Zahid Mahu Pemimpin Umno Permatang Pauh Tamatkan Sengketa ..eh..eh..UMNO pun gaduh ka....ingat MCA ka..PPP ka...MIC ka....rupa2 nya UMNO..he..he..!!!

BUTTERWORTH: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin Umno Permatang Pauh menamatkan persengketaan antara mereka bagi mengukuhkan parti sebagai persediaan merampas semula kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata semua pihak dalam parti perlu bersatu padu dan mengetepikan masalah dalaman parti yang telah berlarutan sejak sekian lama dalam usaha mendapatkan semula sokongan rakyat.

"Jangan bergaduh lagi. Ini masa untuk kita bersatu," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini, hari ini.

Katanya beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan berjaya merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh jika pemimpin dan anggota parti bersedia bekerjasama sebagai satu pasukan.

"Jangan di depan (pentas) ini sahaja kita berpeluk tetapi di belakang kita bertikam sesama sendiri," katanya.

Pada majlis itu juga seramai 77 anggota pakatan pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menyerahkan borang menyertai Umno.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh dipegang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. BERNAMA

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks