Salam,
Gambar ini saya dapat dari majallah MOJO keluaran March 2001. Saya dapat majallah ini dari kedai majallah dan buku second hand!
Gambar ini saya dapat dari majallah MOJO keluaran March 2001. Saya dapat majallah ini dari kedai majallah dan buku second hand!
Mukasurat 32, tajuk article...Time Machine....bertarikh Mar 24, 1975....
Apakah rahsia gambar ini?. Saya ada terbaca bahawa si kissinger ni ada menyatakan bahawa dia adalah antara pemimpin negara2 barat yang terakhir melihat Raja Arab Saudi, Al Malik Faisal masih hidup! Kita semua kenal Al malik Faisal...bagindalah raja negara Arab yang menggunakan kuasa minyak untuk menyekat tentera Israel mengganas di Timur Tengah pada tahun 1973. Bila baginda menyekat pengaliran minyak mentah dari negara arab saudi, ekonomi USA lumpuh serta merta dan perang pun terberhenti.
Bagi orang Yahudi, Al Malik Faisal mesti dihapuskan. tak lama selepas itu, Mar 24, 1975, baginda di bunuh oleh anak saudara baginda sendiri yang belajar di sebuah universiti di USA. Adakah anak saudara itu bertindak sendirian? Amat tidak masuk akal perkara ini terjadi tanpa jolokan pihak ketiga yang menjadikan anak muda putera raja menjadi 'DERANGED'. Apakah peranan Yahudi yang menjadikan pemuda itu deranged? Adakah pembunuhan ini satu perancangan SERAMPANG SERIBU MATA?
Di tengah2 antara Kissinger dan Al Malik Faisal adalah kalau tak silap saya Al Malik Fahd. Dengan kematian Al Malik Faisal, baginda diganti oleh adik baginda iaitu Al Malik Khalid. Al Malik Khalid yang sudah tua tidak memerintah lama. Baginda meninggal dan diganti oleh Raja Al Malik Fahd.
Zaman Al Malik Fahd, Arab Saudi berbelanja teramat banyak dalam pertahanan negara itu. Satu pengkalan tentera udara dibina khusus di selatan Semenanjung Arab (dekat pergunungan Yemen). Pengkalan ini dilengkapi sepenuhnya dengan sistem komunikasi tercanggih. Adakah kita tahu apakah jasa pengkalan tentera udara ini?. Sewaktu tentera Amerika serang Iraq, pengkalan ini adalah tempat simpanan dan pelancaran jet pejuang terbaru ...B2 Bombers (Stealth bombers). Tiap-tiap hari kita disajikan dengan lapuran LIVe TELECAST pengeboman IRAQ oleh B2 Bombers ini. Adakah tuan-tuan masih ingat?
Pengkalan itu mempunyai ruang simpanan di korek di bawah gunung....dan yang dapat dilihat hanyalah landasan kapalterbang yang menganjur terkeluar pada padang pasir itu. Alhamdulillah, saya dapat melihat rencana ini sewaktu saya di USA melalui National Geographics dan History Channel.
Bila saya melihat gambar ini dan saya teringat gambar dalam buku 50 Dalil serta gambar-gambar beliau dan DSAI bersidang di Kuala Lumpur bersama William Cohen, terdetik di hati saya adakah dia ni terlibat sama dalam urusan 'membunuh' DSAI? Saya tak terperanjat jika ia adalah satu kebenaran. Manakan tidak, gambar persidangan itu di Kuala Lumpur dan gambar-gambar lawatan DSAI ke Pentagon yang mendapat sambutan PERMAIDANI MERAH dikatakan kerana KEAKRABAN DSAI dengan Yahudi (William Cohen adalah setiausaha pertahanan USA ketika itu) di jaja di dalam buku 50 Dalil. Siapa Cohen?. Dia adalah antara anak murid Henry Kissinger.....dan Henry Kissinger ini pula sudah meletak Dr M di bawah kelolaan beliau sejak 1968 lagi.
Tuan-tuan sendiri buatlah telahan masing-masing. Hanya Allah yang tahu peranan masing-masing yang terlibat sepanjang tahun-tahun 1970an, 1980an dan 1990an. Namun ketentuan Allah jugalah yang telah mengizinkannya.
Terima kasih,
The MIND!!! (Kerajaan Rakyat)
0 comments:
Catat Ulasan