Imej makhluk asing di atas dinding di bangunan Mesir Kuno
Laporan yang dibuat oleh Discovery Channel mengenai kod-kod UFO dalam tamadun purba pula merumuskan bahawa, ukiran-ukiran yang mempunyai unsur UFO yang terdapat di Mesir mengandungi kod saintifik yang sangat terperinci dalam menjelaskan konsep hukum graviti. Malah, kod-kod tersebut banyak diselit pada dinding ukiran yang menceritakan riwayat Horus The One-Eyed Sun God, juga pada dinding ukiran yang menceritakan riwayat Ra, dan riwayat Osiris.
Di sini, kita boleh membuat kesimpulan dengan mengaitkan motif Merovingian memperluaskan empayar jajahan ketika zaman imperialism dan kolonialism adalah untuk menjejak pengetahuan-pengetahuan saintifik yang dimiliki tamadun kuno mengenai hukum graviti yang ditinggalkan Dajjal melalui artifak-artifak kuno. Dengan sebab itu jugalah kerja-kerja mengekstrak manuskrip sejarah giat dijalankan ketika era imperialism. Teori graviti ini kemudian dikembangkan Isaac Newton ketika era Enlightenment (perkataan enlightenment juga adalah sama maksud dengan illumination) dalam penjelasan sains moden yang membawa kepada penciptaan jentera terbang moden sehingga membolehkan Wright Brothers mampu memecah hukum graviti melalui penciptaan kapal terbang.
Juga menjadi asas kepada Jerman untuk mengembangkan pengetahuan graviti dalam mencipta UFO. Mungkin dan tidak mustahil jika artifak kuno dari Sumeria, Babilon, Assyria, China dan Mayan juga mengandungi pengetahuan terhadap hukum graviti dijelaskan secara terperinci, melangkaui zaman. Kita melalui topik Jejak-jejak Dalam Sejarah sebelum ini juga sudah membongkar siapa yang berselindung di sebalik tamadun-tamadun itu, maka pengetahuan itu juga datang daripada sumber yang sama, ilmu yang diperturunkan Dajjal melalui mesej yang cryptic dan halus kepada pengikutnya. Mesej itu pula hanya difahami oleh keturunan pengikut setianya sejak zaman berzaman.
----------------------
Motif mewujudkan fenomena UFO dengan makhluk asing dibuat secara sengaja bagi membolehkan golongan penyembah Dajjal ini merencana rancangan yang lebih besar. Menurut satu sumber yang dipetik dari seorang penulis teori konspirasi Fritz Springmeir, beliau mendedahkan pendedahan yang dibuat Halbert Pike (bekas pengikut Illuminati) mengenai rancangan UFO, rancangan itu sengaja dibuat dan akan direalisasikan dengan memperlihatkan kehadiran ribuan UFO ‘menjajah’ dunia pada satu ketika nanti dan memusnahkan medan magnetik bumi.
Pada ketika itu juga, keadaan dunia digambarkan akan menjadi huru-hara sehingga menjejaskan segala sumber tenaga. Ia terus membawa kepada lupusnya semua sumber tenaga dan memaksa manusia hidup seperti ketika zaman dahulu kala akibat peralatan canggih yang menjadi kebergantungan manusia sudah tidak berfungsi lagi. Manusia pula akan hilang daya berdikari kerana ketiadaan mesin canggih yang pernah digunakan sebelum semua tenaga elektrik lupus.
Manusia pula digambarkan akan berperang dengan makhluk asing (atau jelmaan syaitan?). Pada masa itulah manusia amat bergantung harap kepada seorang penyelamat (Dajjal?) yang terlebih dahulu mahu melihat semua manusia bersatu (New World Order) untuk menentang makhluk asing. Ia tidak ubah seperti babak filem Independence Day lakonan Will Smith.
Dan melalui perancangan itu juga, selepas makhluk asing berjaya dikalahkan, dunia akan kelihatan tidak ubah seperti Zaman Pertengahan di mana tiada bekalan elektrik dan peralatan canggih akibat kesan kemusnahan peperangan dengan makhluk asing. Senjata perang seperti senapang dan meriam juga sudah tidak berfungsi akibat kerosakan yang berlaku di kawasan magnetik bumi disebabkan ‘serangan UFO’.
Pada masa itu juga, hero yang menyelamatkan dunia (Dajjal?) akan diagung-agungkan oleh manusia kerana keperwiraan dan kepintarannya, dan Dajjal akan menjadikan manusia-manusia ini sebagai orang suruhannya (angkatan tentera) yang berada di bawah pemerintahannya. Dan sebagai persiapan merekrut angkatan tentera baru yang kononnya sebagai persediaan menghadapi kemungkinan serangan kedua oleh makhluk asing. Walhal, ia adalah persediaan melengkapkan angkatan tentera untuk memerangi angkatan Tuhan (pimpinan al-Mahdi dan Isa al-Masih) ketika perang akhir zaman.
(ini hanya teori yang digambarkan oleh Pike kepada Springmeir, jangan terus terima bulat-bulat) (Allah lebih mengetahui segala rahsia di langit dan juga di bumi)
------------------------
Agenda UFO digerakkan secara halus untuk memerangkap manusia supaya mempercayai kewujudan makhluk asing.
Mempercayai makhluk asing juga akan menjerumuskan manusia kepada mempersoalkan kewujudan Tuhan dan mempersoalkan bahawa ‘jika benar makhluk asing wujud, tuhan mana yang mmakhluk asing itu sembah?’ ATAU ‘jika makhluk asing itu tidak menyembah Tuhan, maka wujudkah Tuhan?’ ATAU ‘jika benar Tuhan wujud, mengapa tuhan tidak menceritakan mengenai makhluk asing melalui para nabi-nabi?’ DAN banyak lagi persoalan yang cuba disogok oleh Yahudi untuk menjadikan manusia ragu-ragu terhadap kewujudan Allah.
Usaha menjadikan manusia percaya terhadap makhluk asing ini sentiasa disogok Hollywood melalui cereka sains fiksyen angkasa lepas. Dan, pada masa yang sama Kerajaan Amerika bermain wayang menafikan kewujudan makhluk asing bagi menampakkan seolah-olah mereka menutup rahsia mengenai penemuan UFO dan makhluk asing. Ia adalah satu sistem untuk memaksa kita mempersoal kerajaan Amerika yang dilihat seolah menutup rahsia UFO, dan menjadikan kita percaya kepada kewujudan makhluk asing secara tidak langsung hasil daripada pertikaian yang timbul akibat mempersoalkan hal kerahsiaan kerajaan Amerika.
Dalam satu laporan di laman web News Kerala pada 18 Disember 2009, mendedahkan mengenai objek terbang di angkasa menyerupai UFO di sekitar ruang udara di Moscow, Rusia yang berjaya dirakam Russian TV Network. Berdasarkan maklumat orang awam yang menyaksikan UFO tersebut, ia menyerupai kapal angkasa berbentuk seperti piramid yang terbang bebas melintasi ruang udara Moscow.UFO piramid di Moscow
Manakala dalam laporan FOX News Online dan akhbar The Sun di United Kingdom pula melaporkan sebuah UFO dikesan di satu kawasan di Iran ketika negara itu melakukan ujian peluru berpandu Shahab III pada 6 Oktober 2009.Imej UFO dikesan ketika ujian peluru berpandu Shahab III di Iran
Buatlah pertimbangan sendiri, sama ada UFO itu jentera makhluk asing atau senjata yang digunakan untuk tujuan intipan ketenteraan yang turut berfungsi sebagai medium menjadikan manusia percaya kepada kewujudan makhluk asing. Dan, pada masa yang sama menjadi medium untuk mengintip masyarakat dunia.
Kuliah Maghrib: Fiqh Solat (40)
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan