KUALA KUBU BARU kini mulai dtinggalkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Yang datang dari Utara bergerak untuk pulang ke Utara, dari Selatan akan pulang ke Selatan, manakala dari Timur akan pulang ke Timur. Yang datang dari Selangor mereka akan pulang ke rumah berihat setelah bertungkus lumus selama lebih seminggu di Hulu Selangor dalam rangka memancing rakyat untuk melakukan perubahan.
Perjalanan penyokong di Utara, Selatan dan Timur tidak semeriah sewaktu datang semasa hari penamaan calon. Kalau semasa datang untuk meraikan calon mereka penuh bersemangat, bersorak sorai dan melaungkan takbir Allahuakbar. dengan penuh yakin akan menggapai kemenangan. Tetapi perjalanan pulang malam ini dalam keadaan lemah longlai dan hilang semangat. Mungkin ada yang lemah jantung dan malas untuk bergerak pulang.
Kejutan dengan kekalahan calon PKR, Zaid Ibrahim dengan kekurangan lebih 1,500 (1,725) undi dalam keadaan tidak terduga menjadikan sesetengah penyokong hilang semangat. Mula sebelum menjelang malam semuanya bersemangat dan yakin PKR akan menang. Apa lagi terdengar desas desus kemenangan itu dengan majoriti besar.
Mereka kebanyakan membuat andaian melalui pandangan mata kasar dan bukan firasat politik ternyata tertipu oleh keyakinan sendiri. Parahnya juga mereka mempercayai kepada analisa dan kajian badan-badan NGO yang profesional. Saya dari awal lagi tidak mempercayai analisa dan dapatan badan berkenaan kerana ia dibuat dengan penuh akademik dan bukan berdasarkan pengalaman.
Bagi mereka yang mempercayai kepada berita dan tidak tahu membaca riak dan alun ombak politik tentu akan merasa kecewa dan terkejut dengan kekalahan itu. Tetapi mereka yang membaca dan tidak mudah terpengaruh dengan psywar akan terperagah dengan apa yang berlaku.
Lemah gumulai seluruh tubuh badan. Mata, kepala, kaki, tangan dan segala anggota badan yang lengguh dan lemah selama berkempen, menjadi semakin lemah dan longlai apabila menerima berita sedih kekalahan.
Tetapi duhai para pejuang sejati, pulanglah ke rumah masing-masing dengan tenang dan penuh keinsafan. Jangan mudah mengaku kalah dengan kekalahan. Kalah sekali bukan bermakan kalah selamanya. Kekalahan adalah ujian dan Allah hanya menguji orang-orang yang beriman dan sabar saja.
Hakikatnya PKR tidak kalah atau apa-apa perjuang tidak boleh diiktiarfkan kalah kalau perjuangan itu menentang kemungkaran dan untuk menegakkan kebenaran. Perjuangan sejati bukan kemenangan tetapi masih mampu meneruskan perjuangan dalam keadaan ditekan dan ditindas oleh lawan itulah kemenangan dalam perjuangan.
MSO
Kuliah Maghrib: Fiqh Solat (40)
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan