Aduan politik wang di pilihan raya Sibu, Hulu S'gor



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menerima aduan mengenai politik wang ketika pilihan raya kecil parlimen di Sibu dan Hulu Selangor, kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Katanya, SPRM akan menyiasat semua aduan itu dan apa saja yang berkaitan dengan rasuah.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan sebuah buku bertajuk "Reforming Political Financing in Malaysia" yang diterbitkan oleh Tranparency-International Malaysia di Petaling Jaya, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, semua aduan itu diterima daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

"Kami akan mengambil tindakan mengenainya (aduan-aduan). Kami akan memanggil saksi untuk memberi keterangan dan sesiapa saja yang berkaitan kes dari kedua-dua pihak itu," katanya.

Bag
aimanapun, beliau berkata, sama ada terdapat kes untuk dibawa ke mahkamah, semuanya bergantung kepada keputusan Pejabat Peguam Negara.

Mengulas isu kerugian Sime Darby, Mustafar berkata, SPRM belum merekodkan keterangan daripada mana-mana pihak mengenai isu Sime Darby Bhd yang mengalami kerugian sebanyak RM964 juta.

- Bernama

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks