PRK Hulu Selangor : UMNO tidak senang duduk

Umno tidak berpendirian tegak dalam isu penamaan calon PRK di Hulu Selangor. Mereka kata akan meletakkan Palanivel sbg calon tempatan untuk bersaing dengan PKR. Namun kebodohan Muhyiddin yang meletakkan Kamalanathan sebagai calon MIC Hulu Selangor pasti membawa padah kerana ini mengundang kemarahan penduduk India yang menyokong BN
Tinjaun aku di sekitar masyarakat UMNO-BN kelihatan sungguh marah dengan UMNO yang mengawal MIC seperti boneka. Rata-rata kaun India yang bengang dengan UMNO menuntut janji mereka kerana UMNO janji akan meletakan calon tempatan. Tetapi sekarang?
Penduduk dan pemimpin MIC sendiri bengang dengan tindakan UMNO itu sendiri kerana mengetepikan Timbalan President MIC sendiri iaitu Palanivel yang menjadi teka teki balak calon sebelum ini.
UMNO Seperti meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Umno-Barisan Nasional (BN) apabila akhirnya terpaksa memilih calon luar untuk dipertaruhkan dalam PRK itu. Ini adalah gambaran dilema BN yang pastinya dari luar ia dilihat sebagai satu krisis mencabar kredibiliti MIC.
Ini menunjukkan seolah-olah MIC sudah tidak dihormati dalam Umno. Ada baiknya MIC bertindak keluar daripada terus menjadi lembu BN dan menyertai Pakatan.

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks