Musa Pencen Hadiah Paling Manis Aidifiri


SHAH ALAM 5 Sept - Bekas Naib Presiden Transparency International, gabungan badan antarabangsa yang melawan gejala rasuah, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata keputusan kerajaan tidak menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bagi kali ketiga merupakan hadiah paling manis dan bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia sempena menyambut Aidilfitri tahun ini.
Malah Tunku Abdul Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP melahirkan kesyukuran tidak terhingga kerana Allah telah memakbulkan doa rakyat Malaysia selama ini untuk melihat Musa tersingkir daripada jawatan tertinggi Polis DiRaja Malaysia.
"Saya jarang terima hadiah hari jadi mahupun memberinya. Malah saya tidak menyambut harijadi saya sendiri, ia berlalu tanpa disedari.
"Tetapi kali ini hadiah yang saya perolehi tidak ternilai - satu rahmat Allah yang Maha Besar memakbulkan doa seluruh rakyat negara ini. Doa tersebut memohon Allah memberi kekuatan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dianggap lembik supaya menyahkan Musa untuk selama-lamanya. Ini bukan disebabkan beliau sudah dimakan usia tetapi liabiliti pada dirinya tidak tertanggung lagi oleh negara. Faktor ini melebihi daripada keupayaan beliau untuk terus berkhidmat," kata Tunku Abdul Aziz secara sinis.
Beliau berkata dalam sebuah masyarakat berbilang kaum yang lebih prihatin dan dinamik, adalah mustahil bagi Musa untuk menduduki jawatan sebagai Ketua Polis Negara.
Musa katanya tidak sepatutnya dilantik ke jawatann sejak dari awal disebabkan pembabitan beliau dalam perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempamerkan  tilam diusung ke mahkamah setiap hari untuk ditonton oleh seluruh dunia.
"Ketika berjalannya perbicaraan tersebut barulah terserlah peranan gelap sebenar yang dimainkan oleh Musa dan (mendiang) Augustine (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan) yang menyapa komen seorang sahabat saya untuk mengatakan mereka berdua sebagai 'makhluk paling tidak berguna'.
"Musa memperlihatkan kepada rakyat Malaysia betapa liciknya beliau menghidu sebelah pihak mana yang perlu beliau sokong dan menjadi budak suruhan Mahathir Mohamad denga baik. ini disusuli dengan kenaikan pangkat yang mendadak," ujar Tunku Abdul Aziz lagi.
Tambah beliau kini wujud suasana lega malah dalam PDRM sendiri melihat pemergian Musa, seorang yang telah membawa malu kepada seluruh pasukan polis.
Katanya, Musa menjadi KPN pertama setelah jawatan itu pertama kali dipegang oleh  Tan Sri Claude Fenner yang telah dicemuh dikhalayak ramai oleh sebuah mahkamah di Sabah sebagai saksi yang tidak boleh dipakai.
"Ini tidak mengejutkan kerana beliau hanya penyambung kepada warisan yang bergelumang dengan rasuah dan kini hidup senang lenang atas kekayaan dan wang ringgit haram," kata beliau.
Tunku Abdul Aziz menegaskan daripada kesemua penjawat KPN hanya tiga individu yang layak dikatakan bersih dan lihat bersih dari rasuah - Claude Fenner, Tan Sri Abdul Rahman Hashim (mati ditembak) dan yang paling menonjol, Tun Mohamed Hanif Omar.
Hanif kata beliau amat kecewa melihat bagaimana pasukan polis yang dibina beliau selama puluhan tahun atas asas integriti dimusnahkan oleh beberapa individu yang mempunyai integriti tercemar dan tercalar.
"Hanif masih unggul sebagai seorang bekas pegawai tertinggi polis dan seorang 'gentleman', seorang ikon yang menjadi simbol kepada zaman keemasan PDRM.
"Sementara seluruh negara bergembira melihat Musa berjalan menuju kepada zaman muram beliau, kata-kata penghargaan oleh penggantinya menyentap jiwa kita.
"Beliau berkata,' Saya telah melatih dengan baik oleh Musa. Saya menggangap satu penghormatan mengganti beliau'.
"Perkara yang terakhir yang ingini oleh rakyat Malaysia ialh seorang klon Musa. Sekiranya meneruskan model kepolisian cara Musa yang termampu dilakukan oleh Ismail Omar, maka meranalah negara ini yang telah menunggu sekian lama untuk menikmati budaya polis yang berasaskan kepada menghormati hak asasi manusia," kata beliau.
Tunku Abdul Aziz seterusnya menyatakan biarlah budaya kerosakan yang ditinggalkan Musa diganti dengan budaya yang bertunggakkan kehormatan, kemuliaan, kebertanggungjawaban, ketelusan dan akauntibiliti demi memelihara serta melindungi nyawa dan harta.
 "KPN baru hendaklah menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri dan menyingkirkan segala amalan buruk dan tidak beretika yang ditinggalkan kepada negara ini. Kita semua berhak kepada yang lebih baik," kata beliau yang merupakan salah seorang anggota Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia pada tahun 2004.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks