Seboleh-boleh Najib Mahu Beri Lesen Judi Kepada Vincent Tan


Oleh Frederick Luccas
KUALA LUUMPUR 9 Julai - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen berhubung pemtimbangan untuk memberikan lesen 'bookie'kepada Ascot Sports Sdn Bhd bercanggah dengan hasrat dan desakan yang mahukan supaya lesen serta aktiviti judi di negara ini di hapuskan.
Mahfuz berkata kenyataan Najib bercanggah sama sekali dengan jawapannya bulan lalu bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak akan memberikan apa-apa lesen pertaruhan bola kerana bantahan daripada rakyat.
"Jawapan Najib sepatutnya mempertegaskan kenyataannya yang telah diberi, bukannya menerangkan kembali syarat-syarat yang dikenakan kepada Ascot Sports.
"Dalam jawapan yang diberi, kerajaan menyatakan tiada isu dengan Piala Dunia 2010, jadi adakah kerajaan Umno-BN tetap akan memberikan lesen judi sukan kepada Ascot Sports untuk kejohanan lain daripada Piala Dunia seperti Liga Perdana Inggeris (EPL) dan sebagainya? Jawapan Najib bercanggah dengan kenyataannya bulan lalu dan saya merasakan belia perlu memberikan penjelasan lebih lanjut," tegas Mahfuz pada sidang media di parlimen.
Najib menyatakan kerajaan Umno-BN menawarkan semula pembaharuan lesen kepada Ascot Sports untuk mengendalikan pertaruhan 'bookie' kerana syarikat tersebut pernah diberikan kelulusan untuk aktiviti tersebut, dan telah meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat itu untuk memperbaharui lesen judi.
Najib menambah, jika kerajaan Umno-BN bersetuju untuk mengeluarkan lesen judi, Ascot Sports akan diberi keutamaan memandangkan syarikat ini mempunyai pengalaman dalam mengendalikan aktiviti ini.
"Jawapan sebegini meletakkan status lesen ini tergantung tanpa apa-apa keputusan yang konkrit. Kabinet patutnya bertanggungjawab membuat keputusan ini. Jadi, apa pendirian kerajaan Umno-BN dalam isu lesen judi ini?" tanya Mahfuz.
Beliau merujuk kepada kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengulas keputusan lesen ini patut dibuat oleh Kabinet dan bukan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Tindakan itu kata Mahfuz menimbulkan kesangsian perubahan kuasa antara Kabinet dan Umno.
"Dalam mesyuarat Umno, mereka telah membuat keputusan ini dan bukannya di Kabinet. Saya sangsi sekarang ini siapa yang lebih berkuasa, Umno atau Kabinet?" tegas Mahfuz lagi.

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks