Enggan Kibar Tanda Protes


FARDILLA DIN
17 Ogos - Tindakan Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim memberi kata dua kepada peniaga sekitar Ipoh, Perak untuk mengibar Jalur Gemilang atau berdepan tindakan lesen perniagaan tidak diperbaharui, dilihat sebagai agak keterlaluan.
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, mengibar Jalur Gemilang memang tindakan yang patriotik tetapi ia bukan satu-satunya cara menunjukkan kecintaan kepada negara.
Memetik portal The Star Online, Roshidi yang menyebut peniaga diberi kata dua untuk mengibar Jalur gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan atau lesen mereka tidak diperbaharui tetapi menarik balik kenyataan tersebut selepas itu, dianggap sebagai memperlihatkan kegusaran Umno-BN dalam situasi tersebut.
Kata Nizar, sepatutnya penduduk termasuk peniaga diberi galakan bukannya dikenakan paksaan dan jika itu yang dilakukan mereka tidak akan marah dan seterusnya memprotes.
"Sebab Patriotisme ini datang dari perasaan sayang dan cintakan negara dan ianya daripada dalam"
Nizar juga berkata protes masyarakat untuk tidak mengibar Jalur Gemilang juga ada hubung kait dengan suasana politik di Perak yang kini diterajui Barisan Nasional melalui proses rampasan kuasa.
"Semua ketidak puasan dan kecelaruan itu mereka tunjukkan secara senyap dan aman dengan tak mahu pasang bendera Malaysia. Walaupun bulan ini bulan Merdeka, mereka enggan bendera tanda mereka protes" Kata Nizar.

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks