Tiba-tiba penduduk di Hulu Selangor menjadi gempar apabila suatu petang banyak 'truck' masuk ke kampong-kampong mereka. Setiap kampong di mana ada lorong akan dimasuki 'truck' tersebut.
"Apakah petanda sesuatu luarbiasa akan berlaku?" merungut seorang Pak Lebai berketayap lusuh.
Riuh rendah warung kopi Tok Jib mentertawakan Pak Lebai itu.
"Mana ada benda luarbiasa boleh berlaku zaman sekarang Pak Lebai", senda mereka yang berada dalam warung Tok Jib.
Tok Jib kata, "Kau orang jangan cakap sebarangan. Kan dia Pak Lebai. Pakai ketayap lagi. Orang pakai ketayap macam Tok Wali oh. Kau orang tak caya, ah bacasiniSebelah senja, kira-kira menjelang Maghrib, orang-orang kampong lagi gempar dan riuh rendah, kerbau-lembu semuanya lari lintang pukang, ayam-itik bercempera bawa diri, anak-anak terpisah dengan ibu-bapa mereka, kerana zaman sudah berubah, dunia makin pendek usianya, tak pernah dalam hayat mereka menyaksikan duit berterbangan di udara.Apa lagi, berebut-rebutanlah mereka mengejar duit berterbangan, menyerahdiri kepada mereka.......alahai.....
by al-brangi
Kuliah Maghrib: Fiqh Solat (40)
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan