free our mind




Konspirasi Dunia- The Gate


Posted by
Free Our Mind

Wednesday, January 6, 2010

at

9:03 PM

Mungkin ramai yang tidak percaya teori saya sendiri yang mengatakan bahawa menara kebanggaan kita, menara KLCC adalah salah satu simbol Freemason yang dengan sengaja diletakkan di negara kita supaya kita membangga-banggakan keagungan menara tersebut yang menjadi antara bangunan tertinggi di dunia. Tanpa kita sedari, kita juga telah mengagung-agungkan Freemason dan menjadi pengikut mereka.
Freemason adalah salah satu daripada organisasi rahsia Yahudi yang bekerja bersama Dajjal laknatullah dalam melaksanakan misi mereka mengawal dunia (New World Order). Selain daripada Freemason, banyak lagi organisasi-organisasi rahsia yang mempunyai misi yang sama seperti Illuminati (Illuminati menggunakan lambang piramid yang mengandungi MATA SATU/all-seeing eye didalamnya), Skull and Bones, Opus Dei, Priory of Sion, the Bilderberg Group, agensi-agensi Hollywood (CW Chanel, Columbia TriStar, etc..) dan bermacam-macam lagi. Tujuan mereka menubuhkan berbagai organisasi dalam mencapai satu misi yang sama hanyalah semata-mata untuk mengelirukan dan membutakan mata hati umat-umat manusia seluruh dunia dan menanamkan sifat Dajjal yang buta satu matanya (celik mata penglihatan tapi buta mata hati).

Di atas adalah gambar “Master’s Carpet” yang telah saya highlightkan unsur-unsur penting didalamnya yang terdapat pada KLCC dan satu lagi struktur kebanggaan Malaysia yang akan saya beritahu kemudian. (Masters’ Carpet juga boleh didapati atas sejadah-sejadah yang kita gunakan setiap hari. Klik sini untuk lebih info mengenai ini.)
Tak perlulah rasanya saya terangkan unsur masonic yang telah saya highlightkan dengan garisan berwarna kuning. Menara KLCC yang terkenal di serata dunia dengan nama Menara Berkembar Petronas telah menepati ciri ini. Dua tiang ini adalah Jachin dan Boaz yang menjadi lambang kebanggaan Freemason. Bekas-bekas Presiden Amerika yang menjadi ahli tertinggi Freemason seperti George Washington telah meletakkan kedua-dua tiang ini di hadapan kubur masing-masing sebagai tanda kebanggaan mereka.



Unsur kedua iaitu lantai berpetak (garisan merah) juga boleh didapati berhampiran dengan KLCC. Dalam gambar di atas, lantai berpetak berada di bawah Jachin dan Boaz. Sama juga dengan lantai berpetak yang terdapat di KLCC tetapi telah disorokkan di dalam bangunan. Lantai berpetak ini terdapat di dalam bangunan Suria KLCC bukan di dalam dua menara utama bagi menepati syarat bahawa lantai ini berada di bawah tiang, bukan di dalam.
Suria KLCC


Dah terang lagi bersuluh, gambar ini membuktikan lantai berpetak Freemason di Suria KLCC. Nama ‘Suria’ juga diambil daripada objek sembahan agama-agama pagan iaitu matahari.
All Seeing Eye



Dua Persamaan Pertama





Persamaan ketiga (garisan hijau) menunjukkan satu mata yang kuat memerhati selari dengan matahari dan bulan. Secara logiknya, matahari dan bulan berada dalam kedudukan selari di angkasa. Jadi, mata yang telah memerhati pergerakan kita selama ini juga tergantung jauh di angkasa.




RazakSat, satelit terbaru milik Malaysia adalah objek yang paling menepati ciri-ciri all-seeing eye. Berada selari dengan matahari dan bulan di angkasa, satelit ini juga memerhati tiap gerak-geri kita melalui kamera CCTV, internet dan bermacam lagi teknologi. satelit ini jugalah yang menghantar segala maklumat yang telah kita tulis di internet (Facebook) kepada agensi-agensi perisikan seperti CIA dan FBI bagi memantau segala kegiatan kita dan menyenangkan kerja-kerja mereka menghapuskan mereka yang menentang. Lihat sajalah apa yang sudah terjadi kepada Michael ‘Mikaeel’ Jackson yang dibunuh dengan penuh konspirasi setelah memeluk Islam. Berkemungkinan juga artis-artis lain seperti Britney Spears yang pernah berminat untuk mendekati Islam diugut bunuh kerana impak yang mereka boleh bawa kepada dunia Islam adalah sangat besar dan dapat merosakkan plan yang telah mereka rancang sejak sekian lama.


Lain-lain persamaan yang terdapat antara Menara KLCC dan Freemason.

MastersCarpet1 - Copy
Pedang yang menghubungkan kedua-dua tiang Jachin dan Boaz bakal menjadi senjata penting ketika perang akhir zaman nanti walaupun zaman kita dibanjiri dengan teknologi-teknologi terhebat yang pernah kita saksikan. Selain itu, kaki yang mendokong jambatan KLCC juga sangat menyerupai logo Freemason! Kedua-duanye mempunyai bentuk yang lebih runcing di bahagian bawah dan dicantum keduanya dengan satu bulatan di tengah.
*Sekiranya anda masih belum mengetahui bagaimana Peperangan Akhir akan kembali berkuda dan pedang sila baca artikel MO (temubual bersama Lonecryer tentang EMP). Klik Sini!


Inilah bukti besar dan jelas yang menunjukkan negara kita masih dibawah jajahan kafir laknatullah. Kita selama ini telah dibutakan dengan tipu daya syaitan. Sesungguhnya dajjal telah berjaya menanamkan sifatnya dalam diri kita. Dia telah berjaya membutakan mata hati kita. Tanpa mata hati, kita akan sesat walaupun mata penglihatan kekal celik.
Sekian, segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. wAllahua’lam.





Konspirasi Dunia- MU dan AC Milan Kegilaan Bola Sepak Berunsurkan Kesyaitanan


Posted by

Free Our Mind

Saturday, January 2, 2010

at
8:20 PM




Sebelum anda teruskan membaca artikel ini saya berharap supaya anda membuka fikiran anda seluasnya Tujuan saya terbitkan artikel ini adalah untuk mencerahkan apa yang sebelum ini gelap dan diikuti oleh ramai dari kita semua tanpa mereka sedari. Semoga apa yang dipaparkan akan membuka minda anda. Selamat Membaca!





Manchester United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan bola sepak tersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain yang handal serta sumber kewngan yang kukuh. Mereka telah beberapa kali berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka (England dan Italy), di pentas benua Eropah dan di pentas kejohanan kelab-kelab dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari serata dunia hatta di Malaysia juga.

Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (mind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester United, Malcom Glazer merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milan pernah diterajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).



Kedua-dua kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yang menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran pada waktu senja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada waktu selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang senja.



Kedua-dua kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal. Lambang mata satu ini juga terdapat pada not USD 1, matawang Amerika Syarikat. Cuba perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo ini di bawah:










Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4
Pada logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memegang garpu yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan. Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk menerangkan lambang berkenaan dan turut digunaan oleh Manchester United selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagi melambangkan kelab berkenaan. Dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan dikatakan oleh pengkaji konspirasi sebagai Ra atau Amon-Ra yang merupakan Tuhan Matahari bagi masyarakat Mesir Purba.

Pada logo Manchester United terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima NOMBOR 13, secara jelas atau tersirat jikalau diperhatikan secara teliti. Angka 13 merupakan angka yang melambangkan angka sial bagi masyarakat Eropah dan juga melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskan seperti di bawah pada logo ini maka anda akan mendapati satu pentagram, bitang berbucu 5 yang terbalik yang merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan berkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan bucu yang melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan UNITED seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama Baphomet.








Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN U itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. Contoh:

M=13 A=1 N=14 U=21

1+3+1+1+4+2+1=13

Jika kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.

E dan R
Bold
E=5, R=18
18-5
=13

N,C,H,E,S,T

N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20

1+4+3+8+5+1+9+2+0=33

No 33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat 33, meyembah syaitan dalam ritual mereka.

AC Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan kawalan minda pada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo berkenaan jelas mengambarkan salib Knight Templar. Apa beza salib Kristian dan salib Knight Templar? Salib Kristian persilangan dua batang tersebut tidak berada di tengah-tengah batang yang panjang sebaliknya pada bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. Salib Knight Templar pula kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knight Templar dan salib Kristian:

Salib Templar

Salib Kristian




Salib Templar di Logo AC Milan




Knight Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yang menyembelih seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis. Mereka merupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran Kabbalah, ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knight Templar juga adalah asas bagi pertubuhan Freemason moden.

Pada logo berkenaan jiga terdapat 1899 yang mungkin kita faham sebagai tahun penubuhan kelab berkenaan. Namun sebaliknya secara tersiratnya jikalau 1 dan 8 ditambahkan akan membentuk 9 dan jika 9 berkenaan digabungkan dengan 99 yang ada dan diterbalikkan, hasilnya angka 666 yang mana angka 666 adalah angka ‘Lambang Raksasa”, Mark of Beast atau angka kejahatan. Pada logo AC Milan juga jikalau salib berkenaan disifatkan sebagai X dan dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat di sebelah X berkenaan akan membentuk XIII yang mana angka 13 juga terpakai pada logo ini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan jikalau dimainkan nombornya:

A=1 C=3 M=13 akan membentuk 13,13 dimana angka 13 berulang sangat disukai para penyembah syaitan.



Secara umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita perhatikan sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong kelab lain. Mereka juga gemar merosakkan harta benda awam dan melakukan vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga samada di Eropah atau di Malaysia sangat taksub dengan kelab ini sehinggakan sanggup berbelanja lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTRO dan melepak di kedai makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka.



Lagi sedih, ada yang memakai tanduk ala ‘Devil’ semata-mata menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Mereka juga sanggup menghabiskan masa terluang semata-mata menonton pasukan kesayangan mereka sehinggakan terlepas solat Maghrib (ada perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib di Malaysia) dan bersengkang mata sehinggakan terlepas solat Subuh akibat menonton perlawanan larut malam. Dajal lebih mengetahui diri kita lebih dari kebanyakan dari kita tahu dan dia menggunakannya untuk melemahkan kita. Dan dia menggunakan kelemahan kita ini untuk merosakkan jiwa kita tanpa kita sedar.


Adakah ini yang mahu anda jadikan sebagai pujaan? Sedarkah kita semua menghabiskan banyak duit dengan membeli jersi-jersi yang mempunyai lambang-lambang mereka ini? Tidak kurang mereka yang memakainya ketika solat. Mereka sesungguhnya tidak akan berputus asa menjauhkan kita dari maha pencipta, Allah s.w.t.

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

Al-Hijr 39-40


Fikirkan semula



0 comments:

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger
© Grunge Theme Copyright by ustazazhargroup.blogspot.com | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks