Hakim, Datuk Abdul Wahab Patail berkata permohonan pihak plaintif (Lardac) ditolak dengan kos. Tiada alasan diberikan apabila Abdul Wahab memberikan penghakimannya dan berkata penghujahan akan diberikan pada Jumaat depan. Beliau juga mengarahkan Lardac supaya membayar kos RM20,000.
Keputusan hari ini dibuat selepas lebih lima tahun Lardac memfailkan saman menuntut pampasan kerana pembatalan kontrak yang tidak sah dan pencabulan syarat kontrak. Ini berikutan bantahan Lardac yang kementerian melalui cara pintu belakang membenarkan bekas rakannya, Caledonian Airborne Systems Ltd (CAS Ltd), yang berpangkalan di Britain mengambil-alih kerja-kerja menaik taraf, meskipun kontrak telah diserahkan kepada Lardac pada 11 Oktober 2001.
Firma itu juga mendakwa CAS Ltdtidak mempunyai kontrak khusus untuk beroperasi dengan kerajaan Malaysia. Lardac berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab sebelum kontrak mereka ditamatkan. Keputusan hari ini dibuat tanpa mendengar keterangan saksi meskipun bekas ketua setiausaha kementeri pertanan, Hashim Meon, bersedia tampil sebagai saksi Lardac pada April lalu.
Lardac diwakili oleh peguam M Manogaran yang juga ahli parlimen Teluk Intan manakala pendakwaraya kanan persekutuan Noramilia Mohd Saad bertindak bagi pihak defendan.
source:malaysiakini
Hebat sungguh mahkamah 1Malaysia..... Hakim boleh buat keputusan tanpa memanggil saksi, walaupun ada saksi yang mahu beri keterangan. Tambah lagi keputusan hakim dibuat tanpa sebarang alasan.
Macam tu aku pun mau jadi hakim 1Malaysia.......
cheers.
1 comments:
mana alasan wahab patail dismiss kontrak ni??
Catat Ulasan