RM350 je duit raya untuk lembu di FELDA

 Seramai 101,391 peneroka Felda akan menerima duit rasuah raya RM350 seorang manakala dan 11,244 peneroka yang tidak bersama Felda akan diberi RM150 seorang.



Ketika mengumumkan demikian hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pembayaran itu akan dibuat sebelum hari raya Aidilfitri ini di semua rancangan Felda di seluruh negara.

"Pemberian duit rasuah raya ini melibatkan bayaran berjumlah RM37.14 juta, terdiri RM35.47 juta bagi yang bersama Felda dan RM1.67 juta bagi yang tidak bersama Felda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata hampir 10 peratus daripada keseluruhan 112,635 peneroka Felda, atau seramai 11,244 peneroka, dikategorikan sebagai tidak bersama Felda kerana mereka tidak menanam semula menerusi agensi itu.

"Saya berharap pemberian duit raya ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan bebanan kewangan keluarga peneroka dalam membuat persiapan menjelang ketibaan PRU 13 Syawal.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru peneroka yang tidak bersama Felda agar kembali bersama dengan agensi ini untuk memaju dan memakmurkan lagi tanah-tanah rancangan," kata Perdana Menteri.

--Bernama

Felda Untung 10 Billion setahun

Setiap aktiviti yang dijalankan oleh FELDA lebih-lebih lagi membuat pelaburan dilakukan dengan teliti dan konsisten bagi memastikan agensi itu terus bertahan di masa hadapan, kata pengerusinya Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Beliau berkata setiap pelaburan yang dibuat oleh FELDA adalah melalui satu jawatankuasa pelaburan yang akan mengkaji dan membuat keputusan mengenai setiap perancangan pelaburan itu.

"Dalam FELDA, tiada pelaburan yang boleh dibuat oleh individu. Ia perlu berdasarkan kajian oleh kumpulan profesional, barulah boleh buat keputusan. Sebab itu FELDA masih selamat, kalau tiada amalan macam ini tentulah FELDA tak boleh survive macam sekarang.

"Satu daripada faktor utama FELDA bertahan adalah amalan yang konsisten. Pelaburan yang dibuat setakat ini diyakini memberi pulangan yang baik, tiada yang jadi beban," katanya ketika ditemubual di ibu pejabat FELDA di sini.

Yusof berkata penubuhan FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd juga adalah untuk mengembangkan sayap pelaburannya di luar negara dalam bidang seperti perladangan, hotel, hartanah dan katering.

"FELDA Global adalah langkah untuk cepatkan penyertaan kita dalam bidang pelaburan. Kalau lambat kita rugi, yang rugi generasi baru. Ini adalah langkah dasar untuk selamatkan FELDA di masa depan sebab pelaburan akan dirasai oleh generasi masa depan," katanya.

Yusof berkata FELDA mampu meraih pendapatan antara RM10 bilion dan RM15 bilion setahun bergantung kepada harga minyak sawit mentah.


"Sekurang-kurangnya sebanyak RM1 bilion merupakan keuntungan bersih," katanya.

Beliau berkata dakwaan kononnya FELDA bankrap adalah tidak benar dan hanya agenda politik semata-mata oleh pihak tertentu yang mahu mencari kesalahan kerajaan.

"Asas tuduhan itu politik, itu berita memeranjatkan, kita nak tahu bankrap apa? Kalau bankrap duit, kita ada duit, kalau tiada duit untuk bayar hutang, aktiviti FELDA bukan setakat bertahan tetapi bertambah. Kalau bankrap boleh ke buat?" katanya, merujuk kepada laporan akhbar Suara Keadilan, milik pembangkang, kononnya FELDA telah bankrap.

Yusof berkata kedudukan tunai FELDA juga mencecah RM1.5 bilion setahun untuk menampung operasi organisasi itu di mana kosnya mencapai RM500 juta setahun bagi mengekalkan aset seperti kilang minyak sawit.

"Kos pengurusan adalah RM500 juta setahun, tetapi ada kos-kos lain yang kita kena tanggung iaitu kerja sosial kerana tugas FELDA bukan hanya menguruskan ladang, tetapi kita juga membantu komuniti.
"Kalau kita nak uruskan FELDA sahaja kita dapat RM500 juta setahun cukuplah, tetapi kita kena ada lebih kerana hendak tolong peneroka dan masyarakat FELDA," katanya


- Hadoihhhh kedekut lah isteri rosmah nih, RM350 je, tu pun setahun sekali. Bunyi kata felda untung billion-billion. iskkkkkk..ehemm.ni mesti lekat kat celah akaun bank mana-mana ketua umno bahagian nih,,takpun JKKK pun ado share semangkuk...wkhakhkahakhaka

sepatutnya para peneroka felda dapat RM5000 seorang, RM350 nak buat apo, sepasang kasut,baju seluar raya pun lebih RM300 !!!

0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks