Ramai yang terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri
Najib Razak tentang isu Felda pada pelancaran
Hari Peneroka 2010 di perkarangan MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak di
Sungkai . Kenyataan yang dibuat seolah-olah tanpa merujuk kepada menteri yang berkenaan iaitu
Ahmad Maslan. Beliau dengan bangga mengatakan bahawa Felda telah membuat pelaburan bijak untuk kesejahteraan rakyat dan merupakan sebuah institusi yang berjaya tetapi dituduh bankrap oleh mereka yang sebenarnya bankrap idea, moral dan prinsip perjuangan. Najib juga berkata pihak yang mendakwa Felda bankrap telah membuat tuduhan liar yang tidak berasas serta melakukan satu dusta. katanya. Beliau juga menegaskan mereka yang membuat tuduhan itu juga tidak memahami prinsip perakaunan dan perniagaan. Kononnya, pembangunan Felda adalah warisan perjuangan pusaka tetapi cuba dihina, difitnah dan dicemari imejnya.
"Kita ada RM4 bilion kita labur, bukan joli katak bukan songlap. kita melabur untuk kesejahteraan peneroka,""Tak bankrap...bukan Suara Keadilan yang tentukan," katanya. Soalnya sekarang, siapa yang mendedahkan di lobi parlimen berkenaan
rizab tunai Felda susut daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.45 bilion pada 2009. Bukankah kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Penerangan UMNO si Ahmad Maslan?. Maka, kenapa Najib mengatakan ianya satu fitnah?. Jumlah nilai menyusut mencecah berbilion menunjukkan pihak pengurusan agensi terbabit telah gagal sebenarnya menunjukkan bahawa mereka tidak memahami prinsip perakaunan dan perniagaan. Maknanya Pengerusi serta Ahli Lembaga Pengarah Felda gagal mengurus tadbir agensi itu dengan sempurna. Maka, apakah menjadi kesalahan jika kita mahu mengatakan
Felda Muflis atau Bangkrap dengan kehilangan nilai risab yang begitu banyak itu?. Salahkah rakyat untuk menilai kegagalan itu sebagai satu kesilapan?. Maka kenapa isu
"Felda Bangkrap" yang dijadikan sebagai isu untuk mengelirukan golongan peneroka. Sepatutnya, isu kehilangan rizab tunai itu yang wajar diperbesarkan sebenarnya.
0 comments:
Catat Ulasan