PRK Hulu Selangor : BN dan PKR Sudah Menamatkan Kempen Masing-Masing

KEMPEN rasmi dan tempoh yang dibernar untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor sudah pun tamat kira-kira dua jam lalu. Kedua pihak telah memerahkan keringat dan idea sehabis-habisannya malam ini. Dua himpunan besar yang menjadi penamat kepada kempen diadakan kedua-dua belah pihak.

BN mengadakan himpunan 1 Malaysia di perkarangan flat Taman Bunga Raya di Bukit Sentosa. Himpunan ini menampilkan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, Najib Razak, Muhyiddin Yassin. Semua pemimpin BN berhimpun di program penamat ini.

Untuk menyaksikan sendiri kehebatan himpunan 1 Malaysia ini saya memasuki ke taman berkenaan. Kebetulan waktu saya masuk MC membuat pengumuman kedatangan mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Terdengar tepukan tetapi tidak begitu bergemuruh sangat.

Sekejap kemudian berderau motosikal yang membawa bendera dacing berwarna biru gelap. Hampir semua penunggangnya terdiri dari anak-anak muda remaja. Mereka mengiringi kedatangan Najib. Suasana seperti biasa tidak berlaku kesesakan lalu lintas. Apa yang bising ialah bunyi motor-motor pengiring Perdana Menteri yang saya percaya dari kumpulan mat rempit.

Jumlah yang datang tidak dapat di pasti. Pentas di adakan di laman flat berkenaan, bukan di atas tanah lapang ataupun stadium. Jumlah mereka yang hadir kurang dari 3,000 orang. Mustahil dalam ruang seluas itu ia dapat memuatkan orang berjumlah 10,000. Mungkin ini kerana flat berkenaan terkenal dengan kubu kuat Pas sejak lama sebelum ini. Kedatangan seramai itu dikira sudah cukup berbaloi buat BN, apa lagi mereka adalah kebanyakannya pengundi.

Selepas berputar di taman berkenaan saya keluar dari Bukit Sentosa menuju ke Rasa. Dari bandar Rasa menghala ke Kuala Kubu Baru (KKB). Di KKB bertempat di stadium mini berlangsung himpunan Pakatan Rakyat sebagai menamatkan majlis kempen mereka di situ.

Himpunan di stadium itu akan menampil Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Aziz dijangka akan memberi amanat dan pesanan terakhir kepada orang ramai khasnya pengundi.

Dalam perjalanan ke KKB telah ada inform mengatakan keadaan jalan ke KKB sudah sesak. Kira-kira 10 km sebelum masuk ke bandar KKB , jalan jalan sudah jam. Masa lebih satu jam diambil untuk sampai ke simpang memasuki KKB. Kereta terpaksa diparking di luar dan orang ramai terpaksa berjalan kaki sejauh lima kilometer ke stadium.

Katanya sejak jam 8:00 malam lagi kesesakan berlaku di bandar KKB. Orang ramai semua tertumpu ke situ untuk mengikut himpunan terakhir itu. Himpunan di KKB mungkin tidak dapat menambahkan undi PKR melainkan dapat membangkitkan semangat penyokongnyha saja. Kerana tidak munasabah pengundi yang berada nun jauh di Kelumpang atau pun Ulu Bernam sanggup untuk datang ke KKB.

Himpunan tadi melibatkan semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Selain Nik Aziz turut hadir antaranya, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dikhabarkan turut berada sama. Anwar sendiri terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk masuk ke stadium kerana kesesakan di bandar KKB.

Alhamdulilah selepas keduanya menamatkan kempen tidak ada kejadian buruk dilaporkan dan dalam pengetahuan saya. Suasana malam ini tenang. Cuma di jalan-jalan tertentu kedengaran ngauman suara motosikal pembawa bendera biru pekat yang membingitkan telinga. Biarlah suasana tenang dan semangat muhibbah semua pihak akan berterusan esok.

Sementara itu setelah kempen kedua pihak tamat, berbagai rumusan dan telahan dibuat mengenai siapakah yang akan menang besok. Berbagai rumusan dibuat dan ada yang bersifat psywar untuk melemahkan semangat antara satu sama lain. Berbagai angka yang dikeluarkan, kononnya kedudukan terkini 52 PKR 48 BN, ada yang mengatakan PKR tertinggal lebih 5% dan ada juga yang berterus terang sukar untuk meramalkan siapakah akan menang.

Penilaian berbagai itu menyebabkan orang ramai jadi bingung dan menyakitkan kepala. Saya tidak mempercayai kepada apa yang diramal dan dianalisis baik oleh badan rasmi ataupun tidak. Pada saya semua ramalan itu hanya ramalan saja yang mungkin tepat atau meleset.

Esok saya akan mengemukakan ulasan dan analisa saya sendiri berdasarkan pengalaman dan apa yang dilihat, didengar dan dirasa. Tunggulah saya akan membuka pintu firasat saya esok mengenai keputusan pilihan raya Hulu Selangor yang akan melabuh tirainya kurang dari 15 jam dari sekarang.
Ahad, 2010 April 25
Read Full...

PRK Hulu Selangor : Anwar, Lim Kit Siang Naik Motor Ke Kuala KKB ...

Ni yang gua respek ni bai. Boleh dapat ke pimpinan Umngok naik moto? Bukan moto, kereta buruk pun jangan harap la. Paling cikai pun Perdana. Malikul Sembab siap keta Roll Royce lagi kah kah kah!


alt
YB Lim Kit Siang sampai di tempat ceramah menaiki motosikal

alt
Dato Seri Anwar pun sampai naik motor gak.


Memang berjiwa rakyat la pimpinan pakatan. Tahniah~ Read Full...

PRK Hulu Selangor : IKBN Pertak Sorok Pengundi Hantu?


KUALA KUBU BAHARU 25 Apr - Petugas KEADILAN berjaya menahan beberapa buah bas di IKBN Pertak, Kuala Kubu Baharu awal pagi ini yang dipercayai digunakan untuk mengangkut pengundi hantu ke pusat-pusat mengundi di Hulu Selangor.
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa yang mengetuai operasi 'menangkap' penghuni hantu yang di bawa oleh Umno-Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan mereka pada pilihan raya kecil hari ini berkata, sebanyak kima buah bas kilang didapati diparkir di luar IKBN Pertak sejak pukul 3 pagi tadi.
"Apabila kami sampai sebanyak 15 buah kereta keluar dari IKBN dan kesemua kereta mempunyai antara 5 hingga 6 orang.
"Kita tidak tahu sejak pukul berapa mereka melakukan operasi memnbawa pengundi hantu tetapi kami percaya ramai yang telah di bawa keluar," kata Fariz.
Fariz berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan tetapi sehingga kini tidak ada respons.
Petugas KEADILAN kini sedang mengawal laluan agar  pengundi hantu tidak keluar daripada IKBN sementara menunggu ketibaan polis.
Read Full...

PRK Hulu Selangor : Grand Finale di Stadium Kuala Kubu Bahru!










Read Full...

PRK Hulu Selangor : Polis tahan 26 penyokong parti, terima 167 laporan setakat ini

KUALA KUBU BARU, 24 April — Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata sehingga hari ini pihaknya telah menahan 26 orang atas pelbagai kesalahan termasuk memiliki senjata berbahaya sepanjang kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor berlangsung.
Beliau berkata kesemua mereka adalah penyokong daripada kedua-dua parti yang bertanding pada pilihan raya kecil itu.
Ini membuktikan kami tidak berpihak kepada mana-mana parti politik seperti yang didakwa, katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu juga polis telah menerima 167 laporan dan 30 daripadanya telah disiasat.
“Laporan polis yang dibuat adalah di bawah kes khianat, merosakkan kenderaan dan juga kesalahan-kesalahan di bawah peraturan pilihan raya dan juga kesalahan mempunyai senjata berbahaya dan bahan letupan,” katanya.
Selain itu, Khalid berkata kawasan Kuala Kubu Bahru juga dijadikan zon larangan kenderaan berat bermula daripada pukul 12 tengah malam ini sehingga 12 tengah malam esok.
“Kenderaan-kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke bandar Kuala Kubu Bahru melainkan kenderaan yang ada sebab seperti bas dan sebagainya.
“Laluan ke bandar Kuala Kubu Bahru ini kemungkinan besar kita akan jadikan jalan sehala berperingkat-peringkat dan ini kita akan tengok keperluannya esok,” katanya.
Beliau turut menasihatkan mereka yang tidak berkepentingan agar tidak memenuhi kawasan pembuangan undi bagi memastikan kelancaran perjalanan proses itu. — Bernama Read Full...

PRK Hulu Selangor : Saya suka jumpa rakyat dari berdebat dengan pembangkang, kata Najib


RASA, 24 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau lebih suka berjumpa rakyat daripada memikirkan mengenai cabaran berdebat dengan Ketua Pembangkang. Najib berkata, beliau tidak mengambil kisah mengenai cabaran tersebut kerana apa yang perlu diutamakan ketika ini adalah memberi masa depan yang terjamin untuk rakyat.
“Mana ada dalam perancangan nak berdebat dengan Anwar Ibrahim di Kuala Kubu Baru. Tak ada. Saya lebih suka kalau dapat jumpa dengan anda kerana lebih banyak faedah yang diperolehi daripada berjumpa dengannya.
“Oleh itu kita jangan ambil kisah apa yang dilakukan pembangkang kerana mereka lebih mementingkan politik daripada memperjuangkan agenda rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis kenduri rakyat di Kampung Melayu Rasa di sini, hari ini.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Anggota Dewan Undangan Negri (ADUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim.
Beberapa kain rentang dipasang di sekitar pekan Kuala Kubu Baru (KKB) yang mendakwa Perdana Menteri akan menyertai debat perdana dengan Anwar di stadium mini KKB pukul 9 malam ini.
Najib berkata, perdebatan seperti itu jelas tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malah rakyat juga tidak seharusnya dilibatkan dalam permainan serta helah politik pembangkang yang tiada kesudahan.
“Tidak ada gunanya saya menyertai debat yang tidak bertujuan dan belum pasti apa faedahnya. Kita ada gagasan, kita ada dasar, kita ada kemahuan yang telah pun dibuat. Saya akan teruskan pembaharuan ini,”katanya. — Bernama Read Full...

PRK Hulu Selangor : Kehadiran Mengejut Thamrin Ghafar Di Felda Sg Buaya

SG BUAYA 24 Apr -



Penyokong Pakatan Rakayat dikejutkan dengan kehadiran anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Thamrin Ghafar pada ceramah Pidato Perdana Pemuda Pakatan Rakyat di sini malam tadi.
Thamrin Ghafar Baba merupakan bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan mantan Pengerusi MARA.
Kehadiran tokoh Umno ini di majlis anjuran Pakatan Rakyat dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional yang mendalangi tindakan beberapa pemimpin KEADILAN peringkat ranting yang keluar parti semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Umno-BN yang sebelum ini menyebarkan kahbar angin bahawa KEADILAN mula retak kerana kehilangan segelintir kecil ahli kini terpaksa menjawab mengapa anak seorang tokoh besar Umno menyokong dan menyertai Pakatan Rakyat. Read Full...

PRK Hulu Selangor : Bekas Ahli Parlimen MCA Sertai KEADILAN

SG BUAYA 24 Apr -
Barisan Nasional menerima satu lagi tamparan hebat apabila bekas Ahli Parlimen Sungai Besi dari MCA menyertai Pakatan Rakyat.Fan Seong Than yang mewakili kawasan Parlimen
Sungai Besi pada 1974 membuat keputusan menyertai KEADILAN setelah melihat kepada kepincangan dan kegagalan MCA membela basib kaum Cina di negara ini.
Beliau yang juga adik kepada bekas Ahli Parlimen Kampar, Fan Yew Teng menjelaskan beliau telah hilang keyakinan terhadap MCA dan pemimpin baru MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
"Walaupun beliau berat hati untuk meninggalkan MCA tetapi beliau sedar perubahan adalah perlu dan hanya KEADILAN di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini boleh melakukannya.
"MCA memilih seorang pemimpin (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) yang terang-terang dibuktikan terlibat dengan skandal seks. Saya tidak ingin memberi komen kerana rakyat bukan bodoh, mereka boleh berfikir sendiri apa mungkin telah berlaku dalam MCA hinggakan boleh mendapat keputusan sebegini," kata Fan.
Fan yakin Anwar dan Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan politik yang amat besar dalam pilihan raya umum akan datang. Read Full...

PRK Hulu Selangor : Dari Sungai Buaya lagi...

Kedatangan Tok Guru di Kaumpang siang tadi dinantikan oleh ramai yang merindui untuk menatap wajahnya dan mendengar kata-kata nasehat darinya, Ramai yang sanggup menanti di bawah terik mentari.

Ketika saya menulis ini kami berada di dalam kesesakan setelah selesai ceramah terakhir tepat jam 12tghmalam di Stadium Kuala Kubu Baru. Seluruh stadium diepnuhi oleh rakyat dari seluruh pelusuk negara. Dianggarkan hampir 50,000 orang yang hadir.

Kehadiran Tok Guru disambut dengan penuh semangat juga...semangat rakyat yang inginkan perubahan begitu tinggi dan memuncak.

Seperti yang kita dimaklumkan Tok Guru baru sahaja pulang dari Umrah, pulang sebentar ke Kelantan dan terus datang ke Hulu Selangor.

Kita mendapat maklumat dari beberapa pihak PR sedang mendahului...namun sudah pasti pihak BN akan cuba sedaya upaya memenanginya dengan pelbagai taktik kotor mereka.

Seperti yang kita dimaklumkan Tok Guru baru sahaja pulang dari Umrah, pulang sebentar ke Kelantan dan terus datang ke Hulu Selangor.

Hayatilah wajah-wajah dan suasana, sebelum terbit mentari hari penentuan esok dan sevelum peristiwa ini ditenggelami oleh isu-isu lain yang lebih panas....




Read Full...

PRK Hulu Selangor : Najib sumpah Altantuya lagi ketika kempen pilihan raya


Oleh G. Manimaran HULU SELANGOR, 24 April — Selepas tiga hari mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sudah mengetahui “kesemua” rahsia Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, Datuk Seri Najib Razak bersumpah sekali lagi - beliau tidak sama sekali kenal wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh empat tahun lalu.
Perdana Menteri dengan membacakan ayat-ayat suci bersumpah ketika berucap dalam kempen pilihan raya kerusi Parlimen Hulu Selangor di Taman  Bunga Raya, Bukit Beruntung kira-kira 10.30 malam tadi.
Hari ini hari terakhir kempen pilihan raya kecil ini.
Najib ucapkan sumpah beliau selepas menyentuh kes liwat kedua Anwar membabitkan bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhhari Azlan.
“Saya sudah bersumpah sebelum ini, di masjid, saya bersumpah sekali lagi hari ini,” kata Najib yang juga Presiden Umno.
Turut hadir pada persinggahan kempen di sini — malam terakhir kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor ialah bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Najib membuat sumpah berhubung isu kematian wanita Mongolia ini ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh Ogos 2008.
Ketika itu beliau merupakan timbalan perdana menteri.
“Saya tak kenal dia,jangan tuduh,” kata Najib lagi.
“Satu pembohongan besar dan dahsyat,” kata beliau.
Sejak Altantuya dibunuh banyak tuduhan dilemparkan terhadap Najib, antara lain mendakwa beliau ada hubungan wanita berkenaan.
Malam ini, Najib juga berkata, beliau telah dimaklumkan segala-galanya oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin kepada beliau baru-baru ini.
Zulkifli yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas selepas dipecat oleh PKR mengikuti rombongan lawatan ke luar Washington, diketuai Najib, baru-baru ini.
Najib berkata, Zulkifli selaku bekas peguam salah seorang tertuduh kes Altantuya, Azizul Azilah Hadri tahu segala maklumat mengenai kes itu.
Ketika berkempen di sini tiga hari lalu. Najib berkata dua wakil Bebas yang mengikuti beliau ke Washington baru-baru ini - bekas wakil rakyat PKR - sudah mendedahkan segala perkara berkaitan dengan fitnah dan strategi pembunuhan karektor digerakkan oleh Anwar selama ini.
Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan  Zulkifli telah mengadakan pertemuan dengan Najib, yang disifatkan Perdana Menteri “sebagai hampir setiap malam” ketika berada di Washington.
“Saya tahu semua, sampai seluar dalam pun. Dia dah cakap segala-segalanya (kepada saya),” kata beliau.
Kira-kira dua minggu sebelum menyertai rombongan Najib, Zahrain dan Zulkifli telah mendedahkan sedikit sebanyak gerak-geri Anwar termasuk rancangan 16 September mahu mengambil alih kerajaan pusat ketika sesi perbahasan di Parlimen.
Zulkifli pula mendedahkan isu berkaitan pembunuhan wanita Mongolia.
Ekoran pendedahan itu Najib berkata beliau bersedia untuk bertemu dengan Zulkifli yang mendedahkan telah ditawarkan ganjaran lumayan untuk mengaitkan beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya.
Zulkifli juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004. Read Full...
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks