APCO: Usul rujuk Anwar dibentang 22 April

KUALA LUMPUR, 5 April — Pihak kerajaan dijangka membentangkan usul untuk merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung dakwaannya mengenai gagasan 1 Malaysia pada 22 April ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata notis mengenai usul itu telah dihantar ke pejabat Speaker Dewan Rakyat hari ini.
“Saya akan bawa usul itu untuk dibahaskan,” katanya kepada pemberita di sini.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata usul itu dibuat memandangkan Anwar gagal menjelaskan dakwaan yang dibuatnya di Dewan Rakyat sebelum ini bahawa gagasan 1 Malaysia ditiru daripada”One Israel” yang dikaitkan dengan firma perunding komunikasi antarabangsa Apco Worldwide.
Beliau juga persoalkan tindakan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu yang mencabar kerajaan agar menggantungnya daripada menghadiri Dewan Rakyat pada satu ceramah di Hulu Selangor malam tadi.
“Saya tak kira, saya cuma melihat kepada peraturan sahaja dan kalau hakikatnya dia mengelirukan Dewan, maka dia perlu dirujuk. Soal sama ada cabar mencabar, jadi lelakilah yang nak cabar di luar buat apa.
“Saya bukan boleh jawab dekat luar dan kita dah tentu dah tarikh 22 April ini, saya tunggu dialah. Tak perlulah psuing-pusing keliling. Ini seolah untuk mendapat simpati dari luar yang tak mampu nak bela dalam Dewan,” katanya. — Bernama

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks