Pemuda Umno tak terkilan KJ tidak terpilih sertai Kabinet..he.he..jawapan yang makin menjauh....!!!



KOTA BARU, 5 Jun — Pergerakan Pemuda Umno tidak terkilan walaupun Ketuanya Khairy Jamaluddin tidak tersenarai dalam rombakan kecil Kabinet baru-baru ini.
Sebaliknya, Naib Ketua pergerakan Datuk Razali Ibrahim menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang membesar-besarkan perkara itu sebagai tidak matang dan cuba memutar-belitkan isu.
Rombakan itu tidak melibatkan pemimpin Umno tetapi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain iaitu MCA, MIC, Parti Progresif Penduduk dan parti-parti dari Sarawak, dan kita tahu pemimpin kita berkaliber, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pergerakan itu juga katanya memahami hak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno dalam membuat rombakan tersebut.
“Tapi pembangkang buat tuduhan itu seolah-olah Khairy diketepikan... agak melucukan dan jelas tidak matang dalam berpolitik.
“Bagaimanapun kami tak rasa apa-apapun,” katanya yang mengulas mengenai ‘‘kehangatan’’ isu tersebut dibincangkan menerusi beberapa laman web.
Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yakin isu itu tidak akan menimbulkan keresahan pada kalangan pemimpin Umno khususnya pada kalangan Pemuda sendiri.
Sementara mengulas isu berlainan, Razali berkata Pemuda telah melancarkan kempen khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bernilai 50 sen bagi setiap SMS bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin.
Kutipan daripada kiriman SMS itu akan disumbangkan kepada tabung bantuan kemanusiaan, katanya. — Bernama
Sabtu, 2010 Jun 05

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks