Pendedahan Aksesori Seks... Dapat Perhatian. Selamatkan Remaja Kita.



Pergghhh.... ini baru di katakan tindakan pantas..., baru jer beberapa blog siarkan kisah ujudnya kedai jualan barangan seks..,wartawan 999 - Mazidul Akmaldah call sana dan sini... dan kini dalam siasatan untuk pendedahan kepada umum.

Beliau dah hubungi Pegawai Perhubungan Awam MBPJ - Haniza Abdul Hamid, yang menafikan bahawa pihaknya mengeluarkan lesen kepada premis terbabit.

Manakala Pegawai Perhubungan Awam DBKL - Zurida Hashim juga menafikan bahawa pihak mereka juga tidak mengeluarkan sebarang lesen perniagaan kedai menjual aksesori seks di ibu kota.

Soalannya di sini, siapakah yang meluluskan lesen perniagaan dan macam mana mereka boleh berniaga...? Atau mungkinkah mereka mohon lesen atas nama lain dan berniaga benda yang lain...? Secara ringkasnya jika tiada lesen yang di keluarkan ini bermakna premis2 tersebut berniaga secara HARAM.

Wajib lah perkara ini di letupkan supaya membuka mata KERAjaan dan rakyat..., khususnya kepada ibubapa yang mempunyai anak remaja, gua pun tak terkecuali dalam isu ini... weiii.... risau beb... nak menanggani masalah anak2 remaja ni... diorang sekarang dah advance giler..., jangan katakan yang berusia 16 - 17 tahun... yang berusia 11 - 12 tahun pun dah pandai macam ini (klik).Huhhh.... advance gilerrr.... budak2 zaman sekarang nih....

Tambahan pula dengan adanya kedai aksesori seks... ntah la... gua pun tak tau nak bayangkan apa yang bakal terjadi nanti...

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks