Apa khabar Nasir Safar?

Sudah lebih sebulan kes hasutan melibatkan Datuk Nasir Safar orang kepercayaan Perdana Menteri 1Malaysia terhadap orang cina dan India dalam satu program di Melaka berlalu.Berpuluh laporan polis sudah dibuat. Ketua Polis Melaka sebelum ini mengumumkan polis sudah melengkapkan siasatan.

Tetapi yang peliknya kes itu kini seolah-olah cuba disenyapkan. Sehingga hari ini tidak ada perkembangan susulan kes berkenaan.

Boleh jadi Jabatan Peguam Negara sangat sibuk dengan kes liwat Dato seri Anwar Ibrahim sehingga tak sempat untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Berbeza dengan kes Blogger Aduka Taruna sepantas kilat semua pihak terlibat dari polis sehingalah Jabatan Peguam Negara membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Apakah istimewanya Nasir Safar? Adakah mereka bimbang kes berkenaan akan memberi kesan kepada Umno atau lebih tepat lagi kepada bekas bos Nasir Safar?

Semua ini menguatkan dakwaan bahawa institusi undang-undang di negara ini hanya mengikut telunjuk pemerintah.

Jika begitu situasinya maka kita tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman di negara ini.

Jadi apa pilihan yang ada untuk menegakkan keadilan dan undang-undang? Pilihanraya? Jalanraya?

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks