Pelancaran Kempen Mansuh Lesen Judi Bola Sepak Di Hadapan Kompleks Sogo, Esok



SHAH ALAM 4 Jun - Gerakan Rakyat Membantah Judi akan mengadakan pelancaran kempen memansuhkan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 di hadapan pusat perniagaan Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada pukul 2 petang, esok.
Setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat berkata kempen itu  akan digerakkan bersama pimpinan pertubuhan bukan kerajaan, ulama dan beberapa parti politik.
"Kempen ini bertujuan untuk mendesak kerajaan persekutuan menarik balik lesen judi bola sepak  yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan, baru-baru ini.
"Kemuncak kepada kempen ini adalah Himpunan 100,000 rakyat pada sabtu 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Di-pertuan Agong," ujar beliau.
Rabu lalu, satu mesyuarat bersama yang dipengerusikan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dengan kerjasama 18 NGO serta beberapa parti politik bersetuju menubuhkan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).
Persetujuan itu dibuat dalam mesyuarat berhubung 'Status Industri Judi di Malaysia' yang diadakan di Tingkat 22, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Berikut adalah antara NGO yang turut serta dalam GMJ:
1. Majlis Perundiangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
2. Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras)
3. Dewan Pemuda Masjid
4. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
5. Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)
6. Satu Nama (SATNA)
7. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
8. Jamaiy
9. Pengerak Belia Tempatan MPK
10. Budayawan Bertindak (BB)
11. Seniman Paksi Rakyat
12. Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK)
13. Nisa Malaysia
14. Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM)
15. Persatuan Dharma Sakyamuni
16. Relawan (PBR)
17. Pusat Aduan Rakyat Kempas
18. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
19. Dewan Pemuda Pusat (DPP Pusat)
20. Angkatan Muda Keadilan (AMK)
21. Pemuda DAP (DAPSY
Jumaat, 2010 Jun 04

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks