Mp Pendang: Alahai kesian kat depa (BN)

Kasihan mereka.

Disangka jaguh macam ayam jantan tetapi rupanya macam ayam piru. Ana ambil contoh perumpamaan daripada Tranung Kite.

Itulah jadinya bila orang jemput nak berdebat, tetapi mereka koyak kertas jemputan, itulah apa yang terjadi kepada orang muda di Pulau Pinang , harap negeri lain masih ada anunya untuk menjadi jantan. Nanti bila orang jemput kalau tak nak atau takut berdebat jawablah elok-elok , jangan koyak kertas jemputan. Nampak sangat ‘naïve’nya puak nih.
Apa yang terbaru ana lihat didalam akhbar harian semalam, NGO akan diterima menjadi anggota BN sikit masa lagi secara otomatik.

Kesian mereka.

Oleh kerana dah susah nak dapat sokongan daripada rakyat terbanyak, oleh kerana parti komponen sudah bercempera nak pecah macam apa yang berlaku pada PPP dan MCA dan Gerakan, maka diambillah yang tak berjuang dalam parti politik nak diserap jadi komponen BN. Apa yang menariknya bila kita buka akhbar tu, yang terlalu gembira menyambut perlawaan itu adalah SUA PPIM , seorang yang selama ini berjuang untuk pengguna Muslim mendapat makanan halal melalui NGO yang tidak berpaksikan politik, tetapi nampaknya kini sudah nak meresapkan diri mereka kedalam wap politik BN, itu apa yang dia ulas atas pelawaan itulah, hakikat didalam hati kita tak tahu. Ana kenal benar dengan beliau semasa menjadi mahasiswa dulu , tetapi kalau dah pusing 360 darjah sekarang ini, tak tahulah , wallahu aklam. Selama ini hanya terkilas ikan diair, tetapi sekarang dah nampak jantan betinanya, tahniah diatas jawapan dalam akhbar tersebut.

Awat la macam tu, Kesian mereka.

Sampai begitu sekali nampaknya sekarang ini, dah tak dapat sokongan golongan muda dan rakyat bukan Melayu , maka terpaksa buka kepada semua untuk mendapat sokongan NGO yang selama ini bejuang bukan atas dasar politik pun nak ditarik. Ana yakin, seandainya ini yang nak dibuat, maka yang berjuang didalam NGO itu pun akhirnya akan cabut dan tak berminat lagi kalau beraderpaksa berada didalam ‘gok’ BN nanti. Ana harap PKPIM akan terus maju dengan perjuangan mereka dan ahli mereka tak akan berkurangan bila dah diserap secara otomatik kedalam BN nanti ya. Nak tanya sikit, kes LGE yang membela kanak-kanak sekolah didalam kes mahkamah RTC yang dilindungi hari tu dah selesai kot, beliau pun dah bebas dari penjara dan jadi KM la ni. Apa khabar dengan kanak-kanak sekolah tersebut, dah sihat dan berjaya dalam pelajaran kot. Insyaallah. Didoakan beliau berjaya dalam hidup dan menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara dan menjadi wanita solehah.

Kesian mereka.

Bebagai perkara dan hujah dibawa nak masukkan dalam benak rakyat agar memberikan kepercayaan kepada puak mereka, tetapi apakan daya satu demi satu yang dibawa tak memberi bekas dan hujah balik semula mengenai batang hidung mereka.
Lihat apa yang ditohmahkan kepada Kerajaan Pulau Pinang pasal perarakan Maulid Nabi, tetapi bila lihat Pulau Pinang sambut sampai tiga hari, maka terkedu lidah mereka bila yang kata tak mau buat perarakan adalah Johor, Pahang dan Perlis. Bila dinyatakan ada ketika BN perintah Pulau Pinang, pernah tidak diadakan perarakan bila menyambut Maulid Nabi, maka lagi sekali TS Muhyiddin, Pak Lah dan KJ terkelu lidah tak dapat nak jawab.

Kenapa bila Kelantan dan Kedah tak buat perarakan, Pemuda Pulau Pinang dan Perkasa tak komen apa-apa pun. Mereka pun tahu, yang dok sibuk pasal tak ada perarakan tulah yang selama ini tak pernah pun memandang betapa pentingnya nak menghidupkan sunnah nabi saw dalam penghidupan mereka. Apakah ada fatwa yang dibuat mana-mana mufti yang menyatakan perarakan itu wajib dan mesti berbanding dengan fatwa yang menyatakan letak kalungan bunga didepan tugu tu jelas haram, ? Kenapa tak ikut apa yang mufti tegah tu?. Harap tahun ini tak ada lagilah kerja tu!

Kesihan mereka.

Dalam hal 1 Malaysia , bebuih mulut DS Najib PM menyatakan nak menjalankan pentadbiran satu Malaysia, melayani semua rakyat dengan konsep 1 M, tetapi manusia yang ada dibawak dagu beliau Datuk Nasir ( ana tak nak guna ketiak kerana dalam parlimen depa suruh tarik balik bila ana guna perkataan ni kepada syarikat yang dapat kontrak di India kerana duduk bawak ketiak Pak Lah ketika itu), menyatakan dulu orang Cina datang ke Malaysia nak jual tubuh, dan orang India nak minta sedekah, maka habislah marah MCA dan MIC dengan ungkapan tersebut, bahkan disebut didalam seminar 1 Malaysia pula tu,di negeri mertua ana Melaka, negeri SUA PPIM juga la, negeri KM Pulau Pinang juga, kesian DS Najib. Harapkan kandang, kandang makan kerbau.

Kesian mereka

Pasal Menteri jaga duit dalam negara kita, kalau dulu negara habis bilion ringgit kerana Forex, tetapi sekarang ini bila SPRM pi siasat setpol dia, katanya dijumpai jutaan ringgit duit dalam simpanan dirumah dia, tapi tak nampak pula apa tindakan terhadap ketua setpol tu , nak siasat ke, nak tanya ke atau nak tau siapa punya duit ke. Kalau pasal lembu korban TS Khalid di Selangor riuh satu dunia dan juga pasal setpol EXCO Selangor SPRM siasat duit beli bendera sampai terjatuh bangunan kawan kita tu dan ditemui sudah tidak bernyawa lagi , terpaksa buat pst mortem 2 kali pula kerana ramai tak yakin dengan yang pertama .

Kesian mereka.


Nak jaga pertahanan negara, tetapi bila beli peralatan yang canggih manggih, orang beli satu seratus juta kita bayar benda yang serupa tapi harga tak sama, lebih mahal daripada yang Brazil beli, mereka beli siap dengan kos latihan , kita beli tanpa latihan, kesian juga kat mereka, runding nak beli tetapi tak tengok benda macam mana, terus beli bila lihat dalam brochure , sign kontrak dan beli, nasib baik kita bising dalam perlimen, menteri kata tangguh dulu, itu cerita Eurocopter, kalau tak berapa komisyen dah lesap. Kalau kepada sarjan kena caj korupsion, kalau yang atas kena sebut komisyen. Ada juga kapalterbang yang dah ada dalam negara, nak terbang tak boleh enjin kena curi, hilang dan yang melakukan kerja tu hanya sarjan TUDM dan apa yang menggemparkan boleh hantar sampai sat Argentina dan sekarang ni duduk di Uruguay. Memang dahsyat dan pakar betul sarjan kita ni, tahu selok belok luar negara dan import eksport barang dalam pertahanan negara. Pasal tu kot C4 boleh hilang dri simpanan dengan mudah, hanya orang yang jaga UTK pun boleh buat . Maklumlah zaman komputer, sarjan pun dah pandai tugas ekspot impot ni melebihi yang duduk diatas sana nun. Lagi kesian kat depa bila beli kapal selam harga bilion ringgit satu, pakai tak sampai setahun dah tak boleh menyelam pula, nak pertahan negara macam mana kalau macam ni. Bayangkan nak guna sampai 40 ke 50 tahun, agaknya boleh kah tu.?

Lagi kesian mereka.

Dulu tak ada telaga minyak, sekarang dah ada. Dulu tak ada royalti, bila dah ada minyak maka ada royalti dan dalam perjanjian petrolium 1974, maka termaktub 5 % duit cash kena beri kepada Kerajaan negeri yang dijumpai minyak, maka mewahlah Terengganu,, Sabah dan Sarawak dengan duit royalti ketika itu, tetapi bila datang Menteri dari Kelantan yang tak terlibat pun merangka perjanjian royalti ini , menteri kata dah tak dapat lagi royalti tukar pula beri wang ehsan, pasal kesian kot kat negeri dia. Maka datanglah hulubalang yang merangka perjanjian tersebut menyatakan bahawa Kelantan layak dapat royalti kerana terdapat dalam perjanjian yang dia rangka tersebut. Tak tersebut pun dalam perjanjian 1974 tu pasal 3 batu nautika ka, 200 batu nautika ka dan dalam sejarah telaga minyak dalam Malaysia yang dah berbilion duit royalti ni, tak ada pula telaga minyak dok tepi pantai 3 batu nautika baik Sabah atau Sarawak. Kesian mereka, sampai macam tu sekali nak tipu rakyat. Kata lawyer terkenal, pasal 3 batu nautika ni ada kena mengena dengan undang-undang darurat, pasal pa pula kes minyak nak guna undang-undang darurat pula, dan kenapa tak guna undang-undang ZEE ( zon ekonimi eksklusif) dalam kes minyak ni, kena tanya dia la, ana tak berapa faham pasal ni.

Lagi kesian mereka.

Didalam sesuatu kes rogol yang pernah ana kendali dihospital, mula-mula polis bawa mari suruh kita periksa dengan surat report polis dan bila lepas periksa kita kata tidak ada kesan kena tembus atau kena rogol, maka kes pun tak dicaj sebagai rogol, mungkin elleged molest, cabul kehormatan . Tapi ada kes 4 orang doktor periksa tak ada kesan kena tembus dan berlaku peristiwa ni disiing hari ( siang buta, kata orang Kedah) pukul 3 sampai 4 , doktor pakar kata tak ada kesan kena tembus, tapi teruskan juga kena dakwa , kesian mereka . Lagi kesian bila kita semak balik kes yang telah lama berlaku, masa anak ana masik kecil lagi, sekitar akhir 90an, dimana manusia bernama Dr Munir dan Dermawan mengaku kena ceroboh dan kena masuk penjara lepas tu beberapa tahun (selepas mereka mengaku setelah dipaksa mangaku kena perkosa)., tetapi kesian mereka yang memperkosa tak pula kena dakwa dan kena penjara kerana memperkosa mereka berdua ini.

Yang anih dan ajaib bila manusia bernama Aziz juga mengaku kena perkosa , dia tak pula kena masuk penjara., tetapi orang yang memperkosa pula yang kena penjara. Kesiannya ana kerana tak faham apa sebenarnya berlaku dalam negara kita ini. Dalam kes terbaru yang berlaku ketika anak ana sudah berusia 10 tahun ni, orang yang mengaku kena perkosa sampai 8 ke 9 kali tetapi masih boleh pergi buat kopi lepas kena, tak pula kena dakwa macam Dr Munir dan Dermawan kena penjara masa anak ana masih kecil dulu. Kesian mereka, sampai rakyat dah pandai jadi lawyer sendiri.

La kesian lah kat depa.

Biasa ana lihat kalau kes rogol tak ada tanda tembus, maka kes dibuang, kalau tak tentu tarikh atau terpaksa ubah sampai 3 kali , maka terpaksa buang kes, tak tahulah kes yang berlaku dalam negara kita ni nak terus ataupun tidak, kesian kat pemimpin negara kita kena jawab kat dunia pasal apa banyak benda pelik berlaku dalam negara kita mutakhir ini. Lepas satu satu negara lain menyoal kita tentang apa yang berlaku, yang peliknya bila nak jawab, orang jebeh mulut tak mau dengar jawapan kita macam yang berlaku semasa Datok Nazri di Washinton DC baru-baru ni.
Kesian mereka, lagi kesian kat kita.

http://mppendang.blogspot.com/

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks