Bila Duda Teringat Janda Lama. Air naik ke kepala


Oleh : Sofi Yassin Kerajaan Rakyat

Umno/BN yang kehilangan Pulau Pinang dalam pilihan raya umum 2008 dahalu kini berperangai seolah orang gila talak. Berbagai perangai sundal yang dilakukan semata-mata untuk melempiaskan nafsu serakah mereka.

Tidak cukup dengan beli wakil rakyat, Umno ugut rakyat. Tidak cukup dengan fitnah Pakatan, Umno tekan dan tindak rakyat. Tidak cukup dengan apikan semangat perkauman, Umno gunakan agama Islam sebagai mainan politik songsang dan hamprak mereka.

"Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam," ~ Bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri b Zainul Abidin.

Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu membaca doa membabitkan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa khutbah sehingga boleh mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat. Sambil menegaskan beliau tidak pasti bentuk doa yang telah dibacakan sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang, bekas mufti Perlis kelahiran Pulau Pinang itu menganggap membacakan kesejahteraan Lim selaku Ketua Menteri atau seabgai ketua kerajaan negeri adalah perkara kecil.

"Jangan mempolitikkan isu ini, saya katakan perkara ini kepada Pakatan dan juga BN, jangan mempolitikkan," kata beliau.

"Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak, kita (sebenarnya) ada banyak perkara besar untuk dilakukan bagi rakyat negara ini, isu ini (membaca doa kesejahteraan) bukanlah besar sangat pun," kata beliau yang pulang ke tanah air dari Mekah kelmarin.

Doa pertama menurut beliau, meminta seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat.

"Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam," katanya.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks