UMNO tergamak salam tangan Israel yang berlumuran darah Palestin




Kira-kira 10 ahli parlimen PAS hadiri mengiringi Nasharuddin termasuk dua naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Antara yang turut hadir ahli-ahli parlimen PAS, Khalid Samad (Shah Alam), Dr Lo' Lo' Ghazali (Titiwangsa) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai). Sementara itu, Mahfuz (dua dari kiri) pula berkata, terdapat penglibatan tokoh-tokoh yang rapat dengan kerajaan Israel - yang menceroboh tanah air rakyat Palestin - dengan Apco.

“Bagaimana kita boleh mengadakan perjanjian dengan pihak yang tangannya berlumuran darah rakyat Palestin (yang berperang dengan Israel)? "Perkara ini tidak dapat diterima rakyat Malaysia” katanya lagi.

Memorandum tersebut mendakwa terdapat penglibatan tokoh-tokoh penting Yahudi seperti bekas duta besarnya di Jerman dan Amerika Syarikat sebagai penasihat kanan syarikat perunding antarabangsa itu.

Sementara Salahuddin pula berkata, PAS mengadu perkara tersebut kepada Majlis Raja-raja kerana badan tersebut merupakan “tempat terakhir” untuk dituju dalam ruang lingkup demokrasi di negara ini. “Kita lihat dulu apa (terjadi) selepas ini,” katanya ketika ditanya tindakan lanjut parti Islam itu.

Memorandum tersebut diterima oleh penolong setiausaha majlis Raja-raja Datuk Muhammad Sabtu Awam bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks