Oleh Dinsman
Ingat lagi? Saya pernah tulis mengenai perlunya Teori Pentadbiran Tok Guru Nik Aziz di Kelantan itu dibukukan. Kerana telah terbukti – sebuah “Pentadbiran Islam” telahpun terbina di Kelantan, di bawah pimpinan TG Nik Abdul Aziz, sejak Oktober 1990. Dan apa yang telah terbina itu adalah suatu Model Pentadbiran yang telahpun berjaya dilaksanakan pada abad 20-21 ini – selama 20 tahun di situ.
Ada di situ sekarang. Sesuatu yang real dan praktikal. Bukan sekadar ilmu mengenai “Negara Islam” yang ditulis dalam buku-buku. Ini yang real. Realiti.
Datang ke Kelantan dan itulah dia – sebuah pentadbiran negeri Islam. Bukan sekadar ilmu dan teori, tetapi sesuatu yang sudah dipraktikkan. Yang sudah melampaui ilmu dan teori. Inilah dia.
Akan genap 20 tahun Oktober ini. Jangan tanya mengenai pelaksanaan Hukum Hudud dan apa-apa lagi yang selalu disebut dalam buku-buku ilmu dan teori. Tetapi tengoklah apa yang hadir sebagai realiti di depan mata itu – tengok secara keseluruhannya yang zahir dan yang batin, yang jasmani dan yang rohani, yang fizikal dan yang spiritual, dan bandingkanlah dengan apa-apa yang pernah dibaca mengenai Negara Islam di dalam buku-buku.
Interesting. Cukup menarik. Hairannya belum ada orang yang membuat kajian.
Tapi tak mengapa. Kita buat apa yang kita boleh buat. Saya sendiri sekarang sedang berusaha menyiapkan sebuah dokumentari video mengenai perkara itu – “20 Tahun Membangun Bersama Islam”. Dulu, sepuluh tahun dulu, tahun 2000 saya telah hasilkan buku “Sepuluh Tahun Membangun Bersama Islam, Kelantan Di Bawah Kepimpinan Ulamak” (terbitan Pusat Kajian Strategik, Kota Bharu).
Kali ini kita buat dokumentari video pula. Sekarang sedang dalam proses penggambaran. Tetapi tidaklah menepati tujuan seperti yang saya cadangkan dulu – supaya teori dan pelaksanaan pentadbiran Islam pimpinan Tok Guru Nik Aziz itu dibukukan.
Video dokumentari dengan buku memang tak sama. Tapi tak mengapa. Masing-masing ada kelebihannya. Namun walau apa pun, dokumentari ini tidaklah akan memfokus kepada pentadbiran. Fokusnya ialah kepada pencapaian “Membangun Bersama Islam” selama 20 tahun itu. Ada banyak pencapaian sebenarnya. Sebahagiannya telah saya senaraikan dalam buku kecil “100 Fakta Kelantan Mengubah Malaysia” (2008).
Kita lupakan buku untuk sementara ini. Fokus kepada video dokumentari. Maksudnya kita akan rakamkan visual-visual yang boleh menunjukkan pencapaian kepimpinan TG Nik Aziz membawa rakyat Kelantan membangun bersama Islam selama 20 tahun itu. Apakah pencapaian-pencapaiannya?
Banyak! Paling mutakhir atau terbaru ialah pelancaran Dinar emas dan Dirham perak pada 12 Ogos lalu, di Kota Bharu. Ia lanjutan kepada pengenalan Dinar emas Kelantan yang telah dilancarkan empat tahun lalu (2006). Cuma bezanya kali ini ia dibuat dengan perancangan yang lebih besar dan rapi, dengan kualiti bertaraf antarabangsa. Tidak hairanlah beberapa orang menteri kerajaan persekutuan pun terkejut dan melatah-latah kerananaya.
Itu satu daripada contoh terakhir. Ada banyak lagi. Pendek kata kita tak ada masalah langsung untuk mendapatkan bahan bagi mengisi dan mengolah dokumentari berkenaan. Cuma yang menjadi masalahnya ialah bahagian awal, bahagian yang sudah menjadi sejarah. Yakni untuk menunjukkan perubahan-perubahan awal yang dilakukan oleh pentadbiran pimpinan TG Nik Aziz, sejurus selepas PAS mengambil alih teraju pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan pada Oktober 1990.
Bahagian awal itu penting. Misalnya apabila PAS mengambil-alih kerajaan pada 22 Oktober 1990 itu, pihak Umno/BN bising dengan ramalan mereka mengatakan kerajaan Nik Aziz hanya boleh bertahan selama tiga bulan sahaja. Lepas tiga bulan mereka akan kehabisan wang, tak dapat bayar gaji kakitangan, dan tak akan dapat menjalankan pentadbiran.
Tetapi ternyata ramalan Umno/BN itu meleset. Kenapa? Bagaimana TG Nik Aziz boleh bertahan dengan dana yang sangat kecil, sedang kerajaan persekutuan pula bertindak menahan bantuan-bantuan yang sepatutnya diberikan kepada Kelantan, bagi memastikan PAS terpaksa menyerah kalah?
Tidak ada orang yang paling layak untuk menjelaskan perkara ini, dengan menceritakan perkara sebenar yang berlaku di dalam pentadbiran dalaman waktu itu, kalau bukan Pegawai Kewangan Negeri sendiri, yang berkhidmat pada masa itu.
Memang saya pernah membaca mengenai perkara ini dalam catatan pendahuluan oleh editor yang menyusun buku “Islam Boleh”, iaitu koleksi ucapan-ucapan awal Menteri Besar TG Nik Aziz, yang diterbitkan oleh Maahad ad-Dakwah wal-Imamah (1995). PKN yang berkhidmat pada masa itu ialah Datuk Ab Razak Salleh. Tetapi siapakah Datuk Abd Razak Salleh itu pada hari ini? Di manakah dia sekarang? Bagaimana hendak mencari dia?
Alhamdulillah, secara kebetulan sewaktu berbincang dengan Senator Mumtaz Md Nawi, beliau mempunyai maklumat terkini mengenai Datuk Razak. Kami pun telah bertemu, dan rupa-rupanya Datuk Razak menyimpan banyak lagi cerita-cerita menarik di sekitar cara, gaya dan pendekatan pentadbiran oleh ulamak bernama Nik Aziz.
Misalnya, mengapa ungkapan “Pah kita ni nak wat guana?” masih melekat dalam ingatan Datuk Razak hingga ke hari ini, sedangkan ungkapan itu diucapkan TG Nik Aziz 20 tahun dahulu? (Untuk mengetahuinya, baca majalah Qiadah yang akan terbit selepas Raya nanti).
Itu baru satu kisah sejarah. Bagaimana pula dengan kisah penutupan kelab malam, disko, bar, karaoke, salun uniseks, pusat snooker dan lain-lain premis berunsur maksiat di sekitar bandar Kota Bharu? Tentulah kita perlu mendapatkan ceritanya daripada YDP Majlis Perbandaraan Kota Bharu yang berkhidmat pada waktu itu.
Demikian juga kisah bagaimana arahan supaya kakitangan wanita di pejabat-pejabat kerajaan mesti berpakaian menutup aurat. Pegawai-pegawai kanan, khasnya para DO, dikehendaki membaca Quran terutama di bulan Ramadhan. Dan bagaimanakah arahan-arahan itu dibuat dan diterima di peringkat daerah-daerah?
Pendek kata apa sahajalah yang berkaitan dengan dasar dan peraturan-peraturan baru, yang diperkenalkan oleh pimpinan ulamak. Semua cerita-cerita itu sangat penting untuk dirakam dan dianalisa, bagi membuat penilaian ke atas pencapaian pentadbiran Islam oleh TG Nik Aziz, selama 20 tahun lalu.
Maka saya berharap sesiapa sahaja yang mengetahui atau mempunyai cerita-cerita penting seperti itu, tolonglah hubungi kami.
(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 0136362408)

0 comments:
Catat Ulasan