Islam sentiasa mencabar. Pertembungan antara kekufuran dengan keimanan. Antara Hak dan Batil. Antara wahyu dengan kedangkalan ideologi manusia. Sifat Islam yang merupakan penyelesai permasalahan umat manusia tidak dapat dinafikan. Kedatangan penjajah telah mengikis habis segala asas-asas dan prinsip dasar Islam. Dalam semua bidang mereka cuba merongkainya bermula dengan sistem ekonomi, sosial, ketenteraan, pendidikan. Apatah lagi melibatkan politik maupun agama. Proses dan agenda sekularisme, materialism berjalan serentak serta agenda menghilangkan konsep tauhid ketuhanan dlam kehidupan kemanusiaan. Meskipun acuan manusia itu terlalu rapuh berbanding sibghah Allah tetapi dek terlalu lama diasak dengan pemikiran jahiliyyah moden, mereka terlalu sukar untuk meninggalkan amalan penjajah dalam kehidupan mereka khususnya cara berekonomi dan bernegara. Pendidikan barat yang kita terima sering mempengaruhi cara kita berfikir.
Dalam ekonomi, dunia Islam sudah dicengkam dan dimanipulasikan oleh sistem ekonomi yang berteraskan riba. Kita umat Islam mesti menggantikan sistem riba dengan sistem yang pernah digunakan oleh Rasulullah dan para sahabah dan mengelak diri kita dan umat kita daripada diperangi Allah dan RasulNya terhadap pengamal riba. Di atas kesedaran ini umat Islam boleh mengambil langkah stretegi untuk mengembalikan penggunaan (D n D) dinar emas dan dirham perak. Kita umat Islam harus tahu bahawa wang kertas AS dan mana-mana wang kertas di dunia ini tidak lagi disandarkan dengan emas. Wang kertas tidak ada nilai intrinsik. Disebaliknya dinar emas dan dirham perak masih mempunyai nilai walaupun setelah dicairkan atau dipindahkan ke luar negara
Isunya timbul apabila sudah sekian lama tentang penggunaan dinar dan dirham ini diperkatakan bahkan disokong oleh bekas PM Tun Mahathir sendiri tetapi apabila diperingkat perlaksanaan ianya dipertikaikan. Apatah lagi jika yang memulakan itu adalah negeri yang diperintah oleh PR seperti Kelantan.
Kini isu ini timbul kembali apabila dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang memberikan reaksi berhubung perkara itu, berkata mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.
Beliau berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri ini. Katanya Kementerian Kewangan dan BNM akan mengkaji tindakan yang boleh diambil berhubung perkara itu.
Ketika negara-negara Eropah mula membuat penyatuan bangsa-bangsa Eropah melalui pengenalan dolar Euro. Proses untuk mengadakan dolar Euro ini mengambil masa lebih daripada 15 tahun, iaitu proses untuk menyatukan ekonomi negara yang berbagai etnik, agama dan adat. Pada 2 januari 2001, Eropah mempunyai matawangnya sendiri. Bangsa Eropah telah boleh bersatu dengan menggunakan satu unit matawang kertas tanpa sandaran sebagai agen pertukaran. Umat Islam juga perlu bersatu di bawah matawangnya sendiri yang jauh lebih mantap daripada apa yang digunakan di Eropah.Dolar Euro walaupun tidak serupa dengan dolar Amerika, tetapi kedua-duanya sama iaitu wang kertas yang tidak mempunyai nilai intrinsik. Manakala dinar emas adalah matawang yang berasakan kepada emas tulin 22 karat seberat 4.25 gram setiap dinar. Umat Islam tidak perlu mengambil masa selama 15 tahun untuk memperkenalkan dinar emas kerana semua manusia tahu akan nilai yang ada pada emas. Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia memang mengetahui tentang bernilainya logam yang dinamakan emas dan pemantapan kesatuan bangsa di Malaysia boleh dilakukan dengan penggunaan dinar emas. Di Dubai sebuah pasar telah ditubuhkan oleh pihak pemerintah di mana pengunjung boleh mendapatkan dinar emas dari wakala di luar pasar dan menggunakannya di dalam pasar itu. Sekiranya ini telah berlaku di negara itu, negara kita juga boleh memulakannya.
Permulaan di Kelantan yang memperkenalkan matawang syariah dan kesediaan lebih seribu lokasi perniagaan yang bersedia bermuamalah dengannya itu menapak kepada usaha praktikal yang sepatutnya disokong oleh semua pihak khususnya umat Islam.
Kalau 10 juta rakyat Malaysia yang membeli emas, jadi jumlah dinar yang diperlukan adalah 5juta diperlukan untuk menempa dinar emas oleh Malaysia setiap bulan. Kalau ia dipraktikkan beberapa buah negara OIC, kita dapati permintaan emas akan terus meningkat dan harga emas mengikut ukuran dolar akan terus meningkat. Kuasa membeli wang dolar AS akan menyusut dan pada waktu itu kita akan dapati mereka memerlukan lebih banyak kertas untuk membeli minyak kelapa sawit, getah dan kereta yang dikeluarkan dari negara ini.
Negara-negara Islam selalu di manipulasikan matawang dan sistem ekonomi mereka dipinjam dari barat. Sudah pasti sistem ekonomi yang mereka reka dan amalkan, mudah sahaja ditipu helah dan dimanipulasikan demi memastikan komoditi dari negara dunia ketiga terus mengalir bagi memastikan standard penghidupan mereka di barat terus tinggi. Dinar emas boleh menyatukan umat Islam dan digunakan sebagai penghalang daripada aktiviti serangan ekonomi yang pernah kita alami. Apabila ini berlaku, umat Islam tidak lagi bergantung kepada dolar AS yang tidak bernilai dan tidak stabil ini. Umat Islam sepatutnya mengharapkan supaya penggunaan dinar ini menjadi amalan perdagangan antara negara-negara OIC dan umat Islam mengunakan dinar emas untuk membayar zakat, menyimpannya sebagai harta, menggunakannya sebagai hadiah dan sebagainya. Ini secara langsung menghalang agenda globalisasi dunia yang merupakan agenda barat dalam penjajahan termasuklah ekonomi terhadap dunia Islam khususnya.
Kini kita akan dapati siapakah yang benar-benar yakin dengan keupayaan dan kemampuan Islam dalam mengetengahkan alternative kehidupan yang lebih baik terhadap manusia. Tindakan dan respon daripada TPM Muhyiddin sendiri dan juga pencadang judi bola iaitu timbalan Menteri kewangan amat menyedihkan. Apatah lagi pemimpin UMNO-BN ni kalau sebut bab duit, cepat sangat bingkasnya. Mereka mungkin tidak menyangka kemampuan kerajaan Pas Kelantan bertindak sejauh itu. Yelah! nak harapkan UMNO amat lembab.
Mereka sebenarnya bimbang kerana kini teras dan perjuangan UMNO-BN semakin terhimpit ke penjuru. Sudahlah aqidah perjuangan penjajah mereka dipertikaikan. Asas nasionalisme yang lapuk sudah mula ditolak. Masyarakat lebih berminat untuk menerima pendidikan rabbani dan intergrated antara pendidikan Islam dan konvensional hari ini sebagai alternative kepada kegagalan pendidikan semasa dalam melahirkan manusia yang bermora dan berakhlak. Sistem politik korup semenjak merdeka sehingga kini makin tersisih. Dan terbaru dinar emas dan perak merupakan pertembungan yang meragut jantung dasar kapitalis ekonomi pasaran bebas. Ianya merupakan pertembungan kepada nadi dan urat perut pendokong barat. Kalau ekonomi yang merupakan kiblat agenda pembangunan duniawi mereka pun dicabar oleh Islam. Memang dunia sudah mau kiamat buat kolonialisme. Imperilalisme sudah ke penghujung. Nampaknya janji Rasulullah SAW bahawa Islam kembali tegak sudah mula berada diatas landasannya. Selamat tinggal peragut-peragut Kapitalis!
0 comments:
Catat Ulasan