihir dijadikan pelengkap proses ‘delivery’ amalan ritual, ia termasuk ritual-ritual pasif yang kebanyakan manusia lakukan tanpa disedari. Mereka mengiktiraf setiap amalan ritual pasif yang dilakukan manusia dan mengiktiraf sebagai penganut agama mereka. Jangan jadi hamba mereka yang melakukan ritual satanic tanpa kita sedari.

Agama sesat berpaksikan sihir yang dikenali sebagai Wicca pada hari ini dengan mendokong mazhab triniti serta mazhab-mazhabnya yang lain adalah asas kepada semua agama dalam tamadun manusia sejak zaman berzaman. Mazhab-mazhab dalam Wicca ini menjadi asas kepada proses ‘terbit’nya agama-agama dalam tamadun kuno. Ia sudah pasti dibawa oleh seseorang yang ‘rajin mengembara sepanjang hayatnya’. Lalu, agama-agama itu mewujudkan genre-genre sistem kepercayaan yang hanya ‘menunggu masa’ untuk disatukan dalam satu order yang terancang melalui agen-agen Dajjal (Cao Dai, Ayah Pin, Paulus dan sebagainya). Alasan penyatuan itu adalah berdasarkan persamaan yang terdapat dalam doktrin bawaan mazhab-mazhab Wicca.
Bersambung

1 comments:

insidewinme berkata...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks