PRK Sibu : Anwar Turun Padang Temui Masyarakat Iban



Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim melanjutkan kempen Sibu Memimpin Perubahan Sarawak ke kampung-kampung Iban di serata Sibu.
Mantan Timbalan Perdana Menteri itu, bersama-sama calon Pakatan Rakyat Wong Ho Leng hari ini melawat rumah panjang Bawang Assan dan menikmati makan tengahari bersama penduduk setempat.
Bawang Assan terletak di barat bandar Sibu, berhampiran perkampungan Cina Sungai Bidut. Perjalanan sejauh 30 kilometer jika berkereta dari pusat bandar merentasi Jambatan Igan.
Tarikan utama Bawang Assan adalah 8 rumah panjang Iban, yang tertua darinya berusia 100 tahun. Beberapa rumah panjang terletak di tebing Sungai Bawang Assan yang mengalir ke Sungai Rajang.
Sebahagian besar penduduk bekerja di bandar Sibu atau di luar bandar. Sebahagian lainnya menjana pendapatan tambahan sebagai nelayan kecil-kecilan - menangkap udang sebesar ibu jari dan ikan di sungai yang teruk dicemari.
Ketibaan Anwar Ibrahim dan krew TV Selangor disambut dengan kemesraan oleh penduduk setempat.
"Saya datang untuk satu tujuan, merayu saudara semua supaya mengundi untuk calon yang berani bersuara untuk kepentingan masyarkat Iban. Pilih calon yang tidak berundur bila ditekan, yang tidak tunduk bila diancam, yang tidak membisu bila hak saudara dirampas. Calon itu adalah calon kita, Wong Ho Leng," kata Anwar disambut dengan tepukan gemuruh warga rumah panjang.
Anwar meyampaikan mesej yang jelas, bahawa Pakatan Rakyat membawa politik baru untuk Malaysia, dimana kepentingan rakyat mengatasi politik indidivu dan keluarga-keluarga kaya.
Iban, Melayu, Cina, India dan Kadazan mendapat keadilan dan layanan yang sama. Tanah-tanah yang mereka diami akan dihormati sebagai hak mutlak mereka.
Beliau dukacita melihat masih ramai masyarakat Iban yang hidup dalam kepayahan. Sungai yang menjadi nadi kepada kehidupan mereka teruk tercemar. Peluang pendidikan sempit. Elektrik dan air terbengkalai.
"Kekayaaan negeri harus kita bagi pihak Iban, pihak Cina, pihak Melayu-Melanau, India dan Orang Asli, bukan untuk diserahkan pada orang-orang kaya. Kontrak, tanah, balak, minyak habis semua sudah diambil kerajaan BN," kata Anwar lagi, dengan anggukan tanda setuju dari semua yang mendengarnya.
Anwar berkata kekayaan pemimpin BN seperti keluarga Taib Mahmud diketahui ramai. Kekayaan hasil bumi Sarawak juga diketahui di seluruh dunia. Begitu juga kemiskinan rakyat Sarawak, khususnya masyarakat Iban. 
"Bagi orang Iban, tanah ini adalah nyawa. Kalau ikut BN, kita punya nyawa (tanah) pun dia sudah angkat bagi pada orang kaya," kata Anwar.
Bagi pemimpin reformasi ini, masa perubahan sudah tiba, dan penentu samada Sarawak berubah atau tidak kini dalam tangan masyarakat Iban di Sibu.
"Tengok apa yang kita ada sekarang ini. Tanya berapa BN bayar kita, tanya anak ada kerja atau tidak. Di kempen sebelum ini, orang Iban kata Pakatan Rakyat belum tahu memerintah. Sekarang kita sudah perintah beberapa negeri. Di Sarawak, BN sudah perintah berpuluh tahun. Di Selangor, kita perintah dua tahun, kita sudah bagi air percuma. Di sini, yang percuma adalah air sungai di tepi itu (sambil tunjukkan pada sungai di tebing rumah panjang)," kata Anwar disambut gelak tawa hadirin.
Read Full...

PRK Sibu : Wong Ho Leng Cabar Calon BN Buat Pendirian Isu Limbang, Blok L-M




Calon BN dicabar mengumumkan pendirian berhubung isu perlucutan kedaulatan Malaysia keatas lapangan minyak di blok L dan M yang terletak di luar pesisiran pantai Sabah-Sarawak.
Wong Ho Leng berkata ada kemungkinan kedua-dua lapangan minyak itu adalah milik Sarawak.
"Saya cabar beliau untuk suarakan isu ini sebelum 16 Mei depan. Saya cabar beliau umumkan pendirian berhubung isu blok L dan M, isu Limbang dan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Amat menyedihkan jika calon BN ini tidak mampu jawab kerana sehingga ke hari tiada seorang pun dari BN yang jawab dengan jelas," katanya.
Lapangan minyak M dan L seluas kira-kira 6,000 kilometer persegi. Setiap lapangan ini mampu menghasilkan 250,000 hingga 300,000 tong setiap hari selama 15 hingga 20 tahun.
Hasil dari kedua-dua lapangan ini dianggarkan mencecah RM65.6 juta setiap hari.
Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah Musa Aman secara rasmi mengumumkan lapangan L dan M bukan wilayah Sabah.
"Blok L dan M berkemungkinan besar bukan milik Sabah. Ketua Menteri Sabah Musa Aman mengumumkan perkara itu, maka tentu sekali lapangan minyak ini milik Sarawak. Tetapi BN serah harta negara ini pada Brunei. Amat tidak bertanggungjawab!" katanya.
"Tidak ada logik seandainya ia diserahkan sebagai ganti kepada Limbang kekal sebagai tanah Sarawak. Limbang dari dahulu lagi adalah wilayah Sarawak. Saya bantah apa sahaja usaha yang menjejaskan kedaulatan Malaysia. Bahkan saya sedia mati untuk tanahair," tegasnya.
Wong Ho Leng berkata BN tidak mempunyai sebarang alasan untuk melucutkan kedaulatan Malaysia keatas lapangan minyak ini, yang sepatutnya digunakan untuk menampung kebajikan rakyat termiskin.
"Sarawak berada di tangga keempat yang termiskin di negara ini. Minyak disedut keluar dari bawah kaki rakyat Sarawak tetapi kita hanya dapat 5 peratus royalti sejak 1970an. Apakah ini adil untuk Sarawak? Masih ramai lagi yang miskin disini, dan kita berhak kepada sekurang-kurangnya 20 peratus royalti," tegasnya.
Read Full...

PRK Sibu : Undi Bumiputera jadi penentu di Sibu.......



9 MEI — Sebaik selesai proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu tengah hari semalam, jentera kempen Barisan Nasional (BN) dan DAP terus bergerak menemui sebanyak mungkin pengundi. Tumpuan awal ialah ke kawasan majoriti pengundi Bumiputera di pinggir Bandar perdagangan ini.
Calon BN, Robert Lau Junior, misalnya terus berkunjung ke penempatan orang Melayu/Melanau di Kampung Hilir dan Kampung Nangka — dua kawasan padat pinggiran bandar yang seakan-akan Kampung Baru di Kuala Lumpur, manakala beberapa menteri Kabinet Persekutuan dan negeri ke penempatan majoriti pengundi Bumiputera seperti Iban di luar bandar, diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Petang semalam, Muhyiddin melawat Kampung Bahagia Jaya dan Kampung Baru Sibu, manakala Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Jariah — semuanya di penempatan Melayu/Melanau.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula ke rumah panjang Iban di Tanjung Penasu di pedalaman. Kelmarin, Shafie turut berkunjung ke beberapa penempatan Melayu dan Iban di sepanjang Sungai Rajang seperti di Tutus.
Pakatan pembangkang tidak ketinggalan apabila calon mereka dari DAP, Wong Ho Leng turut melawat kawasan penempatan Iban di Penasu. Sekutunya, Pas yang langsung tidak mempunyai cawangan di Sibu dikerah menggempur kawasan perkampungan Melayu di Kampung Dato, Kampung Hilir, Kampung Baru dan Kampung Nangka dalam tempoh beberapa hari akan dating dengan harapan mengajak pengundi memilih calon DAP.
Semuanya berebut untuk menambat hati pengundi Bumiputera. Bayangkan, daripada 54,695 pengundi, 34 peratus atau 17,124 pengundi adalah Bumiputera terdiri daripada Melayu/Melanau (8,866 pengundi) serta Iban (7,823) dan yang lainnya, Bidayuh dan Orang Hulu. Tambahan pula pengundi Cina dikatakan terbahagi dua antara BN dan DAP, sekali gus menjadikan undi masyarakat Bumiputera sebagai penentu.
“Masalahnya sekarang ialah Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang berdepan masalah dalaman agak perit di Sibu. Keadaan ini boleh memecahkan undi,” kata seorang pemimpin kanan negeri ketika ditemui di pusat penamaan calon, semalam.
“Kalau kita (BN) boleh menang separuh undi Cina, majoriti BN adalah besar bersandarkan sokongan padu pengundi Melayu/Melanau dan Iban,” katanya yang juga seorang Menteri Kabinet Sarawak.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba di bandar Sibu petang semalam terus mengadakan ceramah di beberapa penempatan Cina di Rajang Esplande dan Lai Lai Cafe sebelum ke penempatan Melayu/Melanau di Taman Indah, Teku.
Pagi ini, Anwar bersarapan pagi di bilik gerakan Pas di Kampung Hilir (Melayu) sebelum ke Bawang Assan (Iban) pada sebelah tengah hari dan sekali lagi ke kampung orang Melayu di Kampung Baru malam ini, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.
BN perlu menjejaki balik kawasan yang dilawati Anwar ini jika tidak mahu pengundi di situ beralih kepada DAP, kerana umum mengetahui Anwar petah berpidato.
Dalam pada itu ramalan awal Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa kelebihan berpihak kepada BN pada tahap 60-40, pemimpin BN menganggap ia sebagai perangkap dan perang psikologi pembangkang. Kenyataan seperti itu juga dikeluarkannya pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini yang mengakui pembangkang menghadapi kesukaran untuk menang.
Begitu pun, kenyataan itu tidak seharusnya melekakan jentera BN yang perlu bekerja keras, lebih-lebih lagi dengan kehadiran calon ketiga, Narawi Haron, 60, yang boleh 'mencuri' beberapa pengundi Melayu/Melanau. Yang dikhuatiri ialah Narawi mungkin mendapat undi protes bagi mereka yang tidak sukakan kedua-dua BN dan DAP.
Kit Siang juga mengakui pertandingan kali ini agak sengit dan sukar diramal, kerana sentimen politik di Sarawak berbeza dengan di Semenanjung. Malah, calon DAP sudah memulakan kempen dari rumah ke rumah.
BN perlu melakukan sesuatu yang lebih ajaib kerana selain membantu menyelesaikan masalah prasarana di kawasan penempatan Iban dan Melayu/Melanau, ia juga perlu melihat keperluan masyarakat Cina di tengah bandar Sibu seperti isu sistem perparitan hingga menyebabkan bandar ini kerap dilanda banjir kilat serta isu pendidikan.
BN harus mengambil kesempatan bahawa masyarakat Cina di sini berbeza dengan di Semenanjung, yang tidak mudah terpengaruh dengan isu nasional seperti yang kerap dibangkitkan. Antaranya mengenal pasti masalah sebenar mereka dan menyelesaikannya sebaik mungkin tanpa perlu beretorik yang berapi-api.
Namun, jika benar pengundi Cina terbahagi dua, seramai 17,124 pengundi Bumiputera yang bakal menjadi faktor penentu perlu diberi perhatian. Berdasarkan persaingan hebat di Hulu Selangor, BN dan pakatan pembangkang tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk meraih hati pengundi Sibu. — Berita Minggu
Ahad, 2010 Mei 09
Read Full...

Nik Aziz nafi tidak peduli krisis Istana Kelantan



KOTA BARU, 9 Mei — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) nafi telahan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri seolah-olah tidak mempedulikan krisis Istana Kelantan.
Sebaliknya dalam reaksi ringkas Mursyidul Am PAS ini menyifatkannya sebagai konflik keluarga.
“Ini krisis anak-beranak, bukan kerajaan tidak mahu caro (ambil peduli,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Orang Kurang Upaya di Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan di Padang Tembak, Pengkalan Chepa dekat sini.
Beliau menjawab soalan pemberita bahawa sikap berdiam diri kerajaan negeri secara tidak langsung telah menimbulkan pelbagai spekulasi rakyat negeri ini terhadap istana dan kerajaan negeri itu sendiri.
“Saya nak kata maca mana? Orang kata kerajaan negeri tak nasihat, itu silap kerana diam itu lah sebahagian daripada nasihat,” katanya bersandarkan hujah ayat al-Quran mengatakan ‘diam’ juga adalah sebahagian daripada nasihat mengikut keperluan situasi tertentu.
Beliau membaca ayat berkenaan hal yang berkaitan.
Dalam pada itu Nik Aziz tidak menafikan kerajaan negeri belum melawat Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra sejak dimasukkan ke hospital lima hari lalu.
“Belum melawat lagi, kita sedang minta Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri uruskan jadual atau masa lawatan itu supaya kerajaan negeri dapat melawat tuanku bersama exco semua sekali,” katanya.
Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini Selasa lalu setelah dipertikaikan rawatan susulannya di Singapura.
Esok, Mahkamah Khas akan mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh Tengku Temenggong Tengku Muhamad Fakhry untuk membawa keluar Sultan Kelantan dari HUSM atas alasan baginda dikurung.
Read Full...

PRK Sibu : Rasa Macam Nak Penerajang Jer... Malaun Ni..!!!






Cuba lu orang baca kat sini dulu, gua betul2 bengang dengan anak setan celaka sekor ni... sebab dia dah curi skrip gua... ha..ha..ha...

Gua rasa nak bagi penerajang jer... kat dia, lu orang tau apa dia cakap baca kat sini..., kan... awal2 lagi gua dah cakap semuanya telah dirancang... rakyat jer yang tak paham.

Apa yang rakyat paham... segala peruntukkan dan perancangan kawasan akan menjadi kenyataan apabila ada YB yang MATI.

SIBU 8 Mei - Barisan Nasional (BN) menyalurkan peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk pembangunan kepada rakyat dan bukan menabur duit semasa berkempen pada pilihan raya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, peruntukan-peruntukan yang diumumkan di Sibu ketika ini sebenarnya telah diluluskan oleh kerajaan di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, peruntukan-peruntukan itu juga memang telah sedia ada dan ia bukan semata-mata untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.
Kalau murid2 sekolah nak tau..., dalam subjek Bahasa Malaysia contoh ayat di atas adalah ayat RASUAH dan dalam ertikata lain ayat Politik Wang mengikut definasi umno-apco yang gila babi tu...

Kepada sesiapa yang berasakan kawasan mereka terabai dari peruntukkan pembangunan dari Kera....jaan, pertingkatkan lagi DOA lu orang memohon supaya YB lu orang MATI segera mungkin. Itu saja caranya untuk mendapatkan balik hak rakyat.
Slogan terbaru mengantikan 1Malaysia - APCO 
" YB Mati..., Rakyat Sejahtera "

 Isa
Ahad, 2010 Mei 09
Read Full...

Lim gesa tambah peruntukan selenggara jalan persekutuan



K'jaan pusat digesa menambah peruntukan penyelenggaraan jalan persekutuan di Pulau Pinang, khususnya jalan industri zon perdagangan bebas Bayan lepas.

Ketika membuat gesaan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jalan persekutuan di negeri itu merupakan jumlah terendah yang diwartakan oleh Kementerian Kerja Raya dan diselenggarakan sepenuhnya oleh kementerian tersebut melalui konsep penswastaan.


Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan 16,000 km jalan persekutuan di seluruh negara, Pulau Pinang mencatatkan jumlah terendah dengan hanya 180.44km jalan yang diwartakan dan diselenggarakan sepenuhnya oleh kementerian berkenaan.

"Berbanding negeri-negeri yang mempunyai keluasan lebih kecil seperti Perlis dengan keluasan 795 kilometer persegi, jumlah jalan yang diwartakan adalah sepanjang 211.3km.

"Di Negeri Sembilan, jalan yang diwartakan adalah sepanjang 1,313.73km ; Melaka (246.05km) ; Selangor ( 891.78km) dan tertinggi adalah Pahang (3.606.27km)," kata Lim dalam satu kenyataan.

Di Pulau Pinang, katanya, hanya 12 jalan diwartakan sebagai jalan persekutuan, iaitu dari sempadan Perak-sempadan Kedah, melalui Sungai Junjung, Sungai Perai dan Sungai Muda (61.960km); jalan mengelilingi Pulau Pinang (62.330km); Jalan Tun Dr. Awang (5.8km); Jalan Yahya Petra ke Stesen Bukit Bendera (3.2km); Jalan Bukit Tambun (2.7km); Jalan Pa Thau-Pa Boi (2.46km); Jalan Bayan Lepas-Air Itam (16.6km); Persimpangan Jalan Paya Terubong-Pekan Air Itam (3.3km); Jalan Telaga Air (0.8km); Jalan Permatang Pauh (9.6km); Jalan Perusahaan (3.2km); Jalan Persisir Pantai /Lebuhraya Bayan Lepas (4.7km); Lebuhraya Kampung Jawa (1.58km) dan Jalan Mayang Pasir (2.21km).

"Selebihnya, iaitu jalan negeri termasuk jalan bandaran, jalan taman dan jalan negeri utama - keseluruhannya sepanjang 2,153.56km - adalah di bawah penyelenggaraan kerajaan negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, dengan peruntukan terhad.

"Jumlah tersebut tidak termasuk jalan kampung yang berada di bawah penyelenggaraan pejabat daerah yang turut memerlukan suntikan peruntukan khas daripada pihak kerajaan negeri," kata Lim lagi.

"Ketika menjawab pertanyaan lisan saya di Dewan Rakyat pada 6 April 2010, Kementerian Kerja Raya menyatakan bahawa pihaknya melalui JKR, menyelenggara jalan-jalan persekutuan di Pulau Pinang yang panjangnya 184km.

"Pihak kementerian telah memperuntukkan RM17.927 juta dari 2007 sehingga 2010 bagi kerja penyelenggaraan jalan persekutuan di Pulau Pinang, dengan dilaksanakan oleh syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan Zon Utara iaitu Belati Wangsa (M) Sdn Bhd yang dilantik oleh pihak kerajaan pada 2001 secara kontrak untuk tempoh 15 tahun sehingga awal 2016," katanya.

Menurut Lim, pecahan bagi kos tersebut adalah seperti berikut:

1. Pada tahun 2007 berjumlah RM4.377 juta
2. Pada tahun 2008 berjumlah RM5.043 juta
3. Pada tahun 2009 berjumlah RM5.047 juta; dan
4. Pada tahun 2010 berjumlah RM3.46 juta

"Sebagai tambahan, maklumat kilometer panjang jalan persekutuan juga adalah tidak tepat - sepatutnya 180.44km dan bukannya 184km seperti dinyatakan dalam jawapan bertulisnya. Nampaknya KKR bersikap tidak adil!," tegas ketua menteri itu.

Katanya, sebagai negeri penting yang menyumbang hampir 25 peratus pada aspek nilai dan jumlah eksport serta import, kerajaan pusat haruslah menambah peruntukan khususnya dalam membantu menaiktaraf jalan industri terutamanya jalan utama ke zon perdagangan bebas Bayan Lepas yang kini kurang memuaskan dan bukanlah bertaraf antarabangsa.

"Macam mana kerajaan pusat ingin menjadi negara berpendapatan tinggi dengan keadaan ekonomi kukuh, berpengetahuan dan bermaklumat sekiranya jalan pun tidak dapat dijaga dengan sempurna!," tegas Lim lagi.
Read Full...

Punca Pos Malaysia rugi dikenal pasti





Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menafikan sebarang pembabitannya dalam Pos Malaysia Bhd, yang mengakibatkan syarikat itu mengalami kerugian RM546 juta sejak beberapa tahun lepas.

"Saya tidak terbabit secara langsung dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh Pos Malaysia kerana sebagai sebuah syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat ini mempunyai lembaga pengarah dan keputusan ditentukan oleh lembaga pengarah termasuk Khazanah Nasional Bhd tanpa perlu merujuk kepada Kementerian Kewangan," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 di sini hari ini, beliau berkata Khazanah Nasional terlibat dalam membuat keputusan kerana mempunyai wakil dalam lembaga pengarah syarikat tetapi mereka telah pun menjelaskan perkara itu sebelum ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan terbaru yang dibangkitkan oleh Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa Nor Mohamed sepatutnya memberi penjelasan mengenai kerugian yang ditanggung Pos Malaysia. -BERNAMA



lagi cerita berkaitan Pos Malaysia Rugi

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek Hussein mengumumkan yang syarikat milik Kerajaan, Pos Malaysia mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun lalu berjumlah RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara Transmile Group Berhad.

Khazanah Nasional Bhd baru-baru ini mengumumkan mahu menjual pegangan sahamnya sebanyak 32.2 peratus dalam Pos Malaysia Bhd. Dengan itu Kerajaan tidak lagi menguasai Pos Malaysia. Tindakan ini jelas adalah kesilapan Khazanah sendiri bukan hanya Pos Malaysia sahaja.


Kah ..kah..kah.. bukan salah menteri tapi yang bersalah sebenornya ialah posmen tak caya tengok video bawah kah..kah..kah ......

sorry gua buat lawak hari ahad.. tiada kena mengena dengan hidup dan yang mati..
sekadar renungan sahaja sebab semua Menteri tak ngaku pos malaysia rugi....
jadi puncanya Pos Malaysia rugi mungkin posmen merempit !!


Read Full...

KERAJAAN SUDAH ABIS DUIT - TINGGAL AIR LIOR





INI TANAM BUAH ANGGUR



INI PENGGANGUR BUKAN PENANAM ANGGUR





EKONOMI NEGARA SEMAKIN PULIH – PM

Najib Razak yakin ekonomi negara dapat dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh perancangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, pencapaian tersebut hasil perancangan teliti kerajaan melalui dasar fiskal dan kewangan negara.

“Kedudukan ekonomi Malaysia hari ini, dari sudut pemulihan, saya boleh katakan bahawa kita berada di atas landasan pemulihan yang amat meyakinkan, lebih-lebih lagi jika dibanding dengan negara-negara lain.

“Dalam masa beberapa hari lagi, angka pertumbuhan ekonomi negara bagi tempoh tiga bulan pertama akan saya umumkan,” katanya.

KAH KAH KAH….

woit… BUKAN KE MALAON INIYANGH CAKAP ….. OUR ECONOMY HAS NO PRPBLEM…. kah kah kah..

kah kah kah….OUR FUNDUMENTAL IS STRONG?...... kah kah kah..

woit… BILA PULAK EKONOMI KITA SAKIT…kah kah kah..

kah kah kah…. KALAU SEKARANG NAK PULIH…. ERTINYA DULU KITA SAKIT….kah kah kah…

woit… TAPI CAKAP OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…. kah kah kah

nota:

harus diakui pada hari ini
tanyalah :

pegawai kerajaan dari pegawai tinggi hingga ke peon
semua akan mengatakan bahawa – KERAJAAN TAK ADA DUIT !

kemudian sila tanya orang berniaga pula
jawapan yang di terima pun sama.

kemudia tanya para kontrektor
jawapan yang di terima adalah sama.

kerajaan hari ini tidak ada duit

ini hakikat

najib ini bercakap bangang
kalau eropah meleset maka
barang ekpot kita tidak ada pasaran
kenapa bangang sangat

angka?
angka?

angka ini boleh dibuat
boleh laporkan pertumbuhan ekonomi 5 peratus
boleh laporkan pertumbuhan ekonomi 6 peratus
ini bukan susah – media di negara mandul –
tak ada kang kong dari universiti yang akan mempertikaikan
angka yang dikeluarkan
ini pun kalau kang kong ini boleh membaca

lihat dan kaji:
eropah dalam krisis besar
greece, sepanyol, portugal dan itali sedang nazak.
ini belum lagi diambil kira negara eec baru jadi ahli

greece – rakyat sedang bertempur – bertempur dijalan raya
mogok berterusan
semua sedang dalam nazak
warga greece sedang menentang kemasukkan IMF – ini petanda baik

rakyat eropah sedang bangun menentang agenda satu dunia yang
sedang di rancang oleh elit politik - elit pemodal dan
para bankers.

cakap cakap mengatakan ekonomi kita baik
adalah cakap orang bangang
kita mengekpot barangan ke amerika dan eropah
kalau amerika dan eropah nazak
sapa nak beli barang yang kita buat
bangang punya cakap!

cuba tanya:
100,000 graduan mundar mandir tak ada kerja
kenapa mereka tak ada kerja ?

TT
Read Full...

Kabinet Tun Abdullah Perlu Disiasat




Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya Kabinet yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi disiasat, berhubung penjualan dua telaga minyak negara kepada Brunei.

Katanya, negara bukan sahaja kehilangan sumber hasil bernilai lebih RM320 bilion, tetapi turut menjejaskan maruah.

:“Saya cadangkan satu siasatan ke atas Kabinet Tun Abdullah untuk menilai sejauh mana kewajaran untuk menjual telaga minyak itu kepada Brunei. Semua anggota Kabinet ketika itu juga harus disiasat, termasuk Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, beliau yakin sebahagian besar anggota Kabinet ketika itu menjadi ‘pak angguk’ dan meluluskan usul terbabit, tanpa usul periksa.

Menurutnya, pendedahan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu amat wajar dan berharap lebih banyak pendedahan dibuat untuk mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran negara.

“Ini antara kesilapan terbesar Tun Abdullah, yang menyebabkan negara menanggung kerugian besar kerana hilang sumber pendapatan untuk membangunkan negara,” katanya.

Mahfuz berkata, beliau mahu Najib atau Timbalannya campur tangan dalam isu ini dan memberi maklum balas segera, dan tidak menutup kes ini daripada pengetahuan umum.

“Saya tidak pasti sama ada ini adalah sebahagian komplot yang dibuat untuk menjatuhkan Tun Abdullah, seperti yang didakwa penulis blog, Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz. Atau mungkin kempen untuk menjatuhkan Najib yang didakwa bersekongkol dengan Tun Abdullah dalam isu penjualan telaga minyak itu,” katanya.
Read Full...

Limbang: Brunei rela Malaysia tak rugi, kata Rais..ha..ha..projek kelentong lagi...!!!



KUALA LUMPUR,9 Mei — Sambil meminta rakyat tidak perlu bimbang dengan isu kedudukan Limbang, menteri Kabinet persekutuan mendakwa Brunei turut kehilangan lebih 5,000 kilometer persegi kawasan maritim zon ekonomi eksklusifnya ekoran perundingan Mac 2009.
Sehubungan itu Datuk Seri Dr. Rais Yatim memberi jaminan isu itu akan selesai dengan sendirinya setelah lima perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan dan Brunei antara 1920 hingga 1939 diakhiri dengan kerja-kerja mengukur sempadan.
Rais berkata beliau terpaksa membuat penjelasan itu ekoran kontroversi penyerahan dua kawasan blok minyak, blok L dan M kepada Brunei baru-baru ini kerana terlibat secara langsung selaku Menteri Luar pada Mac 2009 bersama Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam rundingan dan proses diplomasi dengan kerajaan Brunei.
Malah kata Rais, persefahaman yang dicapai hasil Pertukaran Surat yang ditandatangani kerajaan dengan Brunei pada Mac 2009 sebenarnya turut menyebabkan Brunei kehilangan 5,165 kilometer persegi kawasan maritim zon ekonomi eksklusifnya.
Kawasan maritim negara kesultanan itu menguncup berbanding sebelum 1984, katanya.
Saya dengar seolah-olah Malaysia bodoh serahkan seluruh hak wilayah kita sedangkan ia (blok L dan blok M) tidak pernah menjadi milik kita,” kata beliau yang kini merupakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Isu itu ditimbulkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya.
Menurut Rais, silapnya pada 1979, pemeta negara hanya sekadar memasukkan tanggapan itu padahal ia terletak dalam Pelantar Benua Brunei dan diiktiraf Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982.
“Begitupun Pertukaran Surat ini ada imbasannya (kaitan) pada Limbang.
“Apabila lima perjanjian berkenaan diselesaikan kehendak pengukurannya, soal Limbang tidak timbul lagi dan berhasil bagi Malaysia,” kata beliau dipetik Mingguan Malaysia.
Lima perjanjian berkenaan ialah Perjanjian Mengenai Sungai Pandaruan dan daerahnya pada 4 Februari 1920, Perjanjian Sempadan Sungai Belait dan Sungai Baram 25 Ogos 1931, Perjanjian Antara Brunei dan Sarawak mengenai Trusan dan Temburong, Perjanjian Antara Brunei dan Sarawak mengenai Sempadan Limbang dan Brunei dari Pantai ke Bukit Gadong 24 Februari 1933 dan Perjanjian 4 November 1939 antara kedua-dua pihak.
Kelima-lima perjanjian inilah meletakkan Limbang dan dipersetujui bahawa terusan-terusan Pagalayan hingga ke Bukit Traja ditentukan oleh perjanjian tersebut.
Rais berkata dakyah kononnya Malaysia kehilangan wilayahnya telah dibangkitkan dalam pilihan raya kecil Sibu yang berlangsung sekarang.
“Brunei dengan rela hati bersetuju bahawa kawasan maritimnya menguncup selepas Pertukaran Surat 2009.
“Ini keikhlasan tidak ternilai dan Malaysia tahu jika dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (di The Hague, Belanda) kemungkinan kita beroleh hasil lebih positif lebih jauh kes Batuan Tengah di Batu Putih,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum ini perairan di blok L dan M dikenali CA1 dan CA2 mengeluarkan hasil minyak dan hidrokarbon digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mencari nafkah dan berniaga.
Namun secara tiba-tiba Petronas menganggap ia perairan negara dan mewujudkan kerjasama cari gali dengan Murphy Oil di Sabah.
“Bagaimanapun Brunei dalam perbincangannya bersetuju untuk berusaha sama dalam kedua-dua petak komersial tadi termasuk minyak di bawah tajuk Perolehan Kerajaan untuk Malaysia bagi tempoh 40 tahun bermula dari tarikh Production Sharing Contract (PSC).
“Juga dipersetujui oleh Brunei tentang hak laluan kekal bagi rakyat Malaysia dan Sarawak melintas dan menggunakan perairan itu untuk mendarat atau pergi ke kawasan sempadan Sarawak dan Brunei. Pendek kata, ia tidak boleh ditarik balik... berterusan,” kata beliau.
Pada masa sama Malaysia diberi 10 peratus faedah melalui kontraktor yang dipilih sendiri (iaitu Petronas) dalam hak dan obligasi yang sama.
Seterusnya Malaysia juga akan beroleh melalui Petronas 75 peratus dari hal dan obligasi.
Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks