PRK Hulu Selangor : Bekas Ahli Parlimen MCA Sertai KEADILAN

SG BUAYA 24 Apr -
Barisan Nasional menerima satu lagi tamparan hebat apabila bekas Ahli Parlimen Sungai Besi dari MCA menyertai Pakatan Rakyat.Fan Seong Than yang mewakili kawasan Parlimen
Sungai Besi pada 1974 membuat keputusan menyertai KEADILAN setelah melihat kepada kepincangan dan kegagalan MCA membela basib kaum Cina di negara ini.
Beliau yang juga adik kepada bekas Ahli Parlimen Kampar, Fan Yew Teng menjelaskan beliau telah hilang keyakinan terhadap MCA dan pemimpin baru MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
"Walaupun beliau berat hati untuk meninggalkan MCA tetapi beliau sedar perubahan adalah perlu dan hanya KEADILAN di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini boleh melakukannya.
"MCA memilih seorang pemimpin (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) yang terang-terang dibuktikan terlibat dengan skandal seks. Saya tidak ingin memberi komen kerana rakyat bukan bodoh, mereka boleh berfikir sendiri apa mungkin telah berlaku dalam MCA hinggakan boleh mendapat keputusan sebegini," kata Fan.
Fan yakin Anwar dan Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan politik yang amat besar dalam pilihan raya umum akan datang.

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks