Jangan guna ISA dalam persaingan politik, Nik Aziz



Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyindir penggunaan Akta Keselamatan Negara (ISA), penangkapan dan penahanan musuh politik sebagai pendekatan yang digunakan oleh mereka yang ketandusan akal.
Sambil berseloroh bahawa Kelantan mempunyai KTC (Kelantan Trade Centre), berbanding PWTC (Putra World Trade Centre, juga ibu pejabat UMNO), Menteri Besar Kelantan ini berkata, "Bersaing (itu) fikrah manusia..."
"Kita bersaing (dalam politik)...tapi jangan guna ISA, jangan tangkap orang..."kata beliau sebelum menamatkan amanat ringkasnya yang disampaikan kepada lebih 300 orang anggota Angkatan Muda Keadilan, dalam Kongres Nasional Tahunan ke-6 yang diadakan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kelantan, tengahari ini.
Dalam amanat ringkasnya kira-kira lima minit, Nik Aziz mengimbas sejarah bagaimana Nabi Muhammad membuat perjanjian dengan musuh tradisi, Yahudi.  Nik Aziz menjelaskan selanjutnya bahawa umat manusia sekadar penumpang di bumi, maka perlu membuat persetujuan politik agar membentuk satu suasana yang  aman untuk kehidupan.
"Kita pijak bumi orang lain, bukan kita buat, Allah buat.  Kita bernafas dengan udara yang orang lain buat, Allah yang buat.  Dalam udara yang kita bernafas ini lengkap dengan asam garam untuk membolehkan jantung kita, paru-paru kita hidup.  Ada nama oksigen, ada nama nitrogen...semua ramuan ini Allah yang bacuhkan...," katanya.
Nik Aziz turut menjelaskan bagaimana PAS sebagai parti politik membuat perjanjian dengan Barisan Nasional, Semangat 46 dan kini bersama Pakatan Rakyat.  Beliau menyangkal tuduhan UMNO yang menyelar PAS kerana bekerjasama dengan DAP, sedangkan UMNO pula bekerjasama dengan MCA.
Sabtu, 2010 Mei 29

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks