Akhirnya, Zaid Ibrahim, calon PKR-Pakatan Rakyat tewas kepada calon MIC-Barisan Nasional, P.Kamalanathan dengan beza 1,725 undi. P.Kamalanathan memenangi 24,967 undi, sementara Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi, dengan 731 undi rosak.
Pilihan raya kecil Hulu Selangor ini mencatat kadar pengundian setinggi 75.87%, dengan 48,935 orang keluar mengundi, pada hari ini. Hulu Selangor merupakan kawasan pengundian parlimen luar bandar, dengan jumlah pengundi sebanyak 64,500 orang (termasuk 799 orang pengundi pos), terdiri daripada 52.7% Melayu, 26.3% Cina, 19.3% India, 1.1% orang asli dan 0.59% lain-lain.
Oleh yang demikian, calon MIC, G.Palanivel dianggap sebagai punca kekalahan BN pada PRU ke-12, memandangkan jumlah majoriti yang lebih daripada 6000 undi ini sebenarnya memihak kepada BN. Maka, PRK Hulu Selangor ini bermula dengan pergelutan dalam BN dalam isu pemilihan calon.
Peringkat awal: Pemilihan calon
Secara luaran, proses pemilihan calon PR berjalan dengan licin, berbanding dengan BN. Cuma, imej Zaid Ibrahim (gambar kanan) yang "liberal" dipertikaikan dan dianggap tidak sesuai untuk kawasan pengundian luar bandar seperti Hulu Selangor. Bagaimanapun, Zaid Ibrahim yang sudah "terkenal", dan tidak perlu untuk diperkenalkan lagi, dianggap boleh meningkatkan undi Cina dalam perhitungan PKR-PR.
Pertengahan: Kempen
Walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan, namun tiada bukti, iaitu foto yang menunjukkan Zaid Ibrahim mengambil alkohol. Bahkan, "gambar Zaid minum arak" sebagaimana yang diedarkan adalah gambar yang diubahsuai. Zaid Ibrahim yang membuat pengakuan terlebih dahulu terus diheret mengikut rentak BN, sehingga terkurung dalam keadaan "mengawal".
PR gagal terkeluar dari perangkap ini. Isu yang besar tidak ditonjolkan dengan jelas. Sungguhpun sijil pengajian P.Kamalanathan dipertikai, gambarnya mencium tangan TPM Muhyiddin Yassin dihebahkan dan sebagainya, namun, dari apa yang diperhatikan, tiada tema yang jelas dan nyata ditonjolkan oleh PR sepanjang tempoh berkempen ini. Apa yang lebih mengejutkan, PR mendapati bahawa Zaid Ibrahim tidak begitu "terkenal" di kalangan komuniti Cina di Hulu Selangor sebagaimana yang dijangkakan.


Akhir: Zaid tewas

PRK Sibu kini menanti di depan. Seandainya BN berjaya mengekalkan kemenangan ini, maka tidak mustahil Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan dan PRU ke-13 akan diadakan dalam tempoh yang lebih dekat.
0 comments:
Catat Ulasan