Felda; Dah Kalah Salahkan Peguam???

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/feldakalah.gif- Peneroka Bukan Umno Mesti Buat Perubahan!
Ingat bila dah bersara dalam memegang jawatan parti UMNO, al-fadhil ustaz Dr Yusof Noor tidak lagi bercakap politik. Tetapi dek kerana lama duduk dalam UMNO sehingga ke sisa-sisa usia masih terbawak-bawak perangai UMNO. Dan memang UMNO pun. Walaupun mendapat anugerah "tokoh Ma'al Hijrah" bersama seorang lagi yusof iaitu Dr Yusof al-Qardawi tetapi keduanya bak langit dan bumi.

Sepatutnya sebagai pengerusi Felda lulusan pengajian tasauf Cairo Universiti, mengakulah bahawa Felda telah menipu peneroka di Kemahang. Dan bukan hanya di Kelantan, bahkan diseluruh Negara. Tanyalah peneroka yang celik mata dan hatinya dan bukan tali barut UMNO, nescaya mereka akan mengetahui dan mengakui bagaimana Felda menipu ketika membeli hasil sawit mereka dan hal ini telah diputuskan oleh mahkamah.

Selaku pengerusi FELDA beliau sepatutnya membuat kenyataan meminta maaf secara terbuka kepada semua peneroka bahawa FELDA telah mengambil kesempatan keatas peneroka. Bahkan sepatutnya beliau merasa malu dan memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan. Nak harap Yusof Noor letak jawatan? Huh jangan diharap! Sayangkan pendapatan 2juta setahun tu?

Takkan nak lepas macam tu saje. Tetapi kalau di Jepun memang Pengerusi Felda dah melakukan tindakan 'Harakiri'. Bunuh diri guna pedang dihadapan Ibu pejabat FELDA sebagai tanda meminta maaf dan bersalah serta memikul tanggung-jawab. Itu di Jepun dan disini Malaysia.

Pemimpin UMNO bagaikan pelepah pisang. Dia takkan letak jwatan sehingga buruk dibatang pisang macam tu je. Letak jawatan tidak sekali. Taklah macam pelepah kelapa, bila dah kering dia akan gugur sendiri. Kalau kat Malaysia jangan diharap le. Kecuali dengan kuasa rakyat dijatuhkan UMNO-BN dalam pilihanraya nanti dan barulah boleh dibuang sikap tamak kuasa ke atas institusi seperti Felda ini.Mereka ada media dan akan dikibas supaya membara tentang segala macam kebaikan untuk menyembunyikan keburukan dan penyelewengan ke bawah karpet.

Ini bukan kali pertama yang melibatkan al-fadhil, sudah timbul isu penyelewengan zakat ketika memegang di wilayah persekutuan yang membawa beliau meletakkan jawatan. Sebagai pengerusi Felda, beliau secara terang-terangan dikawasan Felda khususnya di Terengganu membahagikan rasuah wang tunai ketika tempoh pilihanraya untuk kemenangan UMNO-BN. Lihatlah kenyataan terbaru beliau:-

Peguam Gagal Hadir Ke Mahkamah Punca Felda Tewas

BANDAR SERI JEMPOL: Kegagalan peguam Felda untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan menjadi penyebab organisai itu tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 hari ini, kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.

"Kegagalan kes ini sebenarnya disebabkan oleh peguam yang dilantik oleh Felda gagal hadir semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Baharu," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.

Oleh yang demikian, Felda tidak dapat membela tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan peneroka itu sebagaimana sepatutnya dalam mana-mana tindakan sivil.Felda sedang mengkaji dan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes ini, katanya.

Beliau berkata, berikutan keputusan itu, Felda telah mengarahkan peguamnya untuk melepaskan jumlah wang penghakiman bertarikh 13 Januari 2008 yang mana telah didepositkan ke dalam akaun bersama kedua-dua peguam dalam tempoh terdekat ini.

Wang penghakiman berjumlah RM11 juta itu akan dilepaskan kepada peguam peneroka untuk membolehkan mereka mengagih-agihkan wang tersebut kepada kumpulan peneroka berkenaan. - BERNAMA


Akhirnya Felda mengkambing hitamkan peguam. Hakikatnya penyelewengan memang berlaku akibat daripada kerakusan FELDA. Jangan berdalih disebalik teknikal. Apa akan jadi terhadap Felda yang kini ia disaman lagi . Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit. Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Bagaimana kalau semua peneroka menuntut hak mereka. Tapi peneroka UMNO telah halal dan redha hasil FELDA diperas oleh UMNO. Mereka redha. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Peneroka yang lain serta anak-anak mereka perlu melakukan perubahan dan tahu akan hak mereka supaya tiada yang mengambil kesempatan keatas mereka meskipun dari kalangan sebangsa mereka sendiri.

0 comments:

 
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks